Persempadanan Semula Pilihanraya 2004 Berikutan kedudukan BN yang tergugat di beberapa kawasan Parlimen dan DUN lepas, BN sedang merancang untuk meminda persempadan pilihanraya menjelang tahun 2004. BN akan mengkaji keputusan pilihanraya lepas dengan
terperinci, dengan melihat setiap peti undi yang menyokong BN atau pembangkang.
Ini boleh dikesan kerana
pengiraan undi dibuat di tempat pembuangan undi. Pertama,BN akan memecahkan kawasan yang dimenangi
BA atau berpotensi untuk dimenangi oleh BA. Akan ada kawasan pilihanraya
baru seperti Parliman Petaling Jaya (dimenangi DAP tahun 1990)dijadikan PJ utara dan PJ Selatan. Begitu juga Parlimen Ipoh (dimenangi DAP tahun 1990)dipecahkan kepada Ipoh Timur dan Ipoh Barat. Persempadanan ini untuk membolehkan BN sekurang-kurangnya memenangi salah satu daripada kawasan itu. Kedua, mengurangkan majoriti Melayu di tempat yang
mempunyai kekuatan PAS. Contohnya DUN Bangi (yang mempunyai 70 % Melayu tahun
1990) ditukar kepada
DUN Kajang yang kini memiliki 58 % Melayu pada tahun 1995. Ini untuk mengelakkan PAS menawan kawasan majoriti Melayu. Ketiga, mengurangkan majoriti Cina di sesuatu
kawasan. Contohnya DUN Maharani, Johor (pengundi Cina 85 % tahun 1990, tetapi
menjadi 64 % tahun 1995. Oleh itu
DAP gagal mempertahankan kerusi itu tahun 1995 dan 1999 setelah bertapak disitu sejak 1986. Keempat, mewujudkan kawasan baru yang berpotensi
dimenangi oleh BN bagi kawasan majoriti Melayu yang totok kepada
UMNO.
Contohnya Parlimen Jeli dan Peringat (ada kem tentera) di Kelantan, hasil penyatuan bekas-bekas pengundi UMNO. Oleh itu, BN boleh menang Parlimen Jeli dan Peringat yang tahun 1990, Kelantan disapu bersih oleh PAS. Kelima, menambah kawasan Parlimen dan DUN untuk
menambah kerusi yang dimenangi BN. Contohnya seperti yang dilakukan di Johor
dengan diwujudkan Parlimen
Tenggara, Gelang Patah dan Senai untuk meningkatkan kemenangan BN di peringkat pusat. Oleh itu, memudahkan BN untuk mencapai majoriti 2/3 parlimen. Persempadanan semula dibolehkan setiap 2 kali
pilihanraya. Ini telah dilakukan oleh BN pada pilihanraya 1986 dan 1995 dahulu.
Dari segi keuntungan, ini sudah tentu
memihak kepada BN. Bagaimanapun, ini memerlukan kelulusan DUN. Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu perlu
membuat kajian yang mendalam sebelum membuat keputusan. Barisan Alternatif
juga
perlu bersiap sedia dengan beberapa kawasan di Kedah, Selangor, Perak dan Pahang kerana BN sudah tentu akan membuat persempadanan baru ini. Contohnya kawsan DUN Padang Tengku, Damak dan Chenor yang hanpir dimenangi oleh PAS, juga Parlimen Temerloh, Maran, Pekan dan Jerantut di Pahang. Semoga berhati-hati di dalam perancangan 2004. SELAMAT BERJUANG
Peguam Muda
10 DISEMBER 1999 |