|
Reformasi :Teruskan Momentumnya...... Kemenangan BN dalam pilihanraya yang terakhir abad ini di Malaysia memang telah dijangkakan oleh ramai pengkaji tetapi yang memeranjatkan momentum reformasi di Malaysia begitu menghangatkan menurut ramai penganalisis undi Melayu banyak berpihak kepada BA dan ini merupakan satu petunjuk yang reformasi telah diluahkan kesedaranya oleh sebahagian rakyat hasil daripada gegaran perasmian gerakan reformasi di Malaysia oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat begitu membuak,yang pastinya kegagalan BA untuk menang bukanlah penghalang reformasi terus berlangsung, mungkin ada orang menyangka reformasi ini hanya demonstrasi jalanan. Tidak itu hanyalah satu tanggapan untuk menakutkan
orang kampung oleh orang-orang yang jumud pemikiranya.Tetapi ya demonstarasi
adalah satu langkah
mengalakkan reformasi dalam segenap aspek kehidupan khususnya dalam sesebuah negara itu. Reformasi ini menjurus kepada perubahan yang lebih baik satu satu keadaan dan situasi . Dalam keluarga ada islah nya sendiri dalam
masyarakat juga begitu seterusnya hinggalah peringkat yang lebih tinggi
lagi.Didalam Islam
sendiri terdapat hadis Rasulullah yang mengeji orang yang statik dalam kehidupan apatah lagi jika kita terus menurun prestasi semasa kita ini amat ditegah didalam ajaran agama Islam. Didalam pribahasa cina ada mengatakan anda jangan
takut jika perubahan yang dialami lambat tetapi anda harus bimbang jika kita
terus
ditakuk lama.Ini menunjukkan tuntutan reformasi harus terus berjalan dalam kehidupan. Menyentuh tanggapan beberapa orang kuat umno yang
mengatakan gerakan reformasi akan terkubur ini adalah satu cabaran kepada rakyat
dan pengerak reformasi
bahawa gerakan perubahan ini akan terus membiak dan terus membiak. Melihat daripada tindak balas rakyat pada
pilihanraya yang lepas ini menunjukan angin perubahan akan terus melanda
Malaysia ini kerana tren manusia kini lebih
cenderung kepada keagamaan dan yang pastinya keadilan adalah satu aspek penting yang merangkumi sesebuah agama itu. Sudah pasti kuasa wang dalam menentukan kehidupan
manusia semakin berkurang dan ini merupakan satu impian syumul yang diharap oleh
semua manusia.Hanya
manusia yang melihat wang adalah segala-galanya dan yang akan kehilangan kepentingan-kepentingan yang terkumpul dari penginayaan serta penindasan akan menolak reformasi ini. Apa yang pasti di Malaysia ini masih ramai yang
terlena bahawa mereka ada tanggungjwab besar untuk mewujudkan kehidupan
yang
lebih baik .Inilah bahana terlalu dikongkong dengan persepsi kemewahan itu adalah matlamat utama sedangkan kehidupan ini mempunyai agenda tersendiri yang lebih penting selain membesarkan perut dan nafsu kita yang mana kedua benda ini pernah meriwayatkan sebuah sejarah guram kepada banyak tamadun yang terdahulu. Oleh itu seruan saya kepada BA, perjuangan masih
penuh dihadapan buktikan dan jangan siakan kesedian sebahagian
rakyat
meninggalkan sedikit keselesaan kehidupan demi hidup baru impian mereka. Selepas ini lepaskanlah kekecewaan gagal dalam
pihanraya untuk membuat perubahan total ini, seterusnya giatkan usaha demi
mencapai kehendak reformasi itu
sendiri.jangan sangka perubahan itu akan berlaku sekelip mata, tanpa usaha yang gigih dan dan jitu serta keredhaan tuhan impian ini hanya tinggal sejarah yang mencatatkan kegagalan. Semua golongan dari petani ,buruh ,pelajar
universiti ,peniaga haruslah menjadi pendokong kepada agenda perubahan ini.
Janganlah cepat berasa puas hati banyak lagi duri
yang perlu diredah demi mencapai hasrat rakyat yang sudah sekian lama
memendamkan perasaan akibat kemungkaran
yang terancang oleh satu system lapuk tinggalan penjajah yang telah sekian lama menipu kita. tetapi yang pentingnya kesedaran rakyat apa itu reformasi haruslah dijalankan dengan lebih giat lagi Kepada anak-anak muda teruskan agenda anda pastikan
kebenaran terbuka jalan agar nanti sejarah tidak menyalahkan kita sebagai
anak
muda yang ketinggalan dan mementingkan diri sendiri,sehingga lupa negara bangsa dan agama tergadai oleh mereka yang tidak bertangungjawab . Kepada generasi yang lanjut fikirlah masa depan anak-anak anda kemana kah arah mereka kelak. Akhirnya teruskan gerakan ini dan pastikan hukum
Tuhan tidak lagi diperkosa oleh mereka yang hidupnya hanyalah mencari kemewahan
tanpa memikirkan lagi nilai
seorang insan itu. Amir
10 DISEMBER 1999 |
