*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan
Oleh Dr. Osman Nasir
Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang
yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu
meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah
dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."
Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan
bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash,
bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud:
"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli
kitab) ialah makan sahur."
Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur
sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain
sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.
Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika
kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam
tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w..
Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku
perubatan.
Air dan Fungsinya.
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut
dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan
dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan
tulang.
Minum Air waktu Sahur
Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari
peparu penting untuk pengawalaturan suhu tubuh.
Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana
perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh.
Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara
normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah
pinggang.
Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan
larut, hormon dan koenzim.
Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada
organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan
merencatkan yang lain.
Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan
molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.
Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga
bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain
dalam tubuh.
Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa
mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur
rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian
karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan
kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada
gigi).
Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja
mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa.
Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air
liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang
cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi.
Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar
pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada
kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat
menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.
Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit
juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk
kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!
Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah
hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.
Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa
gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah
tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari -
mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran
dan titisan air hujan yang ada.
Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam
keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air
kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi.
Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi
mesti ada air.
Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh
setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada
melalui kulit, paru-paru dan najis.
Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk
menggantikan apa yang telah dikumuhkan.
Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan
makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan
basah dirujukkan sebagai air metabolik.
Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu
penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan
lain-lain unsur luar.
Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh
yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah
tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang
wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan;
kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.
Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus
buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain
di kedai.)
Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam
tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan
termasuk bahan toksid.
Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka.
Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)-
kekeringan tubuh.
Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa
bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh
hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan
lain-lain penyakit.
Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan
makanan manis sedikit.
Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa
bangsa-bangsa lain.
Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan
sihat.
� harakah
Ke Laman Utama
http://members.xoom.com/harakah2/semasa/welcome.html
----------------------------------------------------------------
Get your free email from AltaVista at http://altavista.iname.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]