*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
STRATEGI KODI PENEGAK DINASTI

Buat sekian lama rakyat percaya bahawa kuasa penyusunan kabinet adalah 
prerogatif Perdana Menteri. Pada sekali pandang, susunan kabinet yang  baru 
memang
nampak seolah-olah  dibuat secara tergesa-gesa. Di sinilah letaknya 
kepintaran seorang diktator tua yang selama ini dapat mengabui pemikiran 
rakyatnya.  Kalau
diteliti secara halus,  pemilihan yang dibuatnya itu bukanlah pilihan 
sembarangan. Selain dianggap sebagai  'Kabinet Wasiat' kita boleh buat 
telahan bahawa setiap
pilihan  adalah bertujuan  untuk menentukan dinasti Mahathir dan fahaman 
Mahathirisme  akan terus berjaya di muka bumi ini sepeninggalan 
'patriach'nya nanti.

Pelbagai reaksi yang kita dengar dan baca tentang susunan kabinet itu. 
Orang-orang BN mengatakan bahawa "itulah susunan terbaik untuk menjamin 
kemakmuran
Malaysia". Namun, rakyat secara umum terus ketawa dengan pilihannya. Setelah 
melihat begitu ramai orang lama yang dipaparkan,  rakyat tahu bahawa susunan
kabinet itu bukan sebenarnya untuk membangunkan negara mengikut kehendak 
majoriti. Ia dipaparkan dengan tujuan untuk memperkuatkan kedudukan
MAHAFIRAUN  yang tahun hadapan akan menghadapi  perwakilan UMNO untuk 
dilantik terus menjawat jawatan presiden.

MAHAFIRAUN telah berkata bahawa kabinet barunya itu adalah yang terakhir 
darinya kerana beliau sudah mahu bersara. Itu katanya yang terbaru. Tetapi
bukankah beliau sudah sedia bersara apabila ekonomi negara pulih?

Kita berani mengatakan bahawa MAHFIRAUN sebenarnya sudah letih memerintah 
negara. Ia terpaksa memegang tampuk kuasa kerana masih ada tugas yang
belum selesai yang perlu dibereskannya bagi pihak para kroni yang tersepit 
oleh kerana  kegawatan ekonomi. Kalau dia
betul-betul serius untuk melepaskan tampuk kuasa dia sudah melantik Tengku 
Razali Hamzah sebagai salah seorang menteri dalam jabatan Perdana Menteri 
kalau
tidak pun sebagai Menteri Kewangan.

Mungkin ada yang mencemuh perlantikan Ku Li  sebagai menteri tugas khas 
seandainya dilakukan. Tetapi, apa gunanya dilantik Tun Daim memegang dua
jawatan? Apakah dengan tujuan Tun Daim mengaut dua gaji bulanan sedangkan 
beliau tidak pun perlu gaji kalau diukur kekayaannya dan kalau difikirkan 
betapa
beliau sanggup berjasa kepada negara? Mungkin ada yang mengatakan 
perlantikan Ku Li sebagai seorang  menteri kanan adalah tidak cocok dengan 
kedudukannya
yang lebih rendah dari kedudukan Pak Lah yang kini menjadi Timbalan Perdana 
Menteri. Rasional ini mengambil kira
bahawa Ku Li pernah menentang MAHAFIRAUN bagi jawatan presiden UMNO  (Asal) 
pada satu ketika dulu. Kita meramalkan penyisihan Tengku Razali buat kali
ini adalah berdasarkan beberapa sebab:

a) MAHAFIRAUN sengaja mahu mengukur reaksi rakyat terhadap penyusunan 
kabinetnya yang terbaru ini. Dia mahu melihat apakah reaksi rakyat terutama 
sekali
orang Kelantan dengan penyisihan Ku Li itu kerana pada waktu yang sama 
beliau tidak pun membabitkan sesiapa dari Kelantan ataupun Terengganu dalam
kabinetnya itu.

b)  MAHAFIRAUN mahu mengukur kesetiaan Tengku Razali Hamzah. Apakah reaksi 
beliau dengan penyisihan itu? Apakah Ku Li akan akur dengan kuasa yang
ada padanya ataupun Ku Li akan memberontak ataupun  terus terkulai  
merasakan dirinya  tidak berguna lagi bagi pucuk
kepimpinan tertinggi UMNO.

c) MAHAFIRAUN sendiri amat curiga dengan kehadiran Ku Li dalam kabinet 
barunya samada sebagai seorang menteri berfotfolio ataupun tidak. Ini adalah
disebabkan karisma yang ada pada Ku Li yang pada satu ketika dulu amat rapat 
dengan Pak Lah, Rais  Yatim, Najib,  Rafidah dan beberapa lagi individu yang
memegang jawatan penting dalam kabinet itu. Seandainya Ku Li diberi tempat 
untuk berkuasa semula selepas 13 tahun disisihkan besar kemungkinan Ku Li 
akan
mencabar MAHAFIRAUN secara terbuka bagi jawatan Presiden UMNO di tahun 
hadapan. Inilah yang amat
menggerunkan MAHAFIRAUN ketika ini.

STRATEGI MENJINAKKAN WARGA PENDIDIKAN

MAHAFIRAUN  sedar bahawa usaha untuk menjinakkan warga guru dan  mahasiswa  
adalah satu strategi yang amat penting untuk mengukuhkan kedudukannya
sebagai pemimpin terunggul negara. Perkara ini telah dicubanya secara  
konsep 'bidan terjun' sebelum pilihanraya yang lalu. Perencanaan itu gagal 
segagalnya
hinggakan hampir menjadikan Najib sebagai kambing hitam dalam perencanaan 
itu.

Pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap para guru sememangnya bertujuan 
untuk mendapatkan sokongan padu terhadap UMNO dan BN. Strategi ini telah
'boomerang' kerana warga guru seperti para professonal yang sama di negara 
maju merupakan satu kumpulan professional yang amat sensitif dengan 
peralihan
sentimen rakyat. Keakraban guru dengan anak muridnya yang secara otomatis 
merapatkan guru dengan kaum ibu dan bapa murid-murid itu telah mendedahkan
pengaruh guru kepada rakyat jelata.  Justeru itu kita dapati para guru 
merupakan golongan yang terbesar menjadi wakil rakyat di negara ini dalam 
sejarah politk
negara. Merekalah golongan yang membawa perubahan kepada rakyat. Sinario ini 
berubah apabila MAHAFIRAUN memegang tampuk pemerintahan negara. Beliau
telah merobah sentimen ini secara bersistem sehinggakan golongan guru 
merupakan satu spesi yang mahu dilupakan oleh pucuk pimpinan setelah para 
korporat
mengambil alih kepimpinan cawangan dan bahagian parti.

Pertukaran kepimpinan  ke tangan para korporat adalah disebabkan tarikan 
wang dan material yang ditabur dan dibiarkan bercambah tanpa sekatan dan 
peraturan
etika yang bertulis. MAHAFIRAUN telah merestui kemunculan kepimpinan melalui 
penggunaan wang dan elemen  materialisma  dan menggalakkan sistem kroni,
kollusi, nepotisma dan oligarki. Apabila sistem demikian dibiarkan bercambah 
di akar umbi ia dapat membesar dengan cepat sehinggakan setiap langkah yang 
sama
yang dipraktikkan oleh MAHAFIRAUN sendiri keatas ahli keluarga dan para 
kroni,  dapat berkembang-biak dengan pantas tanpa disekat dan dibendung oleh
golongan yang tidak sanggup bersekongkol merestuinya.

'Kalau guru kencing berdiri, murid mungkin kencing berlari' merupakan 
pepatah lama yang amat selari dengan keadaan politik UMNO. Apabila 
MAHAFIRAUN
rancak mengaut keuntungan daripada sistem oligarki, apakah tidak mungkin 
perkara yang sama berlaku diceruk rantau negara ini?  Di sinilah kita lihat 
betapa
guru-guru yang sayangkan negaranya memberontak secara senyap dan melancarkan 
satu gerakan menentang MAHAFIRAUN dan konco-konconya yang sudah
menjangkau ribuan di kotaraya dan juga di desa. Lantas, timbullah soalan 
peperiksaan yang membawa sinario sinis terhadap kepimpinan negara yang 
seakan-akan
menyindir bangsa Melayu dan ketuanan Melayu itu sendiri.

Penentangan para guru dan cendikiawan adalah satu gelombang 'resistance' 
yang sebenarnya tidak ada dalam percaturan  para strategis MAHAFIRAUN. 
Memang
tidak terlintas bahawa ada para guru yang sanggup menentang kepimpinan 
beliau. Kekeliruan ini timbul setelah para guru difikirkan satu golongan 
majoriti yang
senyap dan berada di atas pagar dan setelah para pemimpin guru dijulap 
dengan kemudahan memegang jawatan sebagai 'atache pendidikan' di luar negara 
ataupun
memegang jawatan sebagai guru besar ataupun pengetua sekolah ataupun sebagai 
pensyarah di maktab perguruan.

Oleh kerana penentangan para guru terserlah ketika tecetusknya fiasko yang 
membabitkan DSAI, para strategis MAHAFIRAUN menjadi gusar dan mula melatah.
Mereka terpaksa mencari satu formula menjinakkan para guru dengan harapan 
proses menjinakkan para guru itu dapat meredakan sentimen kemarahan para
mahasiswa di pusat pengajian tinggi.

Seperti yang lazim dalam arena politik, formula yang dicari telah diolah 
laksana serampang tiga mata. Satu mata ditujukan terhadap warga guru, satu 
mata lagi
terhadap warga siswa-siswi sedangkan satu mata lagi telah direka untuk 
menjatuhkan martabat Najib Tun Razak. Formula itu sebenarnya telah diolah 
untuk
memperbodohkan Najib agar beliau kehilangan karismanya menjelang pilihan 
Majlis Tertinggi UMNO tahun hadapan. Malangnya Najib tidak menyedari taktik 
yang
jahat ini dan telah masup perangkap yang disediakan untuknya. Oleh kerana 
Najib kurang licik mengesan perangkap yang disediakan untuknya beliau telah 
terjebak
dalam satu komplot untuk menjatuhkannya.  Siapakah perencana komplot itu? 
Sama-samalah kita teka di akhir penulisan ini.

Pelbagai pembaharuan yang tidak popular  oleh Kementerian Pelajaran  ketika 
negara berada di ambang pemilu telah menjejaskan nama baik Najib. Beliau 
hampir
tumpas di kawasan pilihanraya di mana para pengundi masih mengingati 
jasa-jasa Almarhum Tun Razak dengan penuh nostalgia. Kemenangan dengan undi 
yang
kecil telah menyelamatkan maruahnya tetapi tidak semesti namanya yang pada 
satu ketika dulu dianggap akan membesar setanding dengan nama almarhum
ayahnya.

Najib ditukarkan balik ke KEMENTAH mungkin dengan maksud untuk menjinakkan 
warga tentera pula. Kita akan tulis perkara ini pada kesempatan yang lain.

Kenapakah   Najib perlu ditundukkan ?

Najib adalah seorang pemimpin UMNO yang kanan yang boleh menggugat sesiapa 
yang mahu merampas kerusi presiden  UMNO, apabila MAHAFIRAUN
melepaskannya Sebagai seorang ahli politik, Najib masih menikmati bayangan 
almarhum ayahnya. Sudah menjadi amalan manusia yang tidak mudah melupakan
jasabaik seseorang yang pernah membantu dan berbudi bahasa padanya.
Inilah kegemilangan Najib sebenarnya. Apatah lagi beliau mempunyai seorang 
ibu yang masih mempunyai pengaruh yang tersendiri.  Najib masih lagi 
bersekolah
ketika MAHAFIRAUN dikutip oleh ayahnya menjadi seorang senator dan menjadi 
ahli kabinet. Tentunya  panggilan 'uncle' yang  digunakan ketika beliau 
bertutur
bahasa dengan MAHAFIRAUN di zaman alamarhum ayahandanya itu masih menjadi 
igauan ataupun impian MAHAFIRAUN setiap kali beliau menentukan nasib
anak sulung Tun Abdul Razak itu.

Jikalau berdasarkan sinario ini, Najib merupakan seorang menteri yang boleh 
disenangi  MAHAFIRAUN kerana ia mudah dilentur dan dijinakkan. Tidak mungkin
Najib mahu menggigit tangan orang yang menyelamatkan kedudukannya yang sudah 
terduduk kini. MAHAFIRAUN
bolehlah menganggap Najib sebagai seorang yang dapat meraih undi untuk 
membantunya tahun hadapan. Dengan demikian siapakah saingan Najib yang mahu
mempunahkannya? Yang pasti tentulah orang-orang yang mengidamkan jawatan 
Perdana Menteri apabila MAHAFIRAUN
melepaskannya nanti.

STRATEGI TOK DALANG

Dalam masa MAHAFIRAUN sibuk merangka strategi untuk terus hidup senang 
lenang sebagai seorang diktator, tentu sekali ia mempunyai satu kumpulan 
para
pemikir, penganalis dan penglaksana strategi itu. Mereka inilah yang 
mengkhayalkan  si diktator tua itu dengan impian penubuhan dinasti Mahathir 
dan
Mahathirisme. Laksana pucuk dicita ulam mendatang, siapakah  yang tidak mahu
menjadi patriach Melayu yang terulung di dunia ini?

Sejarah dinasti setiap diktator di dunia ini menyerlahkan beberapa kelompok 
kecil manusia yang
digelar sebagai tukang dalang ataupun Tok Dalang. Amalan hidup mereka adalah 
berkonsepkan sata pepatah Yahudi yang berbunyi: "Presidents rule men, wise
men rule presidents". Kumpulan seperti ini akan bergerak secara 
senyap-senyap mengembangkan pengaruhnya tanpa dikesan oleh majoriti rakyat. 
Pada dasarnya
persyarikatan mereka ialah menjulang nama MAHAFIRAUN, tetapi pada waktu yang 
sama mereka merancang untuk menentukan kesinambungan pengaruh
mereka. Mereka telah berjaya menjulang MAHAFIRAUN dan memfitnahkan DSAI 
sehinggakan beliau tersungkur di bilik berjejari besi. Kini, mereka tahu
MAHAFIRUAN tidak akan bertahan lama. Tentunya mereka sudah merancang satu 
strategi untuk menentukan orang mereka akan terus berkuasa.

Strategi busuk Tok Dalang Malaysia ini adalah persis strategi Yahudi 
menentukan siapa yang harus menjadi presiden Amerika. Begitu juga strategi 
mereka yang
menentukan siapa yang harus bertakhta di negara Islam di Timur Tengah. Kuasa 
yang ada di tangan mereka adalah amat kuat sekali. Kerana itu kita lihat 
seorang
ultra malay boleh bertukar perangai menjadi seorang yang dibenci oleh 
bangsanya.  Semua ini dilaksanakan dengan  licik sekali sehinggakan seorang 
diktator yang
kelihatan kuat dan amat berkuasa di negara ini boleh akur dengan 
tindak-tanduk para konspirator yang boleh
mengkotak-katikkanya.

Kekuatan para konspirator yang bertuankan  golongan luar yang berbahaya ini 
sudah berjaya menundukkan MAHAFIRAUN selama satu tempoh yang lama, dulu
lagi. Hanya rakyat Malaysia tidak dapat mengesannya kerana kelicikan 
perencanaan itu.  Tetapi, selicik-licik strategi yang dirancang, mereka 
tidak menyangkakan
perencanaan mereka itu tidak mendapat kerjasama DSAI
untuk menjayakannya.

FAKTOR YANG MELICINKAN STRATEGI KODI TOK DALANG

1) Melemahakan kuasa politik pemimpin yang sudah kaya raya:

Perkara ini berlaku terhadap Raamli Ngah Talib. Beliau telah lama berkuasa 
di Perak dan sudah pun menjadi kaya raya. Tentunya mampu membeli kuasa dan
pelebarkan kuasa dengan kekayaan yang ada. Untuk melemahkannya beliau 
ditarik ke kerajaan pusat dan diberikan jawatan Timbalan Menteri. Ramli 
mungkin
menerimanya kerana tersepit, tetapi para pengikut setianya tentu tidak dapat 
menerima aib itu. Mereka pasti memberontak dan berkemungkinan berundur dari
kancah politik.

Cara Ramli diaibkan boleh dilihat sebagai menutup malu yang ditanggung oleh 
Megat Joned kerana telah diletakkan di kawasan pilihanraya yang sudah sedia 
untuk
menyembelihnya. Ramli telah termakan umpan untuk meletakkan Megat Joned di 
situ dengan 'harapan' diberikan jawatan menteri penuh di kerajaan pusat.
Serampang menjatuhkan Ramli telah ditempa untuk menjatuhkan Megat Joned 
juga. Satu lagi mata serampang itu telah digunakan untuk menghumbankan Zahid
Hamidi.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu kini sudah menjadi kuda kepang yang hanya 
menunggu masa untuk lenyap dari almanac kepimpinan  UMNO.

Tan Sri Ramli boleh dikatakan bernasib baik kalau dibandingkan dengan Dato 
Seri Abu Zahar Isnin. Beliau digugurkan dari DUN untuk bertanding di kawasan
parlimen menggantikan pemimpin yang dicanangkan  berjiwa besi tetapi 
sebenarnya  berisi ubi keladi; Tun Ghaffar Baba.  Ghaffar tidak berani 
bertanding di
kawasan tradisinya dan meletakkan Zahar untuk mencuba nasibnya. Kemenangan 
Abu Zahar memberi masalah MAHAFIRAUN kerana memikirkan Abu Zahar
akan kalah. Kerana itu Abu Zahar diberikan jawatan Setiausaha Parlimen di 
Kementerian Dalam Negeri; satu jawatan yang terpaksa diterimanya dengan 
senyum di
muka dan kejengkelan di hati.

2)  Mengenepikan pengaruh perwakilan negeri-negeri Pantai Timur

Kekalahan beberapa pemimpin yang bertanding di Kelantan dan Terengganu 
dikatakan disebabkan kekuatan PAS dan BA di wilayah itu. Di Kelantan, 
beberapa
pemimpin harapan MAHAFIRAUN telah tumbang walaupun mereka mempunya karisma 
yang tersendiri yang mampu mencabar kepimpinan Ku Li satu hari nanti.
Ironisnya mereka telah mendapatkan khidmat Ummi Hafilda untuk
berkempen dan akhbar STAR pernah menyiarkan berita sonsang betapa Ummi mampu 
menarik lebih lima belas ribu pendengar ceramahnya.  Semua pemimpin
yang berwibawa ini (melainkan Ibrahim Ali) tumpas kerana terjebak dalam 
perangkap yang dipasang untuk mereka. Mereka kecundang kerana gagal memahami
bahawa musuh karier mereka sebenarnya bukannya orang BA ataupun pemimpin 
PAS. Musuh mereka sebenarnya adalah orang UMNO sendiri yang disokong oleh
beberapa kerat ahli korporat Kelantan dan Terengganu yang mempunyai agenda 
tersendiri yang akan kita dedahkan satu hari nanti.

Apabila mereka kalah, kenapakah tidak ada seorang pun pemimpin UMNO dari 
Kelantan mahupun daripada Terengganu yang diberikan tempat dalam kabinet 
baru
MAHAFIRAUN? Apakah MAHAFIRAUN tidak berminat  dengan sokongan mereka di 
majlis pemilihan MT UMNO itu nanti? MAHAFIRAUN dan Tok Dalangnya
amat curiga dengan janji-jani daripada para perwakilan pantai timur itu. 
Adalah lebih meyakinkan kalau janji undi daripada Sabah diambil kira dulu 
sebagai jaminan
yang pasti. Sebagai persediaan, maka diberilah tempat kepada seramai mungkin 
orang Sabah untuk mengisi tempat yang berprestij itu. Formula ini dilihat 
sebagai
jawapan untuk menumpulkan pengaruh PBS  yang dipimpin oleh Pairin Kitingan 
dan adiknya. Satu mata serampang yang lain digunakan untuk menumpulkan
segala kemungkinan merebaknya pengaruh BA di negeri di bawah bayu itu.

Apabila pemimpin Sabah diberikan tempat yang selesa di dalam kabinet, 
perkara yang sama terpaksa disediakan kepada pemimpin daripada Sarawak. 
Kerana itu
kita melihatkan beberapa muka baru daripada Sarawak disertakan dalam 
penyusunan kabinet baru itu. Usaha ini dapat menumpulkan pengaruh BA untuk 
bertapak
di Sarawak. Satu mata serampang lagi telah digunakan
untuk menentukan sokongan padu komponen BN di Sarawak seandainya sesuatu 
berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak yang berada dalam keadaan yang tidak
stabil itu.

Dalam Menentukan Sokongan Padu dalam Mesyuarat Kabinet.

Strategi yang paling baik ialah menentukan semua fortfolio penting dipegang 
oleh kuda-kuda tua yang sememangnya tidak hiraukan sangat  gaji seorang 
menteri.
Mereka semuanya sudah kaya raya, yang penting hanyalah kuasa dan glamor. 
Yang paling penting sekali ialah immuniti yang mengiringi jawatan kabinet 
itu.

Semua menteri faham bahawa kuasa mereka adalah terhad. Kerana itu kita 
lihatkan betapa budaya membisu diamalkan setiap kali tercetusnya issu yang 
sensasi
yang perlu dikomen oleh para menteri. Mereka tidak berani memulakan sesuatu 
reaksi terhadap sesuatu issu melainkan perkara itu telah diberikan perhatian 
oleh si
diktator tua. Ketaksuban seperti ini telah menjerumuskan kabinet BN menjadi 
satu forum tukang angguk yang tidak menguntungkan negara. Malahan ia
mencetuskan satu sindrom pengikut yang setia kepada MAHFIRAUN secara 
membabi-buta.  Implikasi jangka panjang sindrom ini melahirkan satu kabinet 
yang
tidak wajar berfikir secara tersendiri yang sentiasa mengharapkan panduan 
dari seorang ketua yang bengis dan tidak sedarkan diri.

Rumusannya:

Strategi jijik yang diamalkan oleh Tok Dalang MAHAFIRAUN telah  bergiat 
cergas sejak lima tahun yang lalu. Ia berjaya meresap masuk mempengaruhi
masyarakat Melayu secara aktif dan terserlah sejak DSAI dipenjarakan. Kini 
strategi itu melalui satu proses pengolahan yang lebih bersistematik 
walaupun pada
tahap awalnya ia tumpas dan hanya berjaya memerangkap DSAI dalam penjara.

Strategi bikinan manusia berhati syaitan sememangnya tidak akan bertahan 
lama. Walaupun perencanannya kelihatan jitu, mainan bikinan syaitan tiaak 
boleh
mengatasi Illahi yang menyerap masuk semangatnya ke dalam sanubari insan 
yang bertaqwa.

Bila Politikus Muda diberikan kuasa

Rakyat tentu masih samar  bagaimana MAHAFIRAUN boleh memberikan keprcayaan 
kepada  pemimpin muda seperti Hisyamuddin, Ahmad Nazri Tan Sri Aziz
dan juga Azmi Khaled. Apakah yang ada pada mereka sehingga mampu mengatasi 
kewibawaan Ramli Ngah Talib dan Abu Zahar
Isnin?  Nampak sangat para konspirator menyediakan satu pentas untuk meraih 
sokongan para pemuda UMNO bila diperlukan. Semua pemimpin muda ini telah
dianggap sebagai suis di dinding yang apabila dipetik akan melompatkan 
cahaya yang terang benderang.


KEUNIKAN KOMPOSISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Setelah merancang semua nisbah di atas, maka terserlah kini apa sebabnya 
Kementerian Pendidikan itu diberikan kepada seorang yang dikira novis dalam
percaturan politik. Di sinilah terletaknya kepintaran sebenar MAHAFIRAUN 
sebagai mahaguru silap mata politik. Dia meletakkan orang kepercayaannya 
untuk
mengemudikan kementerian pendidikan dan dibantu oleh orang yang berlatar 
belakangkan pendidikan juga. Dia melantik seorang senator baru sebagai 
menteri
pendidikan sebagai topeng untuk mengenepikan setiap menteri kanan UMNO 
mengisi jawatan itu. Kita boleh menjangkakan lantikan itu bersifat sementara 
sehingga
jawatan itu dikosongkan untuk membolehkan Dato Aziz Shamsuddin mengisinya 
secara sah tanpa memperkecilkan hati pemimpin UMNO yang lama. Lantas,
bekas professor Dr.Mahadzir Mohd Khir boleh dinaikkan pangkat menjadi 
Timbalan Menteri pula.   Setelah meneliti segala faktor yang ada, saya 
meramalkan
bahawa percaturan politik ini bukannya datang daripada MAHFIRAUN pada 
asalnya. Inilah percaturan politik yang 'ultimo' Tok Dalang yang bertapak di 
Putrajaya.

Kalau MAHAFIRAUN sanggup mengenepikan semua pemimpin UMNO yang sudah 
diketahui  karismanya dan telah teruji kepimpinan mereka dari beberapa segi,
apakah sebenarnya strategi baru Kementerian Pendidikan itu sehinggakan ia 
memerlukan kemasukan orang-orang baru untuk menerajuinya? Jawapannya yang
sebenar terletak kepada cara Kementerian Pendidikan Amerika
dikendalikan. Salah  satu keunikan pengendalian kementerian pendidikan di 
Amerika ialah mengenepikan segala bentuk penyebaran agama di kalangan 
anak-anak
muda. Kerana itu pembangunan agama Kristian di Amerika banyak bergantung 
kepada karisma pendakwah telivisyen
ataupun fraterniti yang condong kepada penyebaran lagu-lagu gospel sahaja. 
Cukuplah dahulu pendapat saya tentang perkara itu.

Penutup:

Kabinet kuda-kayu  adalah laksana kereta barangan yang ditarik oleh kuda 
ataupun keldai. Kalau kita lihat beberapa bandaraya  di India, Bangladesh, 
Afghanistan
dan Pakistan kita akan lihat betapa kereta keldai bergerak.   Setiap kereta 
itu akan mempunyai seekor ataupun dua ekor binatang muda ataupun novis yang 
dicocok
hidungnya untuk diseret oleh binatang yang tua. Binatang yang muda itu 
adalah dalam latihan untuk mempelajari bagaimana mengimbangi badan mereka  
ketika
kereta itu digerakkan. Demikianlah yang boleh kita harapkan kepada semua 
ahli kabinet muda yang disenaraikan dalam kabinet baru MAHAFIRAUN itu. 
Adalah
tidak mungkin mereka dapat bergerak dengan bebas seperti yang diharapkan 
oleh rakyat. Laksana binatang seretan kuda-kuda tua yang hanya cergas bila 
dipacu
belakangnya, kuda dan keldai muda yang diseret itu hanya mampu 
menjeringaikan gigi sambil melangkahkan kaki ke arah mana kereta itu dipacu 
oleh tuannya.  Ia
terpaksa akur dengan seretan yang dipacu itu tanpa mengira tempat untuk 
melepaskan kencing dan
tahinya sambil mengharapkan akan tibanya satu ketika apabila  kuda tua di 
depan itu mati tersungkur kerana kepenatan untuk menggantikan tempatnya.

Di waktu yang sama kita akan melihat betapa kuda-kuda tua itu akan terus 
melangkahkan kaki ke hadapan mengikut tarikan tali yang mencocok hidungnya 
dan
isyarat yang dibunyikan oleh tuannya. Setiap isyarat perlu dipatuhi dengan 
tepat. Jika tidak, pergerakan kereta tarik itu akan diperbetulkan dengan  
rentak hayunan
cemeti yang mengenai punggung kuda tua itu.

Segala kepedihan dan keseksaan yang dirasai dan dialami oleh kuda-kuda tua 
tidak dapat diteliti oleh kuda dan keldai novis yang diseret itu. Keletehan 
yang
menghantui anggota mereka terlalu kerap disaluti oleh angan-angan yang 
menjanjikan masa untuk menggantikan si kuda tua itu.

Keseksaan yang mengena kuda-kuda tua dan keldai yang diseret serta tidak 
pernah menjadi perhatian si empunya kereta. Laksana seorang patriach, ia 
hanya
menumpukan tenaga kepada keuntungan yang muncul daripada  muatan yang 
dibawa. Ia memberi fokus hanya kepada keretanya agar sentiasa bergerak 
secara
bersistem. Tidak kiralah kuda tua sedang nazak ataupun kuda muda sedang 
senak. Yang penting baginya ialah keuntungan dan keselesaan yang dapat 
memuaskan
egonya.



-Marhain Tua-
13.12.1999.



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke