*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa Bersalah?
Tan Sri Sanusi Joned nampaknya telah mengangkat tangan mengaku kalah. Beliau
mengaku bertanggung-jawab terhadap kemunduran sokongan terhadap BN di
negeri Kedah. Bilua membuat pengisytiharan dalam suasana sungguh pilu dan
amat terhina. Beliau tidak ditemani oleh seorang pun rakan exconya yang
lepas atau
oleh isterinya, hanya dua anak dan anak saudaranya sahaja disamping beliau.
Mana dia rakan yang lain yang dulu mengampu-bodek beliau ! Mana dia Ahmad
Lebai
Sudin ! Mana dia Hasan Bulat ! Semuanya lari bertempiaran meninggalkan
Sanusi dalam gundah gulana membaca pengisytiharannya tidak mahu dicalonkan
sebagai
MB !
Sesungguhnya menyalahkan Sanusi seorang amatlah tidak wajar. Kita renung
kembali peristiwa bilamana 22 ADUN Negeri Kedah menolah Sanusi selepas Tan
Sri
Osman Aroff di tendang oleh Mahathir ! Mereka tidak mahukan Sanusi ! ,
Rakyat Kedah tidak mahukan Sanusi , malah semua pegawai kerajaan negeri tak
mahukan beliau. Tapi Mahathir mahukan beliau. Maka mengalahlah kesemua ADUN
tersebut dan naik tahtalah Sanusi dengan pelbagai projek pelik dan amat
membazir. Projek Taman safarinyalah, projek tanam padi atas bumbunglah,
projek cabut uban, projek mengurat isteri, Langkawi International University
of
Tomorrow, kelab Mat jenin dan pelbagai lagi yang bukan sahaja tak masuk akal
tapi sungguh gila !
Oleh itu yang menaik takhtakan seorang yang tidak menentu ideanya adalah
Mahathir sendiri. Beliaulah yang mendokong Mat Jenin ini, walau rakyat
melalui wakil
rakyat mereka tak mahukan Sanusi. Mahathirlah yang mahukan supaya Sanusi
memimpin Kedah. Kononnya beliau lebih arif akan kemampuan dan cara bekerja
Sanusi. Beliau kononnya yakin Sanusi akan membawa Kedah ke alaf baru dengan
lebih teratur dan sempurna.
Maka tak wajarlah beban ini dipikul oleh Sanusi seorang. Mahathirlah yang
sebenarnya yang patut dipertanggung jawabkan !
Pak Lah B kuis YM Ku LI dan DS Najib
Barisan Taik telah memenangi pilihanraya kali ini melalui perancangan rapi
menggunakan jentera kerajaan, media massa dan tidak ketinggalan
RMMM.......Namun
yang terkejut dengan kemenangan ini tentunya YM Ku Li dan DS Najib. Mereka
tidak menyangka samasekali majoriti mereka begitu kecil berbanding dengan
rakan-rakan mereka dalam Barisan Taik.(Itupun kira nasib baik menang)Senario
ini membuktikan rakyat tidak lagi menerima mereka dan Barisan Taik. Namun
harus diingat,kemerosotan majoriti kedua-dua pemimpin ini sudah pasti datang
dari lubang SHIT mereka sendiri iaitu UMNO.
Pak Lah B tentunya tersenyum melihat apa yang berlaku kepada kedua-dua
saingannya dalam UMNO itu. Pak Lah B telah memastikan semua jentera beliau
di
Kepala Batas berjalan lancar. Badan Taik Negara (BTN) telah digunakan.
Sebanyak 26 buah bilik di Sunway Hotel Seberang Jaya dijadikan markas beliau
seminggu
sebelum penamaan calon.Pecacai-pecacai beliau saban malam kelihatan di situ
terutama Datuk Rahim Mamak, SUSK beliau yang juga mata-mata Mahafiraun
untuk memerhatikan gerak-geri Pak Lah B. Sesekali juga kelihatan Johari
Baharom, setpol beliau. Setiap malam juga apabila telah selesai lawatan dan
kerja di
Kepala Batas, Beliau kembali ke hotel tersebut untuk tidur.
Pengundi-pengundi di Kepala Batas telah tertipu.Bagaimana nak membela nasib
rakyat di Kepala Batas
kalau berada di Pulau Pinang pun tak nak tidur di rumah sendiri di Kepala
Batas. Berapa banyak wang yang dikeluarkan untuk membayar bil-bil
tersebut.Satu lagi
sebab kenapa Pak Lah B taknak tidur di Kepala Batas adalah kerana takut pada
Mak Datinnya. Tentu saja Mak Datinnya tak nak tidur di Kepala Batas, takut
nanti
rambut gugur kena air paip kampung, kulit pun bintat-bintat kena baham dek
nyamuk Kepala batas dan lebih-lebih lagi, tak boleh nak hisap rokok sesuka
hati.Mak
Datin Pak Lah B ni memang kaki berasap, nanti orang kampung nampak, jatuh
imej cucu ulama'.
Berbalik kepada YM Ku Li dan DS Najib tadi,Pak Lah B telah membuat
perancangan yang cukup teliti bagi mencemarkan imej mereka. BTN Pahang telah
menerima arahan dari orang kuat Pak Lah B di BTN Pusat iaitu Shagul Hamid
untuk meminimakan usaha dan kempen untuk memenangkan BN dan UMNO di
Pahang. Dari laporan BTN juga mengatakan Pahang adalah kawasan putih bagi
BN. Kerana itu DS Najib telah mengeluarkan kenyataan keras memperli
'out-fit'Pak
Lah B yang memberi laporan palsu kepadanya selepas beliau menang tipis dan 6
kerusi DUN jatuh ke tangan PAS.(Alhamdulillah). Kepada Setpol Najib,Alies
Anor,juga bekas pegawai BTN,hang sibuk apa sampai boss hang dok
mengamok-ngamok ni,takkan sibuk dok pi karaoke sampai keja boss hang lupa
kot,Fatini
pun hang kena selalu check laki hang tu. Begitu juga Ku Li, tumpuan jentera
JPP Kelantan, KEMAS,INFRA dan lain-lain agensi kerajaan hanya kepada Tok Pa
dan
Annuar Musa. Ku Li dikatakan selamat di Gua Musang. Ini pun keja BTN dan
KEMAS (Si Kamalul Ariffin, Ketua Pengarah KEMAS,memang bahlul,macam lembu
kena cucuk hidung)atas arahan Pak Lah B. Kecuali satu Parlimen dan dua DUN,
semua kerusi terlepas ketangan PAS.(Alhamdulillah)
Setelah memalukan kedua-dua tokoh saingannya ini, Pak Lah B akan mendabik
dada kononnya beliau adalah calon paling layak mengisi jawatan Timbalan
Presiden
UMNO. Di Pahang nanti beliau akan menggunakan Dato' Adnan Yaakob
(sememangnya intim dengan Pak Lah dan bekas Setpolnya, Aruah Dato' Fatah)dan
Tan
Sri Khalil Yaakob (yang sememangnya lalang dan kaki jilat)bagi memastikan
beliau selamat di Pahang. Di Kelantan pula, beliau akan menggunakan Annuar
Musa
(yang memang sentiasa laparkan jawatan)untuk pengurus kempen beliau di
Kelantan.Lantas apabila tiba Perhimpunan SHIT nanti, akan dilobi agar
jawatan Prsiden
(sememangnya Mahafiraun tak mau orang lawan dia) dan Timbalannya tidak
dipertandingkan demi perpaduan
Melayu...kononnya...pegiii..daaaaah.....secara
sebulat suara.
Buat YM Ku Li dan DS Najib,teruskan dengan usaha anda yang berani melawan
arus dalam parti SHIT. Teguran anda agar ahli SHIT bercakap benar
dialu-alukan
dan sepatutnya dah lama berlaku. Buat Pak Lah B,takkan tak rasa apa-apa kot
bila mojoriti hang lebih dari boss.
Pegawai BTN Pencen,
Buntut Pulau,
Temerloh.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>