*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Terimakasih kepada saudara Ibnu Muhajir yang telah mengakhirkan siri ini 
dengan kesimpulan:

********************
Syarat2 utk melayakkan diri utk menjadi pemuda Bani tamim yg mengibarkan 
panji2 Hitam ialah.

1) Menshahihkan aqidah semurni-murninya
2) Menyandang pedang di bahu dan sanggup membunuh dan bergabung berperang di 
Khurasan (Asia Tengah) bersama pemuda2 yg sedang berperang melawan 
Kapirsamada Rusia, Pemimpin2 Sekular , sosialis, nationalis, dan pemimpin2 
tareqat sesat.
********************

Sebagai lanjutannya, saya akan meneruskan siri ini dengan sifat-sifat 
khususiah yang terdapat pada peribadi Pemuda Bani Tamim itu, dengan harapan 
umat ini tidak menjadi penentangnya apabila ia benar-benar dizahirkan Allah 
sebagai pemimpin umat, sebelum datangnya pemimpin agung iaitu Al Mahdi dan 
Nabi Isa a.s.

1. Dia adalah seorang mujaddid yang berperanan menghidupkan dan menyuburkan 
kembali agama Islam. Kesuburan Islam itu bertitik tolak dari iman, yakni 
manusia kembali mengenali Allah SWT. Nama Allah SWT itu kembali agung di 
dalam kehidupan manusia. Hidup berpandukan syariat. Akhlak umat kembali 
mempesona. Maka sudah pastilah peribadi Pemuda Bani Tamim itu sendiri adalah 
orang yang sangat kuat imannya seperti ciri-ciri keimanan orang-orang utama. 
Allah SWT itulah tempat rujuk Pemuda Bani Tamim yang paling utama seperti 
Sayidina Abu Bakar meminta panglima perangnya merujuk kepada Allah SWT 
sebagai sumber kejayaan dan kemenangan.
2. Pemuda Bani Tamim termasuk pemimpin yang dijanjikan, iaitu seorang 
mujaddid yang disebut oleh Rasulullah SAW. Setiap pemimpin yang dijanjikan 
itu maka kemenangannya juga dijanjikan dan segala wasilah lahirah dan 
maknawiyah juga turut dijanjikan.
3. Ketaqwaannya juga amat tinggi. Di situlah kualiti sebenar seorang 
pemimpin. Sepertimana Sayidina Umar Al Khattab menilai setiap seorang 
daripada empat orang yang diutus itu menyamai seribu orang. Maka sudah 
pastilah ketaqwaan Pemuda Bani Tamim juga mempunyai nilai perbandingan yang 
tinggi walaupun tiada siapa yang tahu bandingan sebenarnya hanya Allah SWT 
yang tahu.
Ketaqwaan Pemuda Bani Tamim juga tentulah tidak berbeza dengan yang dimiliki 
oleh Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz kerana mereka sama-sama bertaraf mujaddid 
dan sama-sama pula dikurniakan oleh Alah SWT barokah dan karomah yang luar 
biasa.
4. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz memiliki anugerah khususiah iatu menguasai 
pemerintahan negara (daulah). Maka Pemuda Bani Tamim juga memiliki anugerah 
khususiah yang memang telah disebut oleh hadis sebagai "panji-panji hitam" 
(kekuasaan) dan tempatnya disebut "dari sebelah Timur".
Malahan kepada pemuda Bani Tamim itu selain diberi anugerah khususiah iaitu 
kuasa pemerintahan, kelebihannya diberi pula laluan kekuasaannya hingga ke 
Khurasan dan peranannya merupakan laluan kepada tertegaknya ummah kali kedua 
di zaman Al-Mahdi. Ertinya pemuda Bani Tamim itu pemerintahannya bersambung 
ke zaman Imam Mahdi. Malah apa yang disebut di dalam hadis bahawa Pemuda 
Bani Tamimlah yang bakal menyerahkan Panji-Panji Hitam kepada Al-Mahdi.
Pemuda Bani Tamim ini 'figurenya' masih tersembunyi. Hanya keterangan dan 
gambaran mengenai dirinya,sifat-sifat, keperibadian, pengaruh dan 
kekuasaannya sahaja yang dapat dicungkil. Itupun lebih banyak merujuk kepada 
ciri-ciri atau sifat-sifat yang dimiliki oleh mujaddid sebelumnya. Kerana 
setiap mujaddid itu ada persamaan dalam beberapa aspek asas atau pokok.  
Namun oleh kerana setiap mujaddid itu muncul di zaman yang berbeza, suasana 
atau situasi yang berbeza, cabaran yang berbeza maka peranannya juga sangat 
berbeza. Dan lebih-lebih lagilah berbeza sama sekali bentuk-bentuk bantuan 
Allah SWT yang datang kepada setiap mujaddid.
Setiap mujaddid itu dibekalkan oleh Allah SWT dengan kemampuan yang sangat 
sesuai dengan zaman dan situasi yang ia hadapi. Sebab itu anugerah khususiah 
iaitu kuasa pemerintahan hanya diberi kepada Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz  
dan Pemuda Bani Tamim. Dan terdapat pula perbezaan yang ketara antara 
Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz dengan Pemuda Bani Tamim. Oleh kerana adanya 
zaman dan situasi yang berbeza maka Allah SWT beri pula kemampuan yang 
berbeza, pertolongan dan bantuan yang juga berbeza. Ini kerana Pemuda Bani 
Tamim, selain memiliki kuasa pemerintahan beliau juga membina tapak Ummah. 
Tapak Ummah itu (daulah) pula menjadi gelanggang utama sebagai laluan kepada 
ummah yang dipimpin oleh Al-Mahdi. Lantaran itu segala wasilah untuk menuju 
kepada ummah itu diberikan kepada Pemuda Bani Tamim. Setiap mujaddid 
memiliki keperibadian yang istimewa sehingga dengan kelebihan itu mampu 
membawa umat kembali ke jalan Allah SWT dan ciri-ciri ini termasuk yang 
dimiliki oleh Pemuda Bani Tamim, di antaranya :

1. Jiwa

a. Mereka sangat asyik dengan Tuhan sehingga seolah-olah Tuhan itulah kawan 
mereka yang sejati. Takut dan rindu kepada Allah SWT itulah yang memenuhi 
hati mereka. Tempat rujuk segala persoalan dan masalah. Dan mereka 
memperolehi jawapan melalui ilham yang jatuh ke hati. Dalam segala urusan, 
didahulukan Allah SWT.
b. Terseksa jiwa dengan pujian kerana merasa tidak layak dengan pujian. 
Sebaliknya rasa terhibur dengan penghinaan, cercaan dan kutukan. Mereka 
merasa diri itu memang layak dihina dan dicerca, kerana manusia berasal dari 
kejadian yang hina.
c. Roh atau jiwa mereka yang berperanan dalam segala urusan. Oleh kerana 
sentiasa bergantung kepada Allah SWT maka rohnya sentiasa dipelihara. 
Sehingga segala urusan mereka dikawal oleh Allah SWT. Apa yang terzahir 
adalah kata-kata hati mereka dan bukan perahan otak yang difikir-fikirkan.
d. Keyakinan mereka sangat kental sehingga tidak berkocak dan tidak 
bergoyang oleh sebarang bentuk gangguan. Jiwa mereka  hanya memperhitungkan 
untung-rugi disisi Allah SWT. Tiada kepentingan diri dan keluarga. Andainya 
sesuatu itu merugikan di sisi Allah SWT, maka ditolaknya walaupun sesuatu 
atau seseorang yang disayangi oleh mereka.
e. Kemahuan mereka kuat, hati mereka seperti kepingan besi. Kalau gunung 
yang menjadi halangan laluan perjuangan, mereka tidak akan mundur kecuali 
gunung itu yang akan runtuh dan rata.
f. Kesabaran mereka adalah luar biasa. Selain dari sabar dalam menghadapi 
kegetiran, kesusahan, kesengsaraan, ujian dan cabaran, mereka juga sabar 
dalam mengharapkan kebaikan ke atas manusia. Andainya seseorang berbuat 
salah, tidak segera dihukum sebaliknya berbagai cara diusahakan mendidik 
mereka walaupun terkorban harta benda. Kesabaran mendidik manusia ini 
menepati kesabaran Rasulullah SAW. Malah para mujaddid ini termasuk Pemuda 
Bani Tamim, para penentang mereka pun turut didoakan agar Allah SWT 
ampunkan.
g.Sensitiviti mereka hanya kepada Allah SWT dan perkara-perkara yang 
berkaitan denganNya. Sesuatu ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW tidak 
ada yang dipandang remeh walaupun sesuatu itu hanya sekadar kedudukannya 
sunat atau makruh. Persoalan duniawi biar bagaimana besar, mahal dan 
berharga, tetap dipandang remeh sekiranya terpisah atau terputus dari 
persoalan agama Allah SWT.

2. Minda-Minda yang dimaksudkan ini bukan buah fikiran atau idea yang 
difikir-fikirkan atau keluar dari perahan otak. Tetapi merupakan pancaran 
ilham yang datangnya dari Allah SWT.
a. Minda mereka tidak pernah kering malah bertali arus. Minda mereka datang 
dalam bentuk yang tersusun, lengkap dan jelas. Setiap lafaz dan ayat 
mengandungi pengertian yang cukup jelas. Adakalanya satu perkataan saja 
mempunyai pengertian yang luas.
b. Minda yang keluar itu sangat sesuai dengan persoalan semasa pada zaman 
mereka. Memperjelaskan, menjawab dan menyelesaikan segala persoalan di zaman 
mereka.
c. Mengikuti mindanya bererti dapat memahami syariat dan sekaligus dapat 
membina ketaqwaan. Minda mereka sangat tajam dan dapat melahirkan rasa 
berTuhan kepada umat dan dapat memberi kefahaman yang jelas bagi perkara 
yang perlukan kefahaman.
d. Minda mereka mencabar dan memadamkan segala kebatilan.
e. Minda yang diperolehi dan disalurkan ke tengah masyarakat adalah bantuan 
Allah SWT yang berupa samada ilham, laduni, hatif atau firasat. Ada di 
antara mereka yang memperolehi kesemuanya sekali.
3. Setiap mujaddid juga adalah mujahid (pejuang). Kerana memang mujaddid itu 
berperanan menegakkan agama Allah SWT. Tidak akan tertegak agama melalui 
perjuangan.
a. Perjuangan menegakkan agama Allah SWT merupakan darah daging, sebati dan 
hidup mati para mujaddid. Tidak pernah luntur darah perjuangan seorang 
mujaddid. Kegembiraan, hiburan, perhatian, penumpuannya, kerja-kerjanya, 
pertimbangan, perhitungan dan keputusannya adalah untuk perjuangan.
b. Kepintaran dalam berstrategi memang luar biasa. Strategi mereka 
berlapis-lapis dan sukar dikesan. Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz duduk 
berfikir selama tiga hari dapat membuahkan jalan penyelesaian untuk umat 
bagi jangka masa 30 tahun selepas itu.
c. Ujian sering dilalui silih berganti sepanjang perjuangan. Ujian 
perjuangan itu untuk membina kematangan dan kemantapan pendokong-pendokong 
mereka. Apabila para pendokong mereka memenuhi syarat-syarat, maka saat 
Allah SWT datangkan pertolongan sangat hampir.

4. Akhlak
a. Akhlak mereka terhadap Allah SWT  sangat ketara dan menonjol iaitu syukur 
dengan nikmat, sabar dengan ujian, redha dengan musibah, bertaubat terhadap 
dosa serta tawadhuk di saat kemenangan.
b. Ibadahnya sangat diperhalusi, bersopan dan beradab. Hati mereka sering 
gundah merasakan sering biadap dalam menyembah Allah SWT. Kalau tidak kerana 
tanggungjawab nescaya mereka tidak menemui masyarakat kerana asyik 
memikirkan diri.
c. Akhlak mereka pada manusia sangat mempesona. Tutur kata mereka seperti 
sinaran air dingin yang menyegarkan hati. Perbuatan dan tingkah lakunya 
menjadi pendorong untuk ditiru.
d. Keseluruhan peribadinya dapatlah dibuat kesimpulan adalah bayangan 
peribadi Rasulullah SAW yang telah banyak menawan hati musuh sehingga 
mentauhidkan Allah SWT. Kerana peribadi Rasul itu adalah tanda-tanda 
kebesaran Allah SWT. Para Rasul itu memakai sifat-sifat keTuhanan kecuali 
sombong. Melihat peribadi  mereka akan terbongkar fitrah rasa berTuhan. 
Inilah yang dikatakan role-model yang merupakan photocopy kepada peribadi 
Rasulullah yang zahir setiap 100 tahun atau setiap awal kurun Hijrah.

5. Pengorbanan
a. Diri dan harta benda mereka adalah milik Allah SWT. Oleh kerana mereka 
adalah 'orang-orang Allah'  maka seluruhnya dikorbankan untuk Allah SWT dan 
tidak sedikit pun bimbang dengan pengorbanan yang berhabisan seperti angin 
kencang itu,  kerana mereka yakin Allah SWT tetap mencukupkan keperluan 
hidupnya. Oleh kerana Allah SWT Maha Kaya, maka mereka merasa kaya dengan 
'memiliki' Allah SWT.
b. Harta bendanya singgah di tangan dan tidak melekat di hati. Dengan itu 
mudah meluncur keluar dari tangan mereka. Rumah biar bagaimana besar dan 
kelihatan mewah, namun mereka sendiri merasai seperti menumpang kerana 
dikongsi dengan umat dalam membesarkan Allah SWT dan agamanya.

6. Al-Mansur-Sentiasa dibantu
a. Semua mujaddid sentiasa dibantu menurut keperluan zaman dan situasi 
sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.
b. Manakala Al-Mansur ini adalah gelaran yang khusus kepada Pemuda Bani 
Tamim. Ini bermaksud Pemuda Bani Tamim ini sangat dibantu, ditolong, dibela 
dan dipelihara oleh Allah SWT. Malah bagi siapa yang membantu dan 
menolongnya maka mereka pula sangat dibantu. Dan begitulah sebaliknya, siapa 
yang menghinanya , Allah SWT akan datangkan kehinaan pula ke atas dirinya 
samada difahami atau tidak, samada sedar atau tidak.

7. Ruhbanu Billail Wa Fursanu Finnahar
-Rahib (ibadah) waktu malam, berjuang waktu siang.
a. Khususnya kepada pendokong Pemuda Bani Tamim, mereka itu disifatkan 
sangat rajin bekerja, tangkas,cergas dan bersungguh-sungguh walaupun tanpa 
mengharapkan sebarang ganjaran manakala di waktu malamnya mereka itu seperti 
rahib yang sangat kuat beribadah.
b. Andainya dilihat pada sejarah para sahabat, salafussoleh dan khususnya 
mujaddid, ini sifat utama yang mereka miliki. Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz 
hampir setiap malam menangis, merintih kepada Allah SWT. Salehuddin Al Ayubi 
meninggalkan tenteranya yang tidak bangun malam dari menyertai pertempuran. 
Muhammad Al-Fateh yang diasuh oleh gurunya Shamsudin Al-Wali tidak pernah 
meninggalkan sembahyang tahajud semenjak umur baligh. Dan itulah pula syarat 
Muhammad Al-Fateh kepada tenteranya.

8. Menyampaikan � Salah satu sifat wajib bagi Rasul iaitu Tabligh.
a. Setiap mujaddid adalah merupa pemimpin bersifat Rasul iaitu sifat 
kehambaannya sangat menonjol dan sifat kekhalifahannya sangat menonjol. 
Subur agama di zaman mujaddid kerana mereka sangat menyampaikan 
kebenaran.(Islam) kepada manusia. Tiada apa yang tersembunyi daripada setiap 
mujaddid. Mereka terasa takut dan bimbang terhadap sesuatu kebenaran yang 
tidak disampaikan.
b. Bukan sekadar bimbang kalau-kalau kebenaran itu tidak disampaikan tetapi 
pandai pula menghidangkan kebenaran itu sehingga mudah difahami dan mudah 
pula diamalkan. Manusia bukan sahaja tertarik dengan apa yang disampaikan 
malah sangat mudah terdorong untuk mengamalkannya. Hati manusia mudah lunak 
dan jinak kepada Allah SWT dan syariat. Lantaran itulah di zaman adanya 
mujaddid, Islam itu subur di kalangan umat.
Kepada Pemuda Bani Tamim diberi karomah besar iaitu sangat membawa hati 
manusia kepada mengenal Allah SWT, membesarkanNya, mengagungkanNya, taat dan 
beribadah kepadaNya.
c. Bukan sekadar kebenaran itu mahu disampaikan yakni keluar dari hati dan 
lidah mereka malah kemahuan mereka ialah agar semua manusia berpeluang 
menerima Islam. Ertinya mahu pula Islam itu tersebar luas kepada semua 
manusia di mana saja.
d. Oleh kerana Pemuda Bani Tamim berada di zaman teknologi canggih, maka 
segala kecanggihan teknologi itu digunakan sepenuhnya untuk menyampai mesej 
kebenaran (Islam). Dijadikan alat untuk membesar dan mengagungkan Allah SWT.

9. Kasih Sayang
a. Khusus kepada Pemuda Bami Tamim, dia menjadikan pendokongnya atau ikhwan 
itu sebagai anaknya sendiri sehingga ikhwan itu pula sesama mereka itu 
seperti satu bapa dan satu ibu.
b. Ada pada mujaddid itu sikap seperti bapa yang sentiasa memberi kasih 
sayang dan melindungi.
c. Adanya sifat dan sikap seperti seorang ibu yang sentiasa mengasihi, 
membelai dan tempat mengadu dan bermanja-manja.
d. Adanya sifat seperti guru yang sentiasa mendidik, memberi tunjuk ajar, 
memberi faham, menegur untuk membaiki kesilapan.
e. Adanya sifat dan sikap sahabat yang sentiasa setia, bersama dalam susah 
dan senang, sedia membantu dan sangat membela.

10. Penerimaan masyarakat.
a. Pertarungan antara iman dan nafsu, haq dan batil, keadilan dan kezaliman 
sentiasa berlaku di sepanjang zaman. Maka penguasaan antara keduanya di atas 
muka bumi ini sering silih berganti.
b. Di antara dua golongan ini tetap ada pemimpin yang menjadi pelopor. 
Ertinya ada tokoh yang adil dan tokoh yang zalim bagi pihak kebatilan.
c. Penzalim tidak akan tewas kecuali di tangan tokoh kebenaran yang 
benar-benar soleh (baik). Apatah lagi kalau kebatilan itu berada di tangan 
super zalim maka menumpaskannya mesti ada pula di pihak yang haq itu tokoh 
yang super soleh.
d. Kepada mujaddid Pemuda Bani Tamim ini terjadi satu pemisahan yang sangat 
ketara ketika munculnya. Iaitu orang yang cinta terlalu amat cinta dan orang 
yang membenci terlalu amat benci sehingga kedua pihak ini hilang rasional 
masing-masing.

Namun demikian oleh kerana Pemuda Bani Tamim membuka laluan menuju zaman 
Ummah, masyarakat sangat mudah menerimanya. Allah SWT jadikan hati manusia 
mudah dan lunak sehingga kehidupan bersyariat berlaku dimana-mana. 
Musuh-musuh berusaha berbagai cara untuk menghalangnya namun Allah SWT sudah 
menjanjikan kemenangan maka pasti berlaku menurut janji Allah SWT itu.

InsyaAllah, akan diteruskan lagi siri ini, dan akan kembali kepada 
sifat-sifat peribadinya (lanjutan dari siri 6)

Sekian dahulu, semoga ibadah puasa kali ini membakar segala mazmumah yang 
ada, terhindarlah perbincangan ini dari segala sikap-sikap kasar dan angkuh 
yang bersumber dari nafsu yang rakus.

Wassalam,

Arjuna Armada



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke