*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Di antara sifat yang perlu diketahui tentang Pemuda Bani Tamim itu adalah 
keturunannya.

1. Dia berketurunan Suku Tamim atau Bani Tamim
Iaitu suatu suku Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini 
kebanyakannya tinggal di Palestin dan Jordan, tetapi dia lahir bukan di 
kedua-dua tempat itu. Bani Tamim ini bukanlah merupakan suatu golongan atau 
kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu suku yang kecil dan tidak ramai.
Perlu disebutkan di sini, suku Tamim yang ini adalah sebahagian daripada 
Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. 
Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat 
mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.
Bani Tamim ini tiada lagi mendiami Hejaz kerana telah dihalau keluar oleh 
pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Ramai pula yang 
dibunuh. Tidak kurang pula yang diseksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah 
darah mereka, iaitu Hijaz. Ramai pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri 
kerana diburu oleh ejen-ejen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India 
dan ramai pula yang menetap di Nusantara, tapak awal terdirinya daulah kedua 
nanti.
Ada ulama yang menyatakan:
1.      Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
2.      Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk 
isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
3.      Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
4.      Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. 
Pendapat ini disokong terutamanya oleh mazhab Syiah.
5.      Semua keturunan Abdu Manaf adalah Ahlul Bait.
Perbezaan ijtihad ini tidaklah menjadi soal yang terlalu besar atau 
dipentingkan sangat. Yang penting di sini ialah Pemuda Bani Tamim itu memang 
berasal dari keturunan Ahlul Bait juga.
Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah 
Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy juga yang mendiami 
kawasan sekitar kota Makkah. Antara sahabat yang berasal dari kabilah Tamim 
ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, 
kabilah Tamim ini bukanlah suku Tamim, malah antara kedua-duanya memang 
tidak ada sangkut paut.
Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi, Bani Tamim atau suku 
Tamim. Kedua-duanya berbeza. Perbezaan ini perlulah difahami betul-betul 
supaya kita tidak tersalah fakta. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh 
Tanah Arab.

2. Keturunannya sudah bercampur dengan bangsa Timur.
Awal tadi telah disebutkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu adalah dari Bani 
Tamim iaitu suatu suku dari bangsa Arab. Namun beliau adalah seorang yang 
keturunan Bani Tamimnya telah bercampur dengan bangsa tempatan, sehingga 
beliau lebih dikenali dengan bangsa Timurnya daripada suku Tamimnya.
Tujuan Allah melakukan perkara ini sudah pastilah hanya Dia yang Maha 
Mengetahui. Namun, bagi kita, antara sebabnya ialah:
1.      Untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka tidak menyedari 
kehadirannya di kalangan mereka sehinggalah beliau telah berjaya menegakkan 
jemaahnya.
2.      Supaya beliau sendiri tidak menyedari hal itu sehinggalah beliau telah 
berjaya mendirikan sebuah jemaah dan menegakkan perjuangannya di bumi 
sebelah Timur.
Sebab itulah dalam hadis Nabi SAW, disebutkan namanya Syuaib bin Soleh 
sebagai menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu sudah jauh Arabnya, sudah 
nipis kebangsaan Arabnya dan bukan dikenal dengan bangsa Arabnya tetapi 
lebih dikenali dengan bangsa Timurnya. Maknanya, jika ditanya orang 
kepadanya, "Kamu berasal dari mana?" Akan dijawabnya, "Dari Timur." Jika 
ditanya pula, "Apa bangsa kamu?" Pemuda Bani Tamim akan menjawab, "Aku dari 
bangsa Timur."
Keterangan ini dijelaskan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us 
Soghir.

Sekian, peringatan ini untuk orang-orang yang ingin berfikir. Bersihkan 
fikiran dan jiwa dari segala kekarutan isme, ideologi, ajaran sesat serta 
menggunakan jalan musuh untuk menaikkan Islam. Bacalah dan hayatilah Al 
Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Wassalam,

Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke