*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Meneruskan tajuk perbincangan yg sepatutnya
mendatangkan kesan positif ini, izinkan saya
menjelaskan dgn lebih terperinci lagi.

Beberapa rakan kita telah misunderstood dgn apa yg
telah saya ketengahkan. Di sini saya ulangi perenggan
utama drp tulisan saya. 

"Tanpa disedari kemenangan PAS di Kelantan dan
Terengganu itu telah diketuai oleh dua orang pemimpin
mereka yg komited dgn sunnah Rasulullah saw termasuk
dlm bab berpakaian. Saya merasakan bahawa faktor jubah
dan serban ini telah menjadi salah satu faktor besar
[secara tersirat] yg membantu kemenangan PAS sehingga
tertubuhnya kerajaan dikedua-dua negeri tersebut."

Maka jelas bahawa saya tidak mengatakan bahawa hanya
berserban kita akan mencapai kemenangan. Dan tidak
pula saya katakan bhw ia adalah faktor utama/terbesar
dlm mencapai kemenangan. Tetapi apa yg saya katakan
ialah " salah satu faktor besar [secara tersirat]".

Keterangannya adalah begini, iaitu serban dan jubah
dan sunnah-sunnah Nabi yg lain itu telah menjadi
'dabus solihin' atau 'tradisi org-org soleh'. Tradisi
ini bukan bermakna adat tetapi dgn niat utk mengikut
sunnah Nabi saw, malah mempertahankannya dan
meninggikan syiar Islam peninggalan Rasulullah. Satu
amalan yg sgt berat pd akhir zaman ini.

Maka dapatlah difahami bahawa org yg memakai serban
dgn niat spt di atas sudah tentu mempunyai darjah iman
dan taqwa serta karisma yg lebih tinggi berbanding dgn
mereka yg tidak memakainya. Justeru ia adalah 'tradisi
org soleh', maka adalah janggal jika mereka yg
bergelar ulama' yg menjadi ahli persatuan ulama', juga
para pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan juga
para pesuruhjaya di setiap negeri tidak mengikut
tradisi para salafussoleh terdahulu. Bukankah para
ulama' itu pewaris nabi? Maka sudah sewajarnya mereka
dpt memberikan contoh teladan kpd org bawahan tentang
amalan dan sunnah Rasulullah saw. Menjadi lebih
janggal lagi jika para pemimpin hanya bersongkok atau
gondol kepala shj sedangkan org bawahan pula begitu
patuh dgn sunnah.

Mengapa pula saya katakan ia menjadi salah satu faktor
besar [secara tersirat]? Utk itu mari kita mengingat
kembali akan beberapa kisah silam utk menjadi
perbandingan agar semuanya boleh berfikir.

1. Dlm suatu peperangan, musuh menjadi gerun kpd
tentera Islam setelah melihat tentera Islam makan
kayu. Actually, tentera Islam hanya bersugi sebelum
solah.
2. Kemenangan tentera Islam dlm suatu peperangan telah
tertangguh. Dlm erti kata ia tak menang dan juga tak
kalah. Rupanya hal ini terjadi kerana tentera Islam
tidak meluruskan dan merapatkan saf ketika solah.
3. Proses penaklukan tentera Islam ke atas Mesir
berlaku sangat lambat sehinggalah Amru bin Al-Ash
mengarahkan tenteranya mandi menyucikan diri.

Nah! adakah anda terfikir bahawa perkara-perkara kecil
dan remeh ini telah menjadi asbab bagi kemenangan atau
kekalahan(kemenangan yg tertangguh) bagi tentera
Islam? Sila fikirkan bersama.

Utk itu, sekali lagi saya berpesan, jika PAS
bercita-cita utk memerintah Malaysia, maka para
pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan negeri
hendaklah amalkan secara bersungguh-sungguh segala
sunnah termasuk memakai jubah dan serban secara
komited mulai sekarang.

Wassalam,
##Utk DRTN98, saya tidak mahu ulas tentang darjah
hadis yg sdr nyatakan. Harap maaf. Ini utk mengelakkan
sebarang polemik berpanjangan. Apatah lagi dgn
keterlibatan Rahman Celcom, saya tidak mahu tajuk ini
menjadi suatu mujadalah yg sia-sia



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke