Saya menerima dan sokong sepenuhnya kenyataan saudara. Saya percaya,
di suatu hari nanti (hampir tiba), kita akan sama-sama melihat suatu perubahan
yang nyata di Malaysia, sebagaimana perubahan yang nyata memasuki PAS.
Oleh itu, saya mencadangkan dan meminta agar semua kepimpinan PAS terutama
yang memenangi ADUN atau Parlimen, supaya memakai Jubah dan Serban, bukannya
memakai "songkok". Tuan Guru (Ketua) dah beri contoh, tapi di peringkat
kepimpinan maseh tak mahu ikut, yang kat bawah-bawah ni, lagi la jauh.
Bak kata pepatah Melayu, "Bapa borek anak rintek", kita sebagai "Makmum
mengikut Imam", si rakyat mengikut "Wakil Rakyat" (Wakil Allah), "Kepimpinan
Melalui Tauladan", etc.
"Jika tidak, keadaan di masa depan, suasana di Malaysia tidak akan menyebelahi atau tidak akan mencapai kemenangan secara total kepada PAS. Ia bermaksud, PAS akan hanya memenangi State tetapi tidak Persekutuan (Malaysia)".
Wassalam
Sani Norku wrote:
Serban : Faktor Kemenangan PASAssalamualaikum wbt,
Tanpa disedari kemenangan PAS di Kelantan dan
Terengganu itu telah diketuai oleh dua orang pemimpin
mereka yg komited dgn sunnah Rasulullah saw termasuk
dlm bab berpakaian.
Saya merasakan bahawa faktor jubah dan serban ini
telah menjadi salah satu faktor besar [secara
tersirat] yg membantu kemenangan PAS sehingga
tertubuhnya kerajaan dikedua-dua negeri tersebut. Utk
itu, marilah kita sama-sama meninjau maksud-maksud
hadis spt berikut:1. �Sentiasalah umatku itu di atas fitrah (tabiat)
ugama Islam selama mereka memakai serban di atas
songkok� [Riwayat Imam ad-Dailami]2. �Perbezaan antara kita (umat Islam) dgn org musyrik
ialah memakai serban di atas songkok,� [Riwayat Abu
Dawud]3. Nabi saw suatu hari (hari Ghadir Khum) telah
memanggil Saidina Ali krw dan memakaikannya serban yg
mempunyai ekor diantara dua belikat, kemudian baginda
bersabda:
�Macam inilah kamu memakai serban, kerana serban itu
sebagai lambang (tanda/syiar) Islam dan serban juga yg
membezakan diantara org Islam dgn org musyrik,�
[riwayat Imam Abu Naim]Seterusnya, mari kita lihat apa peranan serban ini dlm
membantu kemenangan pejuang Islam:4. �Serban itu ketenangan org mukmin dan kemenangan
org Arab (Islam). Apabila org Arab membuang serban
mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan
dan kemenangan mereka,� [riwayat Ibnu Laal dan sanad
oleh daripada sahabat Amran bin Hussin]5. �Serban itu mahkota org Arab (Islam), apabila
mereka menanggallkan serban bererti mereka telah
menanggalkan kemuliaan dan kemenangan mereka,�
[riwayat Ad Dailami]Berkenaan dgn dua hadis ini, Al Alamah Mufti Brunei,
Hj Ismail bin Omar Abd Aziz berkata:�Ini adalah mukjizat Nabi saw kerana serban itu adalah
pakaian org Arab (Islam). Tiadalah terfikir bahawa org
Arab akan membuangkan serban mereka.� [Kitab Peribadi
Org Muslim]Seterusnya kita lihat realiti kejatuhan Empayar
Othmaniah, di mana sultan-sulatan yg kemudian telah
menukarkan serban pakaian Muhammad al-Fateh kpd
tarbus-tarbus. Akhirnya tarbus-tarbus ini akhirnya
hilang langsung dan terus menggondolkan kepala.
Pertukaran-pertuakaran dari serban kpd kopiah semata,
kpd tarbus dan seterusnya kpd gondol tanpa sebarang
penutup kepala adalah selari dgn kelemahan iman dan
taqwa para sultan, pembesar, ulama dan rakyatnya. Ini
diikuti pula oleh kelemahan pentadbiran sehinggalah
Turki terjajah oleh org Barat.Begitu juga realiti keadaan Islam dan para pejuangnya
di merata dunia. Tiada satupun jemaah yg menonjol dan
dihormati lawan jika sunnah serban ini tidak diamalkan
oleh jemaah tersebut esp para-para pucuk pimpinan.Saya cuba mengetengahkan isu ini dahulu, tetapi telah
mendapat reaksi sinis drp bbrp netters. Ada yg
berhujjah bahawa Hassan al-Banna tidak berserban, Arab
Quraisy pun berserban, Yasser Arafat pun berserban.
Jadi utk menjawab semua itu, renungilah kembali lima
hadis yg dibawakan di atas. Adakah sama serban Yasser
Arafat dan serban budaya umat Arab kini dgn serban yg
disunnahkan daripada Rasulullah?Utk itu juga, saya mencadangkan agar para pucuk
pimpinan PAS di Perlis, di Kedah, di Selangor dan esp.
Johor agar menjadikan pakain jubah dan serban ini
sebagai pakaian harian mulai sekarang. Ini pun jikalau
PAS berhasrat ingin merampas negeri-negeri tersebut
dari tangan BN. Jika tidak, mungkin kemenangan PAS
akan ditangguhkan lagi.Begitu juga, selari dgn perbincangan tentang Pemuda
Bani Tamim yg diketuai oleh Arjuna Armada sekarang
ini, maka pemimpin dan ahli-ahli PAS juga sepatutnya
berebut-rebut mengejar jawatan Pemuda Bani Tamim itu
dgn cara mengkaji ciri-ciri dan watak-wataknya yg
telah disebutkan. Dan salah satu drpnya, saya yakin
dan pasti, Pemuda Bani Tamim itu mestilah berjubah dan
berserban. Andai hal ini terus diabaikan oleh pihak
PAS, maka sudah pasti bahawa bakal Pemuda Bani Tamim
itu tidak hadir dari kalangan Parti PAS.Wassalam.
_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com
