*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Mengapa umat Islam masih berfikir siapa pemuda Bani Tamin yang akan muncul
kemudian hari. Ini hanya mungkin akan menyesatkan akidah umat islam sahaja.
Bagi pandangan saya setiap umat islam boleh menjadi pemuda bani tamin dengan
syarat segala amalan yang dilakukannya berlandaskan ajaran islam yang benar
dengan ketakwaan. Jika sifat tersebut tidak ada orang itu jugalah yang akan
menjadi dajal pada masa akan datang kerana setelah berkuasa dia akan
menyalahgunakan kuasanya. manakala orang yang benar-benar bertakwa sentiasa
patuh kepada Allah walaupun mempunyai kuasa
sebagaimana para nabi dan wali yang pernah ujud didunia ini.
Tak usahlah dibincang mengenai pemuda bani Tamin jika sekadar untuk
menunggu pemuda tersebut akan membela islam. Sepatutnya seluruh umat islam
mesti bersifat seumpama pemuda bani tamin.
Sekian.
----- Original Message -----
From: arjuna armada <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, December 27, 1999 11:51 PM
Subject: H-Net* Pemuda Bani Tamim (8)
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Di antara sifat yang perlu diketahui tentang Pemuda Bani Tamim itu adalah
> keturunannya.
>
> 1. Dia berketurunan Suku Tamim atau Bani Tamim
> Iaitu suatu suku Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini
> kebanyakannya tinggal di Palestin dan Jordan, tetapi dia lahir bukan di
> kedua-dua tempat itu. Bani Tamim ini bukanlah merupakan suatu golongan
atau
> kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu suku yang kecil dan tidak
ramai.
> Perlu disebutkan di sini, suku Tamim yang ini adalah sebahagian daripada
> Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait.
> Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat
> mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.
> Bani Tamim ini tiada lagi mendiami Hejaz kerana telah dihalau keluar oleh
> pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Ramai pula yang
> dibunuh. Tidak kurang pula yang diseksa dan dihalau keluar dari tanah
tumpah
> darah mereka, iaitu Hijaz. Ramai pula yang terpaksa lari menyelamatkan
diri
> kerana diburu oleh ejen-ejen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan
India
> dan ramai pula yang menetap di Nusantara, tapak awal terdirinya daulah
kedua
> nanti.
> Ada ulama yang menyatakan:
> 1. Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
> 2. Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk
> isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
> 3. Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
> 4. Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait.
> Pendapat ini disokong terutamanya oleh mazhab Syiah.
> 5. Semua keturunan Abdu Manaf adalah Ahlul Bait.
> Perbezaan ijtihad ini tidaklah menjadi soal yang terlalu besar atau
> dipentingkan sangat. Yang penting di sini ialah Pemuda Bani Tamim itu
memang
> berasal dari keturunan Ahlul Bait juga.
> Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim.
Kabilah
> Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy juga yang mendiami
> kawasan sekitar kota Makkah. Antara sahabat yang berasal dari kabilah
Tamim
> ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun,
> kabilah Tamim ini bukanlah suku Tamim, malah antara kedua-duanya memang
> tidak ada sangkut paut.
> Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi, Bani Tamim atau
suku
> Tamim. Kedua-duanya berbeza. Perbezaan ini perlulah difahami betul-betul
> supaya kita tidak tersalah fakta. Kabilah Tamim bertebaran di hampir
seluruh
> Tanah Arab.
>
> 2. Keturunannya sudah bercampur dengan bangsa Timur.
> Awal tadi telah disebutkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu adalah dari Bani
> Tamim iaitu suatu suku dari bangsa Arab. Namun beliau adalah seorang yang
> keturunan Bani Tamimnya telah bercampur dengan bangsa tempatan, sehingga
> beliau lebih dikenali dengan bangsa Timurnya daripada suku Tamimnya.
> Tujuan Allah melakukan perkara ini sudah pastilah hanya Dia yang Maha
> Mengetahui. Namun, bagi kita, antara sebabnya ialah:
> 1. Untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka tidak menyedari
> kehadirannya di kalangan mereka sehinggalah beliau telah berjaya
menegakkan
> jemaahnya.
> 2. Supaya beliau sendiri tidak menyedari hal itu sehinggalah beliau telah
> berjaya mendirikan sebuah jemaah dan menegakkan perjuangannya di bumi
> sebelah Timur.
> Sebab itulah dalam hadis Nabi SAW, disebutkan namanya Syuaib bin Soleh
> sebagai menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu sudah jauh Arabnya, sudah
> nipis kebangsaan Arabnya dan bukan dikenal dengan bangsa Arabnya tetapi
> lebih dikenali dengan bangsa Timurnya. Maknanya, jika ditanya orang
> kepadanya, "Kamu berasal dari mana?" Akan dijawabnya, "Dari Timur." Jika
> ditanya pula, "Apa bangsa kamu?" Pemuda Bani Tamim akan menjawab, "Aku
dari
> bangsa Timur."
> Keterangan ini dijelaskan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us
> Soghir.
>
> Sekian, peringatan ini untuk orang-orang yang ingin berfikir. Bersihkan
> fikiran dan jiwa dari segala kekarutan isme, ideologi, ajaran sesat serta
> menggunakan jalan musuh untuk menaikkan Islam. Bacalah dan hayatilah Al
> Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.
>
> Wassalam,
>
> Arjuna Armada
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Majid Derashid" <[EMAIL PROTECTED]>