Wa'alaikumsalam warahmatullah,

 Apa yg ditulis oleh saudara memerlukan sandaran nas-nas. Apapun fakta di bawah masih kabur utk difahami dan boleh menyebabkan kekeliruan. Diharapkan saudara Hadi Ma dapat mendatangkan dalil-dalil. Tidak dinafikan terdapat perkara-perkara di bawah ada kebenarannya kerana ke semuanya bertitik tolak dari kaedah asas fiqh dlm perkara adat dan muamalat: Al-aslu fil asya' al-ibahah--Asal Sesuatu Perkara adalah mubah(harus)

hadi ma wrote:

Assalamu alaikum semua,

1. Babi haram dimakan jelas dalam Quraan

2. Babi bukanlah seumpama racun yang tidak boleh
dimakan diketikamana pun.

3. Babi harus(maknanya boleh) dimakan dimasa darurat
syarie

------------------
Ini merujuk kpd kaedah syar'ie al-halal wal haram, "Ad-darurat tubih al-mahzurat"--Keadaan terpaksa(darurat) membolehkan yg terlarang. Ini berdasarkan dalil dalam Al-quran dalam surah Al-Baqarah: ayat 173:
"Barangsiapa dlm keadaan terpaksa dgn tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidak berdosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani."

Ayat di atas juga memberi batasan terhadap mereka yg terpaksa iaitu dgn kalimah ghaira baghin wala 'aadin (tidak sengaja dan tidak melewati batas).  Tidak sengaja ditafsirkan sbg tidak mencari-cari alasan kerana utk memenuhi keinginan (seleranya) dan tidak melewati batas maksudnya tidak melewati batas ketentuan darurat iaitu lapar.

Di samping itu, ia terikat kpd satu kaedah lain yakni "Ad-darurat tuqaddaru biqadriha"--Darurat dikira-kirakan menurut ukurannya.Walaupun seseorang itu boleh tunduk kpd keadaan darurat, namun dia tidak boleh menyerahkan dirinya kpd keadaan tersebut dan tidak boleh menjatuhkan dirinya kpd keadaan tersebut itu dgn kendali nafsunya. Dia harus tetap mengikatkan diri kpd pangkal halal dgn terus berusaha mencarinya. Sehingga dgn demikian dia tidak akan tersentuh dgn haram atau mempermudahkan darurat. Perseorangan/individu tidak boleh dianggap darurat kalau dia berada dalam masyarakat yg di situ ada sesuatu yg dapat mengatasi keterpaksaannya itu.
 
 

4. Babi halal disentuh(sesekali tidak haram disentuh)
-------------------
Ini sebenarnya mudah difahami. Memang tiada larangan utk menyentuh babi. Tetapi kalau dah sentuh sudah tentu kena samak. Semua org nak elakkan drpd menyentuh babi krn penyuciannya adalah rumit. Sikap ini(mengelak) tidak menyalahi hukum agama.
 
 
5. Babi keseluruhannya adalah najis berat sahaja
--------------------
Walhal najis mughallazah(berat) adalah najis yg teratas dan memerlukan penyucian yg ketat berbanding najis lain. Kenyataan di atas seolah-olah bunyinya najis berat itu macam najis pertengahan.
 
 
7. Barangan dari babi adalah harus(maknanya boleh)
dipakai
-----------------
Perkara 7 memerlukan penjelasan yg lebih lanjut dgn nas-nas yg sahih. Sbb kebanyakan fuqaha mazhab arba'ah mengatakan kulit babi tidak dapat disucikan dgn samak kecuali menghadapi kesukaran. Yg berpendapat kulit babi suci setelah disamak ialah Mazhab Zahiri (dipelopori oleh Ibn Hazmin), Abu Yusuf dan diperkuat oleh Imam Syaukani. Ini bersandarkan keumuman hadith yg menyebut kulit apa sahaja:
"Kulit apa sahaja kalau sudah disamak, maka sesungguhnya menjadi suci" (Diriwayatkan drpd hadith Ibn Abbas yg ada pada Imam An-Nasa'ie, At-Tirmidzi, Ibn Majah dan drpd Ibn Umar yg ada pada Ad-Daraqutni. Ia adalah hadith hassan. Juga diriwayatkan oleh Imam Muslim)
 
 
8. Apabila barangan dari babi terdapat pada diri
semasa beribadat, ibadat tidak sah kerana sifat
najisnya barangan tersebut sahaja dan bukanya kerana
ianya tidak boleh dimakan.

9. Tidak haram bela babi. Tetapi haram mendapat hasil
dari perniagaan babi dek sebab haram mendapat hasil
dari perniagaan najis.

10. Adalah tidak menjadi dosa memakai barangan dari
najis berat mahupun ringan.

--------------------
Berdosa sekiranya membabitkan ibadah krn menyebabkan ibadah tidak sah. Lagipun banyak lagi barangan lain yg lebih baik. Memilih barangan lain drpdnya adalah lebih aula.
 
 
11. Adalah tidak berdosa sekira kita tidak tahu bahan
yang kita makan itu mengandungi najis babi.
-------------------
Berbalik kpd 2 kaedah yg disebut pd awal tadi.
 
 
12. Kita tidak makan babi semata-mata kerana beriman
kepada Allah dan kitabnya, dan bukan kerana kotornya
atau terdapat kuman pada barangan babi.
--------------------
Antara hikmah babi diciptakan adalah utk menguji ketaatan insan terhadap hukum-hukum Allah dan juga kekotoran pada babi. Disebut dlm firman ALlah:
"Allah mengharamkan bangkai, darah dan daging babi..." (Surah Al-baqarah: ayat 172-173)
"Dan Allah mengharamkan ke atas mereka yg kotor-kotor." (Surah Al-A'raf: ayat 156)
"...Kerana sesungguhnya dia itu kotor(rijs).." (Surah Al-An'am: ayat 145)
 
 
14. Tidak haram makan dipinggan bekas terkena babi
apabila tiada ain najis berat pada pinggan tersebut.
Ini bermakna, walaupun pun belum bersamak pinggan atau
periok tanpa ain harus digunakan.
------------------
Para ahli fiqh menghukum najis hukmiyyah perkara ini kpd 2 perkara. Perlu disamak untuk menghilang zan (sangkaan). Tidak perlu disamak sekiranya agakan shj krn agakan tidak boleh menjadi asas kpd kebenaran.
 
 
16. Tidak haram atau berdosa berada didalam keadaan
bernajis berat.
---------------------
Hukum ini sama seperti berada dlm hadath kecil atau besar. Namun ia akan melewati hukum haram sekiranya melewati waktu solah. Syarat sah solat ialah suci. Dan dituntut oleh Islam berada dlm suci. Ini bersandarkan kpd hadith sahih.
Drpd Abu Malik Al-Asy'ari, Nabi S.A.W telah bersabda:
"Bersuci itu adalah sbhgn drpd iman." (Sahih Muslim)

Pernah juga Nabi melihat seorang yg pakaiannya kotor sekali, maka kata Nabi S.A.W kpdnya:
"Apakah org ini tidak mendapatkan sesuatu yg dapat dipakai mencuci pakaiannya?" (Riwayat Abu Daud)
 
 

17. Islam tidak menyuruh kita berasa loya/mual melihat
daging babi.

18. Islam tidak menyuruh kita mengelak dari tersentuh
anjing atau babi.

-------------
Bersikap ikhtiyat dan warak adalah lebih afdal. Babi disepakati ulamak kenajisannya. Manakala Anjing, terdapat khilaf mengenainya.Manakala mual/loya itu tidak menyalahi hukum kerana sifat fitrah manusia yg tidak suka akan kekotoran.
 
Allahu a'lam.

IMMI
Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke