*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum
Berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengan babi ini, saya harap saudara
yang menghujjahkan 18 perkara tersebut ataupun saudara2 yang lain supaya
mengeluarkan dalil atau nas dari mana ia dikeluarkan supaya ia boleh
dijadikan panduan kita bersama. Hujjah 'sensasi' tanpa merujuk pada mana2
sumber yang sahih dah kuat nampaknya macam payah sedikit untuk diterima.
Adakalanya adat selari dengan syariat, adakalanya tidak. Syariatlah yang
muktamad untuk diikuti.
Wallahu a'lam bissawab
Ma'as Salamah wa ilal liqa'
- md2a -
> -----Original Message-----
> >From: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>
> >Subject: Re: H-Net* barangan kulit babi ...ADAKAH HARAM
> >DIPAKAI???-JAWAPANYA IALAH...
> >Date: Wed, 29 Dec 1999 15:08:35 -0800 (PST)
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Assalamu alaikum semua,
> >
> >Tentang isu babi ni, sudah sampai masanya untuk kita
> >mendapat fakta yang sebenar tentang halal haramnya
> >supaya kita dapat hidup didalam perspektif yang benar.
> >Sudah tiba masanya kita mengasingkan antara adat
> >melayu dengan hukum Islam. Inilah yang saya dapat
> >petik dari sana sini fakta tentang babi(termasuk
> >anjing). Setengahnya mungkin memeranjatkan anda:
> >
> >1. Babi haram dimakan jelas dalam Quraan
> >
> >2. Babi bukanlah seumpama racun yang tidak boleh
> >dimakan diketikamana pun.
> >
> >3. Babi harus(maknanya boleh) dimakan dimasa darurat
> >syarie
> >
> >4. Babi halal disentuh(sesekali tidak haram disentuh)
> >
> >5. Babi keseluruhannya adalah najis berat sahaja
> >
> >6. Kenajisan babi hanya lebih sedikit dari kenajisan
> >tahi dari segi pensuciannya sahaja. Ia perlu dibasuh 7
> >kali termasuk satu dengan air tanah.
> >
> >7. Barangan dari babi adalah harus(maknanya boleh)
> >dipakai
> >
> >8. Apabila barangan dari babi terdapat pada diri
> >semasa beribadat, ibadat tidak sah kerana sifat
> >najisnya barangan tersebut sahaja dan bukanya kerana
> >ianya tidak boleh dimakan.
> >
> >9. Tidak haram bela babi. Tetapi haram mendapat hasil
> >dari perniagaan babi dek sebab haram mendapat hasil
> >dari perniagaan najis.
> >
> >10. Adalah tidak menjadi dosa memakai barangan dari
> >najis berat mahupun ringan.
> >
> >11. Adalah tidak berdosa sekira kita tidak tahu bahan
> >yang kita makan itu mengandungi najis babi.
> >
> >12. Kita tidak makan babi semata-mata kerana beriman
> >kepada Allah dan kitabnya, dan bukan kerana kotornya
> >atau terdapat kuman pada barangan babi.
> >
> >13. Najis berat(mughallazah) terdapat dua bahagian
> >pensucian. a)ain(sifat nyata) b) zat(disebalik sifat
> >ain).
> >
> >14. Tidak haram makan dipinggan bekas terkena babi
> >apabila tiada ain najis berat pada pinggan tersebut.
> >Ini bermakna, walaupun pun belum bersamak pinggan atau
> >periok tanpa ain harus digunakan.
> >
> >15. Tempat yang terkena najis berat perlu disamak
> >untuk mengsahkan ibadat.
> >
> >16. Tidak haram atau berdosa berada didalam keadaan
> >bernajis berat.
> >
> >17. Islam tidak menyuruh kita berasa loya/mual melihat
> >daging babi.
> >
> >18. Islam tidak menyuruh kita mengelak dari tersentuh
> >anjing atau babi.
> >
> >Diharap, sesiapa yang ada fakta lain atau bertentangan
> >sila beri hujjah dengan nasnya. Bebaskan diri kita
> >dari mencampur aduk hukum dengan adat melayu turun
> >temurun.
> >
> >Jadi, adakah isu kasut berkulit babi masih menghantui
> >anda dan harus diperbesarkan??
> >
> >Allahu a'lam.
> >
> >IMMI
>
> ______________________________________________________
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Dazrul (K.L.)" <[EMAIL PROTECTED]>