*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa Dolah Badawi tak suruh JAKIM aje pergi memantau
pesta ni? Bukankah JAKIM suka memantau ceramah agama
di seluruh Malaysia. 

Barangkali benar jugak kata-kata Yg. berhormat Ustaz
Ismail Kamus dalam beberapa siri ceramahnya sebelum
ini:

1. Jangan jadi samseng tak memasal

Dalam hal ini, JAKIM suka jadi samseng bila ada
ceramah agama, sebaliknya jadi tikus bila ada pesta
haram.

2. Al Fulus fid dunia, wal akhirat fil mampus (maaf,
terkasar sikit)

Dalam hal ini, pesta haram ada keuntungan duniawi.
Urusan akhirat?  JAKIM tak nak campur adukkan antara
dunia dengan akhirat.

Wassalam

ku meed

--- "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> 

> Jangan bertindak liar sambut alaf baru
> PUTRAJAYA 30 Dis. - Kerajaan tidak boleh menghalang
> rakyat untuk mengadakan
> pesta menyambut ketibaan alaf baru kerana mereka
> berhak berbuat demikian
> selagi tidak bertindak liar atau melakukan
> perkara-perkara yang tidak
> diingini. 
> Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
> Badawi berkata, kerajaan
> juga tidak boleh mengharamkan atau membatalkan
> serta-merta pesta yang
> dijadualkan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat
> itu kerana bimbang akan
> timbul masalah lain pula. 
> ''Kita nak halang macam mana. Nak batalkannya? 
> ''Ada orang yang dah bayar duit awal-awal lagi.
> Kalau kita halang mungkin
> jadi lebih buruk lagi dan mereka tentu tidak
> endah,'' katanya kepada
> pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat
> Jawatankuasa Kabinet Mengenai
> Barang-Barang Perlu di sini hari ini. 
> Beliau diminta mengulas desakan beberapa ahli Dewan
> Negara semalam yang mahu
> kerajaan mengambil tindakan segera membendung
> penganjuran pesta secara
> besaran-besaran sempena menyambut ketibaan alaf
> baru. 
> Pesta anjuran pihak-pihak tertentu itu dikatakan
> bertentangan dengan
> sensitiviti umat Islam yang sedang berada dalam
> bulan Ramadan selain boleh
> menyebabkan kerajaan dituduh sebagai tidak Islamik. 
> Senator Zainuddin Maidin misalnya, ketika berucap
> membahaskan Rang
> Undang-Undang Perbekalan Tambahan 1999 telah menarik
> perhatian Dewan Negara
> kepada gambar muka satu New Straits Times keluaran
> 27 Disember lalu yang
> menunjukkan anak-anak muda berbaris sejak pukul 4
> pagi di hadapan Hard Rock
> Cafe Kuala Lumpur untuk mendapatkan tiket percuma ke
> Salem Cool Planet
> Millennium Party di Terminal Satu, Lapangan Terbang
> Sultan Abdul Aziz Shah,
> Subang. 
> Beliau mempertikaikan cara promosi sambutan itu
> diadakan yang didakwanya
> langsung tidak menggambarkan cara Malaysia,
> sebaliknya seolah-olah hendak
> menyertai budaya sambutan seperti di negara barat. 
> Zainuddin memberitahu, syarikat Salem jelas
> mempunyai agenda tersendiri
> terutama dalam menjalankan subversif menerusi iklan.
> 
> Menurut beliau, jika perkara tersebut dibiarkan
> akibat buruk akan terpaksa
> ditanggung oleh kerajaan. 
> Mengulas lanjut, Abdullah berkata, kerajaan tidak
> terbabit dalam
> menganjurkan pesta yang diadakan itu, sebaliknya ia
> diatur oleh pihak-pihak
> tertentu sebagai menyambut ketibaan alaf baru. 
> Kerana itu, katanya, sudah tentu pihak terbabit
> telah mengeluarkan banyak
> perbelanjaan untuk menyediakan segala-galanya bagi
> menjayakannya. 
> ''Tentu sekali perayaan yang akan diadakan itu orang
> yang ingin mengambil
> bahagian telah pun mengeluarkan wang untuk membuat
> persedian, barang-barang
> makanan telah dibeli. 
> ''Kalau kita haramkan pada hari ini ia akan
> timbulkan lagi banyak masalah,''
> katanya. 
> Abdullah memberitahu, penganjur pesta berkenaan
> perlu memastikan majlis yang
> mereka adakan tidak dibuat secara kelam-kabut dan
> mengelakkan peserta mereka
> daripada terlibat mengganggu keadaan lalu lintas. 
> Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata,
> pihaknya akan meminta polis
> mengawal sebarang pesta yang diadakan supaya tidak
> berlaku tindakan liar
> kerana keghairahan peserta meraikannya. 
> ''Maklumlah kerana keghairahan berlebihan ini
> macam-macam boleh terjadi.
> Pecah barang itu pecah barang ini, buat kacau di
> jalan,'' katanya. 
> Tegas beliau, anggota polis akan mengawal tempat
> pesta diadakan supaya
> ketenteraman awam dan lalu lintas tidak terganggu
> dengan perayaan yang
> diadakan. 
> ''Kita yang akan pastikan tidak ada sesuatu berlaku
> yang membawa kepada
> keadaan atau situasi yang tidak baik,'' ujar
> Abdullah. 
> Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES 
> 
> � UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan
> Chan Sow Lin, 55200 Kuala
> Lumpur.
> E-mail: [EMAIL PROTECTED]
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke