kalau orang kafir punya agenda....'lembek tekok selalu'......bak
kata Ustaz Ismail kamus...'keris dua...tapi penakut nak mampus
!!'

since tonite is the night...the satan event...jom kita pakat do'a
pada Allah Subha Nata'la...biar musnah habis T1, sunway dan Bali
tu....kalau malam ni..malam Lailatul Qadar...ada harapan do'a
kita dimakbulkan..........

takbir : Allahu Akbar 3x !!!


---------------------- Forwarded by HABIBUL/QA/MSMM on 12/31/99
05:47 PM ---------------------------


"Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]> on 12/31/99
12:57:23 PM

To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:    (bcc: HABIBUL/QA/MSMM)
Subject:  H-Net* Kerajaan BN Tidak Boleh Halang Pesta Haram!




Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.




 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jangan bertindak liar sambut alaf baru
PUTRAJAYA 30 Dis. - Kerajaan tidak boleh menghalang rakyat untuk
mengadakan
pesta menyambut ketibaan alaf baru kerana mereka berhak berbuat
demikian
selagi tidak bertindak liar atau melakukan perkara-perkara yang
tidak
diingini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, kerajaan
juga tidak boleh mengharamkan atau membatalkan serta-merta pesta
yang
dijadualkan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat itu kerana
bimbang akan
timbul masalah lain pula.
''Kita nak halang macam mana. Nak batalkannya?
''Ada orang yang dah bayar duit awal-awal lagi. Kalau kita halang
mungkin
jadi lebih buruk lagi dan mereka tentu tidak endah,'' katanya
kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Mengenai
Barang-Barang Perlu di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan beberapa ahli Dewan Negara
semalam yang mahu
kerajaan mengambil tindakan segera membendung penganjuran pesta
secara
besaran-besaran sempena menyambut ketibaan alaf baru.
Pesta anjuran pihak-pihak tertentu itu dikatakan bertentangan
dengan
sensitiviti umat Islam yang sedang berada dalam bulan Ramadan
selain boleh
menyebabkan kerajaan dituduh sebagai tidak Islamik.
Senator Zainuddin Maidin misalnya, ketika berucap membahaskan
Rang
Undang-Undang Perbekalan Tambahan 1999 telah menarik perhatian
Dewan Negara
kepada gambar muka satu New Straits Times keluaran 27 Disember
lalu yang
menunjukkan anak-anak muda berbaris sejak pukul 4 pagi di hadapan
Hard Rock
Cafe Kuala Lumpur untuk mendapatkan tiket percuma ke Salem Cool
Planet
Millennium Party di Terminal Satu, Lapangan Terbang Sultan Abdul
Aziz Shah,
Subang.
Beliau mempertikaikan cara promosi sambutan itu diadakan yang
didakwanya
langsung tidak menggambarkan cara Malaysia, sebaliknya
seolah-olah hendak
menyertai budaya sambutan seperti di negara barat.
Zainuddin memberitahu, syarikat Salem jelas mempunyai agenda
tersendiri
terutama dalam menjalankan subversif menerusi iklan.
Menurut beliau, jika perkara tersebut dibiarkan akibat buruk akan
terpaksa
ditanggung oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, kerajaan tidak terbabit dalam
menganjurkan pesta yang diadakan itu, sebaliknya ia diatur oleh
pihak-pihak
tertentu sebagai menyambut ketibaan alaf baru.
Kerana itu, katanya, sudah tentu pihak terbabit telah
mengeluarkan banyak
perbelanjaan untuk menyediakan segala-galanya bagi menjayakannya.
''Tentu sekali perayaan yang akan diadakan itu orang yang ingin
mengambil
bahagian telah pun mengeluarkan wang untuk membuat persedian,
barang-barang
makanan telah dibeli.
''Kalau kita haramkan pada hari ini ia akan timbulkan lagi banyak
masalah,''
katanya.
Abdullah memberitahu, penganjur pesta berkenaan perlu memastikan
majlis yang
mereka adakan tidak dibuat secara kelam-kabut dan mengelakkan
peserta mereka
daripada terlibat mengganggu keadaan lalu lintas.
Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan
meminta polis
mengawal sebarang pesta yang diadakan supaya tidak berlaku
tindakan liar
kerana keghairahan peserta meraikannya.
''Maklumlah kerana keghairahan berlebihan ini macam-macam boleh
terjadi.
Pecah barang itu pecah barang ini, buat kacau di jalan,''
katanya.
Tegas beliau, anggota polis akan mengawal tempat pesta diadakan
supaya
ketenteraman awam dan lalu lintas tidak terganggu dengan perayaan
yang
diadakan.
''Kita yang akan pastikan tidak ada sesuatu berlaku yang membawa
kepada
keadaan atau situasi yang tidak baik,'' ujar Abdullah.
Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES


� UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
)
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
)
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke