Apa tu Y2K, nak?

Oleh Suhana A. Samat

WALAUPUN publisiti mengenai pepijat tahun 2000 (Y2K) telah disebarkan secara meluas, ternyata ada segelintir masyarakat Melayu/Islam yang masih kurang jelas tentang fenomena tersebut.

Ada yang sangka ada sejenis serangga yang akan menyerang sistem komputer.

Ada pula kurang pasti sama ada pepijat Y2K itu akan hanya menjejas sistem komputer peribadi.

Ada pula yang menyangka talian hotline yang dibuka Berita Harian ialah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Y2K.

Inilah antara gelagat para pembaca yang diundang menghubungi wartawan ini untuk berkongsi pengalaman jika mengalami masalah, atau persiapan menghadapi pepijat Y2K.

Sejak nombor telefon saya disiarkan awal minggu ini, lebih 10 panggilan diterima daripada pembaca.

Rata-rata mereka yang membuat panggilan itu hanya inginkan penjelasan lanjut tentang pepijat Y2K dan langkah yang perlu dilakukan.

Seperti kata seorang makcik:

"Mak cik nak tahu apa tu pepijat Y2K? Tengok dalam surat khabar, gambar pepijat ni macam seram gitu."

Seorang remaja pula bertanya:

"Bila pepijat Y2K ini nak attack? Apa yang patut saya buat? Kalau saya on komputer saya selepas 31 Disember, sistem masih crash tak?"

Walaupun agak jenuh menjelaskan tentang Y2K kepada para pemanggil, satu perkara yang saya pelajari ialah usaha menyebarkan sesuatu maklumat yang baru bukan satu perkara yang boleh dicapai dalam jangka pendek. Inilah antara cabaran kami sebagai wartawan di Berita Harian.

Kirim email ke