PARA pekerja memunggah bir ke kawasan pesta di Terminal Satu, Subang. - Gambar IZHAM JAAFAR.

Pesta arak

Ketibaan alaf baru pada detik 12 tengah malam ini ternyata memberi kesempatan kepada pelbagai pihak untuk menganjurkan pesta sambutan secara besar-besaran.

Jika kebiasaannya ketibaan tahun baru disambut oleh anak-anak muda dengan gelagat liar yang kadang-kala mencetuskan insiden yang tidak diingini, pesta malam ini tentulah lebih hebat lagi.

Di Kuala Lumpur, pelbagai hotel dan tempat hiburan telah mengatur persediaan, tetapi pesta yang terbesar dijangka berlangsung di Terminal Satu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, anjuran Salem.

Semalam, para pekerja bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja terakhir di tapak pesta itu, termasuk menyediakan gerai pelbagai minuman keras. Jurugambar Utusan yang berada di situ sempat menyaksikan pemunggahan tiga lori bir.

muk.gif

fp2_big.jpg

Kirim email ke