Mulut suruh benteras ajaran sesat, dia sendiri buat kerja khurafat!! heh heh
 
Perdana Menteri turut mengikat tali sebagai tanda kesyukuran pada pergelangan tangan seorang bayi yang berusia lapan hari, Murad Abdul Aziz iaitu anak seorang penduduk tempatan.


DR. MAHATHIR mengikat tali pada tangan bayi yang berusia lapan hari, anak seorang penduduk Kampung Bukit Wang Perah Hosba dekat Jitra semalam.

Ulama diminta sekat ajaran bertentangan

JITRA 5 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, meminta para ulama menyekat penyebaran ajaran yang kononnya dibawa oleh tokoh agama tetapi bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan antara mazhab dalam agama Islam tetapi ada juga pihak yang mengamalkan ajaran yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Katanya, ada di antara mereka yang mengaku sebagai Imam Mahadi dan ada juga yang mengkafirkan umat Islam lain kerana fahaman politik yang berbeza.

''Saya harap pemimpin dan ulama kita memastikan tidak ada ajaran karut seperti ini disebarkan dalam masyarakat kita,'' katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Bukit, Hosba dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Besar, Datuk Syed Razak Syed Zain dan anggota Exco Kerajaan Negeri.

Perdana Menteri juga menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak yang mendakwa sebagai alim ulama dan membawa ajaran tertentu kerana dikhuatiri boleh mengancam akidah mereka.

Dr. Mahathir memberitahu, beliau difahamkan kegiatan mengkafirkan umat Islam berlaku di sebuah negeri sehingga ada di antara mereka yang sanggup menyamak masjid semata-mata kerana orang UMNO bersembahyang di masjid tersebut.

''Jika ada perkara seperti ini berlaku, orang Islam akan bermusuhan dan akan melemahkan mereka, akhirnya mereka akan dikuasai oleh orang lain,'' ujarnya.

Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam supaya tidak terkeliru dengan ajaran Islam yang dibawa oleh golongan berkenaan yang menyamakan agama suci itu dengan kumpulan tertentu yang memperjuangkan ideologi politik mereka.

Katanya, gerakan yang dibawa oleh kumpulan tersebut dianggap berbahaya kerana sebilangan pemimpin kumpulan itu merupakan individu yang berpengaruh dalam masyarakat.

''Akidah umat Islam akan melencong ke arah lain apabila mengikuti ajaran yang dibawa oleh kumpulan ini,'' jelasnya.

Beliau menambah, hanya umat Islam yang kuat akidahnya sahaja yang tidak mudah terpedaya dengan ajaran yang dibawa oleh kumpulan itu.

Hadir sama pada majlis berbuka puasa itu ialah kira-kira 50 pegawai agama Islam dari lima wilayah selatan Thailand yang diundang khusus dalam usaha merapatkan lagi hubungan umat Islam antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Dr. Siti Hasmah menyampaikan bantuan biasiswa kepada 20 pelajar tempatan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

Perdana Menteri turut mengikat tali sebagai tanda kesyukuran pada pergelangan tangan seorang bayi yang berusia lapan hari, Murad Abdul Aziz iaitu anak seorang penduduk tempatan.

Oleh: YUSRI SAHAT dan NIZAM HAMID

dal.gif

hn1_big.jpg

Kirim email ke