cerita pasal Taib nie...raya baru nie....aku balik beraya
diKuching (tempat orang rumah akulah)...maka bila aku borak-borak
dengan ipar-duai aku....baru aku tahu bahawa YB-YB diKuching tu
digelar...wakil parlimen 'Lampu Padam' atau wakil rakyat 'Lampu
Padam'. Semasa kunjung-mengunjung dirumah saudara mara belah
isteri aku....isu-isu politik dan soal-soal tanah selalu menjadi
perbualan hangat....dan juga pasal rumah - rumah YB semakin
besar contohnya rumah YB Daud disebelah Jalan Matang baru..
Dari apa yang aku amatilah (ini pendapat aku sahaja !)...Taib
semakin tidak 'famous' dikalangan orang Melayu Sarawak.....Aku
lihat ada juga rumah yang mengibarkan bendera KeadiLan dan
sedikit-sedikit bendera Pas. Tapi malangnya bendera 'Umno' tak
ada ye ! Maklumlah Umno tak relevan di Sarawak dan yang nyata
mimpi ngeri pada Taib...kalau Umno masuk dibumi Kenyalang.

p/s--> pada orang-orang Sarawak yang masih ingat atas tulisan aku
yang dulu..aku minta maaflah atas 'keceluparan' tulisan dan
'emosional' aku dulu......Selamat Hari Raya.
---------------------- Forwarded by HABIBUL/QA/MSMM on 01/18/2000
09:31 AM ---------------------------


"Concorde" <[EMAIL PROTECTED]> on 01/17/2000 08:46:18 PM

To:   "Adil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Anwarxtpm"
      <[EMAIL PROTECTED]>, "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>
cc:    (bcc: HABIBUL/QA/MSMM)
Subject:  H-Net* Taib kecam kenyataan Abang Abu Bakar




Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.



Taib kecam kenyataan Abang Abu Bakar
KUCHING, Ahad - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari
ini mengecam kenyataan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapha, yang
menawarkan diri untuk membawa Umno ke Sarawak, sambil menyifatkan
tindakan itu sebagai bertentangan pendirian Perdana Menteri.

Pengerusi BN Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) itu berkata, apa yang dilakukan oleh bekas Menteri
Pertahanan itu sengaja cuba hendak menentang kehendak Datuk Seri
Dr Mahathir Mohamad, sebagai Presiden Umno.

"Ini kerana Perdana Menteri, seperti yang anda semua (pemberita)
tahu, sudah banyak membuat kenyataan sebelum ini... untuk
menyatakan pendirian beliau bahawa kehadiran PBB adalah sama
seperti Umno di Sarawak.

"Jika parti komponen BN sedia ada di Sarawak mampu memenangi
semua kerusi untuk BN (dalam pilihan raya yang diadakan), tidak
ada keperluan untuk parti komponen BN yang lain melebarkan
sayapnya dan bertanding di Sarawak.

"Ia adalah peraturan dalam BN... peraturan asas di dalam BN dan
jika Abang Abu rasa beliau boleh mengubah peraturan itu, saya
tidak fikir beliau layak untuk terus berada di dalam BN,"
katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita di rumah
terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Pertanian, Datuk Mohd
Effendi Norwawi, di Jalan Green, dekat sini, hari ini.

Taib mengulas kenyataan Abang Abu Bakar semalam, yang mengumumkan
kesediaan membawa Umno ke Sarawak, jika itu permintaan rakyat di
negeri ini.

Abang Abu Bakar yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Islam
Sarawak (Perkis) juga berkata, beberapa pihak ada berjumpa beliau
untuk membincangkan mengenai perkara itu, namun beliau enggan
mengulas lanjut.

Bekas Timbalan Presiden PBB itu juga berkata, beliau tidak fikir
kehadirannya masih diperlukan di dalam PBB lagi. Beliau tewas
dalam pertandingan tiga penjuru dalam Perhimpunan Agung PBB pada
Ogos 1998.

Dalam pertandingan itu, Abang Abu Bakar yang menyandang jawatan
Timbalan Presiden PBB sebelumnya, hanya mendapat 27 undi. Datuk
Abang Johari Tun Openg yang memenangi jawatan itu mendapat 373
undi dan seorang lagi pencabar beliau, Datuk Adenan Satem,
mendapat 268 undi.

Kepada soalan, sama ada tindakan Abang Abu Bakar itu melanggar
peraturan dalam PBB, Taib berkata: "Saya tidak mahu cakap hal
itu. Biarlah dia. Itu memang cara dia".

Menurutnya, beliau juga tidak terkejut dengan kenyataan Abang Abu
Bakar itu kerana ia sudah diduga oleh kebanyakan pemimpin di
negeri ini serta ahli parti sendiri.

"Jika beliau mahu menjual dirinya kepada mana-mana parti politik,
itu urusan beliau," katanya.

Taib turut mendedahkan sebab sebenar mengapa Abang Abu Bakar
tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Kuala Rajang
dalam pilihan raya Parlimen lalu, sebaliknya digantikan dengan
Mohd Effendi.

Menurut Taib, Abang Abu Bakar tidak dicalonkan semula atas
permintaan rakyat di kawasannya sendiri, yang meminta agar beliau
(Abang Abu Bakar) digantikan, kerana beliau gagal menjalankan
tugasnya sebagai wakil rakyat.

"Parti (PBB) telah bermesyuarat panjang lebar dan mengambil
keputusan untuk mengikut kehendak rakyat di kawasan itu. Saya
sendiri tahu sejak 1986 lagi, beliau sudah ada masalah dengan
kawasannya.

"Tetapi atas pujuk rayu saya sendiri, maka rakyat di kawasan
(Parlimen Kuala Rajang) setuju untuk terus menyokong Abang Abu.
Ini kerana saya berjanji bahawa saya sendiri akan
bertanggungjawab terhadap kawasan itu," katanya.

Bagaimana pun tambah Taib, selepas lebih 10 tahun, rakyat di
kawasan itu tidak lagi boleh bersabar dan beliau rasa rakyat di
situ berhak untuk meminta calon mereka ditukar.

"Ini adalah prinsip parti. Sesiapa yang tidak cukup menjaga
kawasan masing-masing atau tidak mampu berkhidmat untuk pengundi
mereka, mereka tidak dapat dikekalkan sebagai calon selamanya.
Kita berpegang kepada hasrat untuk berkhidmat kepada rakyat,"
katanya.

Malah menurut Taib, Abang Abu Bakar menjadi Timbalan Presiden PBB
sebelum ini kerana beliau menyokongnya dan beliau meminta jangan
ada orang melawan Abang Abu Bakar untuk jawatan itu buat sekian
lama.

"Tapi bila beliau sudah memainkan dua peranan dalam Perkis, tidak
ada apa lagi yang boleh saya lakukan. Saya tidak boleh melarang
ahli parti daripada marah kepadanya," katanya.

Ditanya apakah 'dua peranan' yang beliau maksudkan, Taib berkata,
Perkis sepatutnya badan keagamaan, tetapi terbukti ia digunakan
sebagai alat untuk memecah-belahkan PBB.

Bagaimana pun katanya, usaha Perkis itu gagal dan akhirnya ada di
kalangan ahlinya terpaksa keluar dari persatuan dan menonjolkkan
diri di dalam Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Ditanya sama ada kenyataan Abang Abu Bakar semalam, akan
memecah-belah perpaduan dalam PBB, Taib berkata, Abang Abu Bakar
tidak ada kesan terhadap parti dan ini terbukti dengan jumlah
undi yang diperolehinya dalam perhimpunan agung 1998.

"Lagi pun kalau perpaduan kita tergugat, kita akan kalah dalam
pilihan raya Parlimen lalu. Dalam pilihan raya lalu kita cukup
kuat dan menang 100 peratus," katanya.


Taib kecam kenyataan Abang Abu Bakar

KUCHING, Ahad - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini mengecam kenyataan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapha, yang menawarkan diri untuk membawa Umno ke Sarawak, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai bertentangan pendirian Perdana Menteri.

Pengerusi BN Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, apa yang dilakukan oleh bekas Menteri Pertahanan itu sengaja cuba hendak menentang kehendak Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, sebagai Presiden Umno.

"Ini kerana Perdana Menteri, seperti yang anda semua (pemberita) tahu, sudah banyak membuat kenyataan sebelum ini... untuk menyatakan pendirian beliau bahawa kehadiran PBB adalah sama seperti Umno di Sarawak.

"Jika parti komponen BN sedia ada di Sarawak mampu memenangi semua kerusi untuk BN (dalam pilihan raya yang diadakan), tidak ada keperluan untuk parti komponen BN yang lain melebarkan sayapnya dan bertanding di Sarawak.

"Ia adalah peraturan dalam BN... peraturan asas di dalam BN dan jika Abang Abu rasa beliau boleh mengubah peraturan itu, saya tidak fikir beliau layak untuk terus berada di dalam BN," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita di rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Pertanian, Datuk Mohd Effendi Norwawi, di Jalan Green, dekat sini, hari ini.

Taib mengulas kenyataan Abang Abu Bakar semalam, yang mengumumkan kesediaan membawa Umno ke Sarawak, jika itu permintaan rakyat di negeri ini.

Abang Abu Bakar yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (Perkis) juga berkata, beberapa pihak ada berjumpa beliau untuk membincangkan mengenai perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Bekas Timbalan Presiden PBB itu juga berkata, beliau tidak fikir kehadirannya masih diperlukan di dalam PBB lagi. Beliau tewas dalam pertandingan tiga penjuru dalam Perhimpunan Agung PBB pada Ogos 1998.

Dalam pertandingan itu, Abang Abu Bakar yang menyandang jawatan Timbalan Presiden PBB sebelumnya, hanya mendapat 27 undi. Datuk Abang Johari Tun Openg yang memenangi jawatan itu mendapat 373 undi dan seorang lagi pencabar beliau, Datuk Adenan Satem, mendapat 268 undi.

Kepada soalan, sama ada tindakan Abang Abu Bakar itu melanggar peraturan dalam PBB, Taib berkata: "Saya tidak mahu cakap hal itu. Biarlah dia. Itu memang cara dia".

Menurutnya, beliau juga tidak terkejut dengan kenyataan Abang Abu Bakar itu kerana ia sudah diduga oleh kebanyakan pemimpin di negeri ini serta ahli parti sendiri.

"Jika beliau mahu menjual dirinya kepada mana-mana parti politik, itu urusan beliau," katanya.

Taib turut mendedahkan sebab sebenar mengapa Abang Abu Bakar tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Kuala Rajang dalam pilihan raya Parlimen lalu, sebaliknya digantikan dengan Mohd Effendi.

Menurut Taib, Abang Abu Bakar tidak dicalonkan semula atas permintaan rakyat di kawasannya sendiri, yang meminta agar beliau (Abang Abu Bakar) digantikan, kerana beliau gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

"Parti (PBB) telah bermesyuarat panjang lebar dan mengambil keputusan untuk mengikut kehendak rakyat di kawasan itu. Saya sendiri tahu sejak 1986 lagi, beliau sudah ada masalah dengan kawasannya.

"Tetapi atas pujuk rayu saya sendiri, maka rakyat di kawasan (Parlimen Kuala Rajang) setuju untuk terus menyokong Abang Abu. Ini kerana saya berjanji bahawa saya sendiri akan bertanggungjawab terhadap kawasan itu," katanya.

Bagaimana pun tambah Taib, selepas lebih 10 tahun, rakyat di kawasan itu tidak lagi boleh bersabar dan beliau rasa rakyat di situ berhak untuk meminta calon mereka ditukar.

"Ini adalah prinsip parti. Sesiapa yang tidak cukup menjaga kawasan masing-masing atau tidak mampu berkhidmat untuk pengundi mereka, mereka tidak dapat dikekalkan sebagai calon selamanya. Kita berpegang kepada hasrat untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Malah menurut Taib, Abang Abu Bakar menjadi Timbalan Presiden PBB sebelum ini kerana beliau menyokongnya dan beliau meminta jangan ada orang melawan Abang Abu Bakar untuk jawatan itu buat sekian lama.

"Tapi bila beliau sudah memainkan dua peranan dalam Perkis, tidak ada apa lagi yang boleh saya lakukan. Saya tidak boleh melarang ahli parti daripada marah kepadanya," katanya.

Ditanya apakah 'dua peranan' yang beliau maksudkan, Taib berkata, Perkis sepatutnya badan keagamaan, tetapi terbukti ia digunakan sebagai alat untuk memecah-belahkan PBB.

Bagaimana pun katanya, usaha Perkis itu gagal dan akhirnya ada di kalangan ahlinya terpaksa keluar dari persatuan dan menonjolkkan diri di dalam Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Ditanya sama ada kenyataan Abang Abu Bakar semalam, akan memecah-belah perpaduan dalam PBB, Taib berkata, Abang Abu Bakar tidak ada kesan terhadap parti dan ini terbukti dengan jumlah undi yang diperolehinya dalam perhimpunan agung 1998.

"Lagi pun kalau perpaduan kita tergugat, kita akan kalah dalam pilihan raya Parlimen lalu. Dalam pilihan raya lalu kita cukup kuat dan menang 100 peratus," katanya.

Kirim email ke