*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekarang baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah.  Baru dia tahu
peritnya ahli-ahli PAS mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan
aktiviti parti.  Selama ni dia tak sedar dia menggunakan kemudahan
peralatan kerajaan.  Dia ingat semua barang hak kerajaan, UMNO yang
punya.  Baru dia tersedar rupa-rupanya segala harta hak kerajaan adalah
hak rakyat.  Bukan UMNO yang punya balairaya, tapi rakyat yang punya.
Bukan UMNO yang bina Tabika Kemas tu, tapi premis tu dibina dari duit
pembayar cukai.  Kalau rakyat tak suka sesuatu tempat itu digunakan
untuk tujuan kemudahan golongan tertentu sahaja, maka tak bolehlah kita
melanggar hak rakyat tersebut.

Kerja parti kenalah dibuat di premis parti.  Kerja rakyat baru buat
ditempat premis rakyat.  Kalau selama ni UMNO dok kata dia bermesyuarat
untuk kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia di masa
akan datang, PAS juga bermesyuarat untuk kemaslahatan, kesejahteraan
dan keamanan rakyat Malaysia di masa akan datang.  Kalau selama ni UMNO
kata PAS bermesyuarat hanya untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia,
kitapun boleh kata UMNO bermesyuarat untuk mempunah-ranahkan rakyat
jelata dengan pesta araknya, dengan acara karaokenya, dengan dangdutnya
untuk menghiburkan rakyat kononnya padahal untuk menjahanamkan rakyat
Malaysia.

Kalau mesyuarat yang dijalankan nak membincangkan macamana nak lebih
melalaikan lagi rakyat Terengganu supaya mereka terlupa bahawa negeri
mereka adalah terkaya dalam Malaysia dan mereka terus terlupa tak
sepatutnya mereka tetap miskin seperti sekarang, maka mesyuarat
tersebut tidak boleh diadakan di satu premis milik rakyat.  Kalau
mesyuarat tersebut nak membincangkan macamana lagi mereka nak tipu
rakyat Terengganu bahawa selama ni dah banyak kemajuan yang mereka bawa
ke Terengganu  walaupun wang yang masuk ke poket mereka lebih banyak
dari yang disalurkan kepada kemudahan rakyat, maka rakyat pasti tidak
rela mesyuarat tersebut diadakan dipremis milik mereka.

Walau apapun, benar atau tidak statement saya, kerja parti,
pandai-pandailah buat di premis parti, janganlah mencabuli hak rakyat. 
Balairaya bukan UMNO punya, rakyat yang punya.  Tabika Kemas bukan UMNO
punya, rakyat yang punya.  Mesjid dan surau bukan UMNO yang punya,
rakyat yang punya.  Sekolah kerajaan bukan UMNO punya, rakyat yang
punya.  PAS yang miskin boleh ada markas Cawangan, takkanlah UMNO yang
banyak duit tak ada markaz cawangan.  Ahli ramai, ahli semua
loaded-loaded.  Peruntukan pilihanraya last minute malam pilihanraya
setiap cawangan dapat tak kurang RM10K, kemana duit tu semua bang oi? 
Takkan lesap dalam poket ketua cawangan je kot?  Setiap Ketua Cawangan
banyak dapat projek masa dulu-dulu masa UMNO masih memerintah.  Takkan
tak boleh nak buat markaz cawangan kot.



--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Umno cawangan tiada tempat mesyuarat
> KUALA TERENGGANU, Ahad - Sebahagian besar daripada 835 cawangan Umno
> di negeri ini mungkin menghadapi masalah tempat bagi mengadakan
> mesyuarat agung masing-masing. 
> 
> Ini berikutan kebanyakan premis yang digunakan sebelum ini seperti
> balai raya dan dewan serba guna kini dikuasai kerajaan Pas. 
> 
> Lapan bahagian Umno Terengganu yang akan mengadakan mesyuarat minggu
> ini akan turut membincangkan masalah itu bagi memastikan mesyuarat
> Umno cawangan dapat berjalan lancar. 
> 
> Jurucakap beberapa Umno bahagian negeri ini berkata, mesyuarat
> bahagian mungkin tidak menghadapi masalah tempat kerana sebahagian
> besar mempunyai premis tetap. 
> 
> Bagaimanapun, katanya, Umno cawangan yang tidak mempunyai premis
> tetap dan menggunakan balai raya atau dewan orang ramai sebelum ini,
> mungkin dialihkan ke tempat lain termasuk rumah ketua cawangan. 
> 
> "Jika ahli cawangan agak ramai dan rumah kediaman tidak sesuai, Umno
> akan menggunakan kanopi atau bangunan sekolah milik Kerajaan Pusat
> yang berdekatan," katanya. 
> 
> Beliau berkata, Umno cawangan yang berdekatan rumah Umno bahagian,
> boleh menggunakan bangunan itu untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat
> dan kegiatan lain. 
> 
> "Semua Umno bahagian mempunyai bangunan sendiri dan dilengkapi dewan
> mencukupi untuk digunakan sebagai tempat mesyuarat dan kegiatan
> lain," katanya. 
> 
> Terengganu mempunyai 176,255 ahli Umno berdaftar di lapan bahagian
> iaitu Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Dungun,
> Kemaman, Setiu dan Besut.
> 
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke