*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau semua orang berfahaman macam saudara, alhamdulillahhhhhh, tapi orang
umno otak dia macam Suhaimi Ibrahim di faham kot lainnnnnn.
>From: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Hizbi <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* Baru lu cai
>Date: Mon, 17 Jan 2000 20:25:08 -0800 (PST)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Sekarang baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah. Baru dia tahu
>peritnya ahli-ahli PAS mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan
>aktiviti parti. Selama ni dia tak sedar dia menggunakan kemudahan
>peralatan kerajaan. Dia ingat semua barang hak kerajaan, UMNO yang
>punya. Baru dia tersedar rupa-rupanya segala harta hak kerajaan adalah
>hak rakyat. Bukan UMNO yang punya balairaya, tapi rakyat yang punya.
>Bukan UMNO yang bina Tabika Kemas tu, tapi premis tu dibina dari duit
>pembayar cukai. Kalau rakyat tak suka sesuatu tempat itu digunakan
>untuk tujuan kemudahan golongan tertentu sahaja, maka tak bolehlah kita
>melanggar hak rakyat tersebut.
>
>Kerja parti kenalah dibuat di premis parti. Kerja rakyat baru buat
>ditempat premis rakyat. Kalau selama ni UMNO dok kata dia bermesyuarat
>untuk kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia di masa
>akan datang, PAS juga bermesyuarat untuk kemaslahatan, kesejahteraan
>dan keamanan rakyat Malaysia di masa akan datang. Kalau selama ni UMNO
>kata PAS bermesyuarat hanya untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia,
>kitapun boleh kata UMNO bermesyuarat untuk mempunah-ranahkan rakyat
>jelata dengan pesta araknya, dengan acara karaokenya, dengan dangdutnya
>untuk menghiburkan rakyat kononnya padahal untuk menjahanamkan rakyat
>Malaysia.
>
>Kalau mesyuarat yang dijalankan nak membincangkan macamana nak lebih
>melalaikan lagi rakyat Terengganu supaya mereka terlupa bahawa negeri
>mereka adalah terkaya dalam Malaysia dan mereka terus terlupa tak
>sepatutnya mereka tetap miskin seperti sekarang, maka mesyuarat
>tersebut tidak boleh diadakan di satu premis milik rakyat. Kalau
>mesyuarat tersebut nak membincangkan macamana lagi mereka nak tipu
>rakyat Terengganu bahawa selama ni dah banyak kemajuan yang mereka bawa
>ke Terengganu walaupun wang yang masuk ke poket mereka lebih banyak
>dari yang disalurkan kepada kemudahan rakyat, maka rakyat pasti tidak
>rela mesyuarat tersebut diadakan dipremis milik mereka.
>
>Walau apapun, benar atau tidak statement saya, kerja parti,
>pandai-pandailah buat di premis parti, janganlah mencabuli hak rakyat.
>Balairaya bukan UMNO punya, rakyat yang punya. Tabika Kemas bukan UMNO
>punya, rakyat yang punya. Mesjid dan surau bukan UMNO yang punya,
>rakyat yang punya. Sekolah kerajaan bukan UMNO punya, rakyat yang
>punya. PAS yang miskin boleh ada markas Cawangan, takkanlah UMNO yang
>banyak duit tak ada markaz cawangan. Ahli ramai, ahli semua
>loaded-loaded. Peruntukan pilihanraya last minute malam pilihanraya
>setiap cawangan dapat tak kurang RM10K, kemana duit tu semua bang oi?
>Takkan lesap dalam poket ketua cawangan je kot? Setiap Ketua Cawangan
>banyak dapat projek masa dulu-dulu masa UMNO masih memerintah. Takkan
>tak boleh nak buat markaz cawangan kot.
>
>
>
>--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Umno cawangan tiada tempat mesyuarat
> > KUALA TERENGGANU, Ahad - Sebahagian besar daripada 835 cawangan Umno
> > di negeri ini mungkin menghadapi masalah tempat bagi mengadakan
> > mesyuarat agung masing-masing.
> >
> > Ini berikutan kebanyakan premis yang digunakan sebelum ini seperti
> > balai raya dan dewan serba guna kini dikuasai kerajaan Pas.
> >
> > Lapan bahagian Umno Terengganu yang akan mengadakan mesyuarat minggu
> > ini akan turut membincangkan masalah itu bagi memastikan mesyuarat
> > Umno cawangan dapat berjalan lancar.
> >
> > Jurucakap beberapa Umno bahagian negeri ini berkata, mesyuarat
> > bahagian mungkin tidak menghadapi masalah tempat kerana sebahagian
> > besar mempunyai premis tetap.
> >
> > Bagaimanapun, katanya, Umno cawangan yang tidak mempunyai premis
> > tetap dan menggunakan balai raya atau dewan orang ramai sebelum ini,
> > mungkin dialihkan ke tempat lain termasuk rumah ketua cawangan.
> >
> > "Jika ahli cawangan agak ramai dan rumah kediaman tidak sesuai, Umno
> > akan menggunakan kanopi atau bangunan sekolah milik Kerajaan Pusat
> > yang berdekatan," katanya.
> >
> > Beliau berkata, Umno cawangan yang berdekatan rumah Umno bahagian,
> > boleh menggunakan bangunan itu untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat
> > dan kegiatan lain.
> >
> > "Semua Umno bahagian mempunyai bangunan sendiri dan dilengkapi dewan
> > mencukupi untuk digunakan sebagai tempat mesyuarat dan kegiatan
> > lain," katanya.
> >
> > Terengganu mempunyai 176,255 ahli Umno berdaftar di lapan bahagian
> > iaitu Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Dungun,
> > Kemaman, Setiu dan Besut.
> >
> >
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
>http://im.yahoo.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>