*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum...
Ini lah bahananya apabila parti yang mewakili kaum... masing-masing akan
cuba mendapatkan/menambah/menjaga kepentingan bangsa masing-masing...
percayalah lambat laun perpaduan mereka ini akan hancur akhirnya... keadaan
ini sudah lama disedari oleh Datuk Onn....
>From: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
>Date: Fri, 21 Jan 2000 17:33:57 -0800 (PST)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Catatan Ibnu Muslim
>
>Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
>
>
>Parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC akan
>membuat pelbagai tuntutan kepada Perdana Menteri dan
>Pengerusi Barisan Nasional Pusat, demi untuk
>kepentingan orang-orang Cina, India dan kaum-kaum
>menoriti lain.
>
>Sebelum ini, MCA telah menuntut jawatan Timbalan Ketua
>Menteri II diwujudkan di Pulau Pinang dan bilangan
>Ahli Exco di negeri itu ditambahkan seorang lagi.
>
>Kedua-dua jawatan yang akan "diwujudkan" itu,
>hendaklah diisi oleh Adun-Adun MCA di Dewan Undangan
>Negeri Pulau Pinang.
>
>Walaupun tuntutan MCA itu telah ditolak oleh Barisan
>Nasional Pusat, tetapi itu bukan bererti tuntutan
>tersebut akan berakhir begitu sahaja dan mungkin
>tuntutan yang sama akan muncul nanti.
>
>Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa banyak
>tuntutan yang dibuat oleh MCA secara "sulit" dan
>diluluskan tanpa membuat sebarang pengumuman dan
>kenyataan akhbar.
>
>Apa yang jelas, MCA akan mendapat banyak faedah dan
>advantage dari krisis politik yang dihadapi oleh
>Gerakan di Pulau Pinang itu.
>
>Dan tidak mustahil, dua orang bekas Adun Gerakan (dua
>Lim) itu akan diterima menjadi ahli MCA yang sah pada
>satu ketika yang sesuai dan munasabah.
>
>Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang,
>Pengerusi BN Pusat (Dr Mahathir) akan memenuhi hajat
>dan hasrat pemimpin-pemimpin MCA untuk mendapat
>kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan Negeri Pulau
>Pinang.
>
>Para pemerhati dan penganalisa politik tanah air,
>meramalkan bahawa banyak lagi tuntutan yang akan
>dibuat oleh MCA Pusat kepada Dr. Mahathir dalam jangka
>waktu singkat.
>
>Sebab-sebab utama yang mendorong para pemimpin MCA
>membuat berbagai tuntutan itu, ialah kerana parti itu
>telah banyak membuat jasa kepada BN dan Umno dalam
>pilihan raya umum lalu.
>
>Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang ini,
>jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan diberi
>kepada Umno, walaupun Dr Koh terpaksa meletakkan
>jawatan kerana tekanan politik.
>
>Pendek kata, Dr Mahathir dan Pak Lah terpaksa melayan
>banyak lagi tuntutan dan permohonan daripada
>masyarakat Cina dan India sebelum pilihan raya umum
>yang akan datang.
>
>Apa yang lebih menarik, akhbar New Straits Times,
>keluaran 27 Disember telah menyiarkan berita mengenai
>tuntutan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan
>Nasional.
>
>Di bawah tajuk "Reward Us For Our Support To BN, say
>Indian Leaders" akhbar itu telah menyiarkan
>kenyataan-kenyataan para pemimpin India yang menuntut
>kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian yang
>serius tentang kedudukan masyarakat India yang telah
>memberi sokongan bulat kepada BN dan Umno dalam
>pilihan raya umum lalu.
>
>Presiden Persatuan Tamil Malaysia, (Confederation Of
>Malaysia Tamil) Dr. S. Joseph Rajah menegaskan bahawa
>masyarakat India telah memberi sokongan yang padu
>kepada BN dalam keadaan parti itu menghadapi saat-saat
>yang genting.
>
>Katanya lagi, oleh kerana orang India telah dikenali
>sebagai penyokong BN yang kuat, khususnya dalam
>pilihan raya lalu, maka kerajaan Pusat harus memberi
>bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat India di
>negara ini.
>
>"Ini ialah kerana masyarakat India selama ini,
>ketinggalan dalam semua bidang termasuk pelajaran,
>ekonomi dan sosial," ujar Dr S Joseph Rajah lagi.
>
>Akhbar yang sama juga, menyiarkan kenyataan Setiausaha
>Agung Persatuan Kebangsaan Guru Tamil, Shahul Hamid
>Mydin yang menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberi
>kemudahan yang lebih banyak kepada sekolah-sekolah
>Tamil di seluruh Negara.
>
>Menurut beliau, hanya sebanyak 300 daripada 530 buah
>Sekolah Tamil yang mendapat kemudahan dari Kementerian
>Pendidikan, dan yang baki lagi itu tidak mendapat
>kemudahan-kemudahan yang sewajarnya.
>
>Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita India, T.
>Ramanayagam telah memberi jaminan bahawa
>pengundi-pengundi India akan terus menyokong Barisan
>Nasional selagi belum ada sebuah parti Alternatif yang
>boleh mengambil tempat BN.
>
>Seorang ahli sosiologi, Dr Danisan Jayasoorya dalam
>laporannya mengenai keputusan pilihan raya umum lalu,
>beliau mendakwa bahawa kemenangan calon-calon BN pada
>29 November lepas, ialah kerana undi dan sokongan
>masyarakat India dan kaum-kaum menoriti lain.
>
>Beliau seterusnya menyatakan bahawa masyarakat India
>mempunyai lebih dari 10 persen undi di lima puluh
>kawasan pilihan raya di seluruh negara.
>
>Tetapi katanya, MIC diperuntukkan, hanya sebanyak 7
>kerusi di parlimen dan 15 kerusi di Dewan-Dewan
>Undangan Negeri di Semenanjung.
>
>Kesimpulan yang dapat diambil daripada
>kenyataan-kenyataan beberapa orang pemimpin masyarakat
>India yang disiarkan oleh akhbar News Straits Times
>itu, maka sudah pasti banyak lagi tuntutan yang akan
>dikemukakan oleh MIC kepada Dr Mahathir, demi untuk
>kepentingan pengundi-pengundi India.
>
>Dalam keadaan Umno yang semakin lemah ini, parti-parti
>komponen lain akan mengambil kesempatan untuk membuat
>tuntutan yang sama untuk kepentingan kaum
>masing-masing.
>
>Tidak mustahil, MIC akan menuntut dua lagi jawatan
>timbalan Menteri dalam penyusunan semula kabinet
>selepas ini, berikutan dengan kemenangan 100 peratus
>calon-calonnya dalam pilihan raya umum lalu.
>
>Dari segi logiknya, kalau MCA telah membuat berbagai
>tuntutan, maka MIC juga berhak membuat tuntutan yang
>sama, kerana kedua-dua parti itu (MCA-MIC) telah
>berjasa kepada Umno dan BN.
>
>Inilah masalah besar yang dihadapi oleh Umno selepas
>pengaruhnya sudah hilang dan terhakis di kalangan
>masyarakat Melayu dan Islam.
>
>Walaupun dalam zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman
>dulu, pemimpin-pemimpin MCA cuba membuat berbagai
>tuntutan untuk kepentingan masyarakat Cina pada waktu
>itu, tetapi sebagai seorang Perdana Menteri, Tunku
>Abdul Rahman mempunyai "alasan yang kuat" untuk
>menolak tuntutan MCA itu.
>
>Tunku Abdul Rahman, mengingatkan para pemimpin MCA,
>"kalau tuntutan-tuntutan" itu dipenuhi, maka sudah
>pasti PAS akan bertambah kuat dan pengaruhnya akan
>merebak dan meluaskan ke negeri-negeri lain di sebelah
>pantai barat.
>
>Dalam erti kata lain, orang-orang Melayu akan
>menentang Umno, kalau sekiranya tuntutan MCA itu
>dilayan atau dipenuhi. Dengan alasan kerana takutkan
>PAS dapat meluaskan pengaruhnya di luar Kelantan dan
>Tereng-ganu, maka Tunku Abdul Rahman telah berjaya
>meng-halang pemimpin-pemimpin MCA daripada membuat
>perbagai tuntutan yang menyentuh perasaan orang-orang
>Melayu dan Islam.
>
>Tetapi alasan-alasan yang digunakan oleh Tunku Abdul
>Rahman itu sudah tidak boleh pakai lagi, kerana PAS
>bukan sahaja telah berjaya meluaskan pengaruhnya di
>sebelah pantai barat, tetapi juga telah berjaya
>menubuhkan cawangannya berhampiran dengan sebuah rumah
>ibadat Cina (Tokong) di kawasan Chow Kit.
>
>Kita tunggu dan lihat, tuntutan-tuntutan yang dibuat
>oleh MCA dan MIC kepada Dr Mahathir selepas ini.
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
>http://im.yahoo.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hang Nawa" <[EMAIL PROTECTED]>