*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siri Tazkirah: Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat

Yahudi di sebalik perang al-Ahzab 
  

SATU daripada peperangan besar yang berlaku di zaman
Nabi s.a.w. ialah Perang Khandak. Oleh kerana dalam
sejarah perang bangsa Arab inilah untuk pertama kali
tentera muslimin menggali parit-parit besar (Khandak)
di sekeliling kota Madinah, untuk menjadi kubu dan
juga untuk tujuan pertahanan dan keselamatan penduduk
Madinah. 

Maka sempena peristiwa tersebut lalu peperangan itu
disebut sebagai "Perang Khandak." 

Fakta sejarah juga mencatatkan bahawa peperangan
sebelum itu belum pernah terjadi pelbagai puak kaum
musyrikin bergabung dalam satu pakatan dengan puak
Yahudi membentuk barisan (Al-Ahzab), untuk memerangi
Nabi s.a.w. dan kaum muslimin. 

Sebab itulah peperangan Khandak juga dikenali sebagai
"Perang Al-Ahzab." 

Para ulama sejarah terdiri dari Ibnu Ishaq, Urwah bin
Zubir, Qatadah, Al-Baihaqi dan majoriti ulama sirah
menyatakan bahawa Peperangan al-Ahzab itu berlaku
dalam bulan Syawal tahun kelima hijrah. 

Bagaimanapun ada juga pandangan ulama yang mengatakan
Perang Al-Ahzab itu berlaku pada tahun keempat hijrah.
Tetapi hanya seorang sahaja yang berpendapat begitu
iaitu Musa bin Uqbah. 

"Al-Ahzab" menjadi sangat masyhur kerana, ia satu
perkataan yang dituntut oleh agama supaya
mengumandangkannya dengan berulang kali setiap
datangnya hari raya Aidilfitri dan juga Aidiladha. 

"Al-Ahzab sentiasa bergema dalam takbir hari raya:
"Lailaha IllaLlahu Wahdah, Sodaqo wa'dah, wa Nasoro
`abdah, wa a-`Azzajundahu wa Hazamal Ahzaba Wahdah."
Yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha
Esa, yang benar segala janji-janji-Nya, dan telah
menolong hamba-Nya, dan yang telah memuliakan
tentera-Nya, yang berjaya menumpaskan tentera al-Ahzab
(Barisan bersatu musyrikin dan Yahudi) dengan
keEsaan-Nya." 

Al-Ahzab yang sentiasa bergema disegenap penjuru alam
setiap hari raya, ia membawa maksud supaya umat Islam
menjadikan setiap hari raya sebagai saat yang paling
bermakna untuk mengenang kembali peristiwa tentera
Islam pimpinan Nabi yang telah diberi kejayaan oleh
Allah SWT menumpaskan tentera al-Ahzab pada bulan
Syawal tahun kelima hijrah. 

Punca mulanya peperangan Khandak ialah bahawa
sebahagian tokoh-tokoh Yahudi dari perkampungan Bani
Nadir telah keluar dari Madinah menuju ke Makkah.
Mereka bekerja keras menemui pemimpin musyrikin
Quraisy, mempengaruhinya supaya diadakan kerjasama
untuk memerangi Nabi Muhammad dan kaum muslimin
Madinah. 

Yahudi Madinah memang terkenal sebagai ahli kitab.
Orang-orang Arab turut menghormati ulama-ulama Yahudi
sebagai pengikut Nabi Musa yang mempunyai kitab
berasaskan wahyu Allah. 

Sedangkan di kalangan masyarakat Arab tidak ada ahli
ilmu berasaskan kitab Allah, jika ada tok lebai pun
hanyalah dari kalangan mereka yang belajar dengan
ulama Yahudi. 

Oleh kerana Yahudi yang berada di sekitar Madinah
melihat perkembangan Islam itu terlalu pesat, maka
timbullah rasa bimbang di hati mereka. 

Rasa dengki menguasai diri mereka apabila melihat
perkembangan Islam yang semakin meluas pengaruhnya. 

Justeru itu mereka sentiasa berfikir bagaimana hendak
mencantas pengaruh Nabi Muhammad yang semakin merebak
dari sehari ke sehari. 

Dalam pertemuan dengan pemimpin musyrikin Quraisy
Makkah, tokoh-tokoh Yahudi menyatakan bahawa mereka
sedia bekerjasama dengan Quraisy Makkah untuk mencabut
akar umbi pengaruh Muhammad dan agamanya. 

Untuk mendapatkan kerjasama itu, tokoh-tokoh Yahudi
itu sanggup mengampu puak musyrikin Quraisy dengan
mengatakan bahawa agama dan kepercayaan kaum Quraisy
lebih baik dari agama yang dibawa oleh Muhammad. 

Tidak pelik apabila tokoh-tokoh ulama Yahudi sebagai
ahli kitab, sanggup mengatakan bahawa Quraisy yang
menyembah berhala itu lebih baik dari agama tauhid
yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. 

Semua itu dilakukan kerana hendak memuaskan nafsu dan
demi sikap perkauman Yahudi yang begitu tebal. 

Dendam terhadap Muhammad yang dipilih oleh Allah
sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman, sedangkan mereka
yang begitu lama menanti kemunculan Nabi akhir zaman,
menyangka bahawa Nabi akhir zaman itu pasti dari
kalangan Yahudi. 

Mereka sanggup mengatakan agama menyembah berhala yang
menjadi keyakinan musyrikin Quraisy itu, jauh lebih
dari agama Muhammad, kerana Nabi yang mereka tunggu
itu tidak datang dari bangsa Yahudi, sebaliknya Nabi
Muhammad s.a.w. dari bangsa Arab. 

Allah SWT yang sentiasa memerhatikan tindak tanduk
Yahudi itu, lalu menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi
Muhammad s.a.w., bagi menjelaskan sikap puak Yahudi
yang keji itu. Firman Allah yang bermaksud: 

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang diberikan
bahagian dari al-Kitab? 

Mereka percaya kepada yang disembah selain Allah dan
taghut dan mengatakan kepada orang-orang kafir
(musyrikin Makkah), bahawa mereka (yang menyembah
berhala) itu lebih benar jalannya dari orang-orang
beriman." 

"Mereka itulah orang yang dilaknat Allah. Barang siapa
dilaknat oleh Allah, nescaya kamu tidak akan mendapati
penolong bagi mereka." (Surah An-Nisa ayat 51-52). 

Dengan segala helah dan muslihat licik, akhir
tokoh-tokoh Yahudi itu berjaya mempengaruhi puak
musyrikin Quraisy, untuk melaksanakan cita-cita jahat
mereka mengadakan pakatan seterusnya memeterai
perjanjian untuk tujuan keji bagi memerangi Nabi
s.a.w.. 

Setelah puak Yahudi selesai mengadakan perjanjian
dengan kafir Quraisy Makkah, lalu mereka beredar dan
meneruskan misinya menuju ke Ghatfan bagi menemui
penduduk Arab Ghatfan. 

Mereka menjalankan kempen sebagaimana mereka berkempen
kepada Quraisy Makkah. 

Peringkat pertama sememangnya Arab Ghatfan tidak
setuju untuk memerangi Nabi Muhammad. 

Tetapi dengan putar belit puak-puak Yahudi itu,
akhirnya mereka berjaya menarik perhatian penduduk
Ghatfan untuk turut serta dalam pakatan tersebut. 

Selepas itu tokoh-tokoh Yahudi itu pergi menemui puak
Arab Bani Fazarah dan bani Murrah. Sempurnalah usaha
puak Yahudi itu untuk mengadakan pakatan bersama
beberapa puak Arab musyrikin untuk memerangi Nabi
s.a.w.. 

Mereka telah memutuskan masa dan tempat peperangan itu
dilaksanakan. Medan perang yang mereka tentukan ialah
Madinah, sesuai dengan tujuan mereka untuk menyerang
Nabi dan kaum muslimin. Masa yang mereka tetapkan
ialah pada bulan Syawal. 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke