*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sokong kerja lima hari seminggu
  

KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS menyambut baik saranan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) kepada kerajaan
supaya melaksanakan sistem kerja lima hari seminggu. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohamad
Ghazali bersyukur dengan cadangan tersebut kerana ia
mengikut arus perdana dan terbukti berkesan setelah ia
dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. 

Beliau mengalu-alukan supaya kerajaan dapat
mempertimbangkan cadangan tersebut kerana bekerja lima
hari seminggu bukan satu perkara yang baru kerana
kerajaan di negara barat telah melaksanakan sistem
kerja lima hari seminggu. 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah, Haji Mahfuz Omar
menyambut baik cadangan itu kerana beliau telah
mencadangkan perkara tersebut di dalam persidangan
Dewan Rakyat lalu. 

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia telah
membenarkan pihak swasta melaksanakan kerja lima hari
seminggu dengan syarat mesti cukup jumlah jam bekerja.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Puan
Normah Alwi bersetuju dengan cadangan MTUC dan Fomca
supaya kerajaan melaksanakan bekerja lima hari
seminggu. 

Ini kerana katanya, ia dapat memberi keselesaan kepada
kaum wanita yang sudah berumah tangga untuk
menguruskan kerja-kerja di rumah. 

"Cuti separuh hari di hari Sabtu merupakan satu
kerugian kerana semua orang berebut untuk pulang
segera dan menyebabkan jalan sesak. Masa yang tinggal
sedikit itu tidak cukup untuk bersama anak-anak dan
keluarga," jelasnya. 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke