*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
i've experienced that 3 years
back..isk..isk..isk...sedeynya.....especiallly kena
tahan polis sebab drive tak bukak lampu..dah ler tak
ader lesen.....berjurai-jurai ayak mata depan
majestrate..last-last kena  100 dolar ajer

--- Adam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum
> 
> SALAM RINDU ANAK RANTAU
> 
> Hari ini 28 Ramadan 1420, sudah hampir benar nak
> raya.
> Aku terbayang betapa indahnya raya di bumi sendiri
> tanpa salji dan tanpa baju sejuk dan jaket yang
> tebal
> ini. Terbayang kueh mueh yang banyak dan bukan hanya
> sekadar donut dari Dunkin Donut atau Safeway.
> Hhhhmm.
> Raya oh raya.
> Aku teringat akan dodol dan seorang sahabat pula
> baru
> menghantar emel tentang dodol. Di manakah  dapat aku
> cari dodol dalam salji ini ?? Oh la la. Aku sudah
> berhenti untuk mencongak dan menghitung Tidak lagi
> aku
> ingat kali keberapakah ini aku terpelusuk di rantau
> orang bila menjelang fajar Syawal.
> 
> Aku terpaksa ke sebuah bandar besar sekitar 2 jam
> perjalanan dari pekan kecil ini kerana ada sedikit
> urusan. Memandangkan hari ini hari Jummaat maka aku
> singgah untuk bersolat di sana didalam perjalanan
> pulang. Khatib yang didatangkan khas dari Timur
> Tengah
> ini sungguh mencuit hati. Khutbah beliau penuh
> bersemangat mengingatkan aku tentang kecantikan
> Islam
> lebih  lagi bila menyentuh tentang Aidil Fitri. Aku
> teringat kata kata beliau " Islam bukanlah pakaian
> satu saiz..one size fits all, tapi Islam adalah
> pakaian yang custom made, tailored kepada semua
> orang.
> One size fits all ini adalah budaya dan adat kita
> semua tapi Islam lebih istimewa kerana ianya adalah
> cara hidup " Ada anak jemaah yang mengangguk kepala
> dan ada yang seperti tidak faham. Aku hanya mampu
> tersenyum. 
> 
> Tidak dapat tidak fikiran aku melayang pada imam
> imam
> kegemaranku di masjid masjid tanah air.
> Ada yang membaca khutbah teks yang sama berulang
> ulang
> kali kerana teks yang baru belum sampai dari Jabatan
> Ugama dan ada yang tidak memakai sebarang teks.
> Selepas solat Jumaat pula kepala ku memanjang cuba
> mencari sahabat sahabat senegara tetapi entah kemana
> perginya kesemua mereka ini. Boleh jadi banyak yang
> terbang balik bercuti. Maklumlah semester belum lagi
> bermula.  Alangkah baiknya jika aku juga boleh
> terbang
> sewenang wenangnya.. Semangat ku untuk beraya sudah
> meluap luap. Hanya besok sahaja hari raya.
> 
> Dalam perjalanan pulang ke kota kecil ini, aku sudah
> tidak dapat menumpukan perhatian kepada jalanraya
> dan
> persekitaran lagi. Aku sudah terbang jauh ke tanah
> air. Gedung gedung besar seperi 
> Kmart dan Target hanya kelihatan seperti kedai kedai
> di Jln TAR. Mall kelihatan seperti Subang Parade dan
> mana mana Mall di Lembah Kelang. Sam's Club dan
> Costco
> kelihatan seperi Makro sahaja. Terbayang aku orang
> ramai berpusu pusu masuk ke kedai kedai dan di tipu
> oleh jualan murah yang tidak murah tetapi mahal.  
> 
> Dalam perjalanan pulang aku melepasi lapangan
> terbang
> yang tersergam di pinggir kota. Pesawat pesawat 
> meluncur ke awan ke destinasi dan menjunam untuk
> mendarat. Aku sudah menjadi tidak keruan lagi.
> Pesawat
> pesawat ini banyak membawa sejuta kenangan dan lebih
> lebih lagi di hari raya ini. Aku terkenang ibu bapa
> ku
> yang sering menunggu adik yang terbang pulang setiap
> kali hari raya dan cuti semestar.  Aku juga
> terkenang
> akan wajah ibu bapa ku dan mertua ku di KLIA kali
> terakhir mata kami bertemu. Alangkah sayu sekali.
> Pesawat dan lapangan terbang amat menusuk kalbu dan
> jiwa. Mungkin kerana ianya melambangkan sebuah
> perpisahan. Dua hati yang terpisah.  Ciuman dari
> emak
> ku masih terbenam di fikiran. Pelukkan dari bapa dan
> bapa mertua ku masih terasa hangat di dada. 
> Terkenang
> akan pengorbanan ibu bapa yang tidak terkira
> banyaknya
> membesar dan menyekolahkan aku. 
> 
> Aku memainkan kaset hari raya pula. Aku rasa Sheikh
> Abdul Basit sudah puas mengaji untuk hari ini. .
> Kaset
> raya terbitan EMI yang entah tahun berapa ini sayup
> sayup membawa ku pulang. Lebuh raya empat lorong ini
> sudah samar samar kelihatan.  Aku tidak lagi ada di
> bumi asing.
> Aku sesungguhnya berada di Lebuh Raya Utara Selatan
> milik rakyat yang diamanahkan kepada PLUS. Aku
> sedang
> memandu pulang untuk berhari raya di kampung laman.
> Oh
> alangkah indahnya bumi pertiwi. Pokok pokok fir dan
> pine yang bogel tidak berdaun kelihatan seperti
> pohon
> pohon getah dan ladang sawit yang rendang. Subur
> menghijau jauh mata memandang melihat ladang
> koperat.
> 
> Aku melepasi bas ekspress warna biru putih. Aku
> hanya
> tersenyum girang. Adakah itu bas ekspress Greyhound
> atau Ekspress Nasional atau Ekspress PPMP milik
> PKNPerlis?. Pastinya itu Ekspress Nasional. Banyak
> sekali kenangan dengan bas ekspress Nasional ini. Di
> musim raya ini, inilah dia nadi penggerak rakyat.
> Menghubungkan ukhwah dan silaturrahim.  Terbayang
> manusia berebut rebut membeli tiket untuk pulang
> beraya. Terbayang jua akan tiket tiket palsu dan
> mereka mereka yang tidak bernasib baik.  Hentian
> Pudu
> Raya menjelma dalam ingatan. Hentian bas yang
> dipenuhi
> dengan carbon monoxide ini adalah seperti sarang
> persinggahan dan membawa berjuta kenangan manis.
> Sejak
> aku tingkatan satu Hentian Pudu Raya dan Ekspress
> Nasional adalah seperti milik ku. Malah aku membawa
> isteri ku pulang buat kali pertama ke Utara juga
> melalui Ekspress Nasional. Alangkah romantis 
> sekali. 
> 
> Terdengar sayup sayup suara asing di radio dua hala.
> "
> Berhati hati ada polis negeri di hadapan 5 batu,
> sila
> pandu perlahan " Hanya suara seorang pemandu lori
> treler 22 tayar yang baik hati. "Terima kasih lori
> besar, Selamat Memandu" jawab ku ringkas memecahkan
> lamunan tentang bas ekspress Greyhound. Polis negeri
> oh polis daerah oh polis peronda lebuhraya. Aku
> tidak
> fikir aku akan disaman polis hari ini. Besokkan hari
> raya. Jika lah aku ditahan hari ini kerana memandu
> melebihi 65 bsj aku hanya akan memberitahu bahawa
> aku
> dalam perjalanan pulang ke kampung laman untuk
> bercuti
> hari raya.  Pastinya dengan muka sedih, aku
> dilepaskan
> pergi dengan amaran bertulis sahaja..
> 
> Terkenang aku akan polis polis peronda lebuh raya
> yang
> berkerja gigih siang dan malam untuk memastikan
> keselamatan pengguna jalanraya. Perangkap had laju
> di
> mana mana membuatkan aku lebih berhati hati. Tidak
> dapat tidak aku terkenang pada kakak iparku yang
> disaman 3 kali dalam sehari kerana gagal
> memperlahankan kereta bila masuk ke kawasan tol
> plaza.
> Alangkah malangnya hari raya untuk dia pada tahun
> itu.
> . Aku terkenang akan saman saman yang ku dapat dan
> segala cerita cerita lucu yang ku berikan kepada Pak
> Sarjan untuk melepaskan diri dari disaman.  Beliau
> mendengar dengan penuh prihatin sambil terus menulis
> saman. "Encik bolehlah menceritakan ini semua pada
> Tuan Majistret di mahkamah nanti ,"jawab beliau
> mudah
> sambil memberikan ku surat saman. Beliau hanya
> menjalankan tugas yang diamanah oleh rakyat. Nak
> buat
> lagu mana.
> 
> Stesen Minyak Amoco dengan lambang koperat biru
> merah
> di tepi lebuh raya kelihatan seperti 
> stesen minyak Petronas. Adakah aku sudah rabun warna
> ?. Petronas yang warna hijau seperti parti kegemaran
> 
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: afwani afwan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke