*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Jika respon Barat terhadap kelakuan ala Mongol Rusia di 
 Chechnya memalukan dan bersifat hipokrit, namun reaksi 
 dunia Islam lagi menghinakan. Negara-negara penting Islam 
 seperti Mesir,  MALAYSIA dan Iran - sedang merundingkan 
 usahaniaga senjata dan pesawat. Tiada negara Muslim yang 
 berani mencabar kekejaman Rusia ataupun sifat perkauman 
 anti Islamnya."

----------------

Bangsa Chechnya yang Gagah

ERIC MARGOLIS, TORONTO SUN
DATELINE: TORONTO

Daripada bandar Grozny yang terbakar musnah binasa datang 
apa yang mungkin menjadi pesanan terakhir yang amat menyayat
kan daripada pejuang-pejuang pertahanan Chechen: "Pada masa 
apabila dunia telah membiarkan langsung kami, kami menyeru 
umat Islam seluruh dunia supaya jangan melupakan kesengsaraan
saudara mereka di Chechnya yang berperang berjihad menentang
kezaliman Rusia."

Melihat kepada Grozny, sepertimana pernah berlaku sepanjang 
sejarah sebelum ini, se buah lagi bangsa sedang menghadapi 
pembasmian, mereka berjuang sampai maut terkandung badan 
menghadapi musuh yang pada akalnya mustahil dikalahkan.


Kita tidak pernah sepanjang beberapa peperangan melihat 
keperwiraan dan keberanian yang tanpa tolok bandingnya 
mujahidin Chechen. Selama 4 bulan 5000 orang pejuang Chechen
bertempur di atas tanah rata dan terbuka yang lebih sesuai 
untuk serangan udara, kereta perisai dan meriam. Mereka
telah bertahan berhadapan 160,000 orang tentera Rusia yang 
disokong oleh regimen-regimen meriam berat dan peluru 
berpandu, helikopter penyerang, pesawat penggempur dan 
beribu-ribu kereta kebal dan berperisai. General-general 
Rusia berulangkali mengikrarkan untuk melenyapkan kaum
Chechen. Semua lelaki Chechen berumur di antara 6 hingga 
65 dihumban ke dalam khemah tahanan yang padat.

Mujahidin Chechen yang kebanyakannya tiada sebarang latihan 
ketenteraan tidak mempunyai senjata berat, dan sangat 
kekurangan alat radio komunikasi, roket pembedil kereta kebal
dan juga peluru gantian.  Hampir tiada langsung ubat atau 
morfin untuk mereka yang cedera, dan tiada perlindungan 
daripada pengeboman Rusia yang menggunakan senjata haram
seperti bahan peletup pembakar udara, gas beracun dan  
napalm. Jika mereka ditangkap , mereka akan disiksa kemudian
dibunuh dengan kejam.

Chechnya terputus terus daripada dunia luar. Hanya beberapa 
orang saja orang  Arab, Dagestani and Estonian yang digelar
"ansar," ataupun sukarelawan yang berjaya menyusup masuk ke 
dalam Chechnya untuk membantu perjuangan kemerdekaan. Ramai 
yang telah terkorban.

Grozny - bandar yang diikrar oleh panglima-panglima Rusia 
untuk ditawan pada awal Disember 1999, dan yang dijanjikan 
oleh President Vladimir Putin pada tahun baru masih bertahan
sehingga kini.

Mujahideen mempertahankan setiap cebis runtuhan bangunan dan
lorong-lorong yang berjerangkap sementara 40,000 orang awam 
terperuk di dalam khamar bawah tanah mengalami bedilan Rusia
tanpa henti.

Namun, bilangan banyak jumlah tentera Rusia dan keupayaan 
tembakan bedilan pasti akan menang . Jumlah terkorban tinggi
bagi kedua-dua pihak: sekitar seorang Chechen untuk setiap 
empat orang Rusia.

Panglima-panglima perang Chechen yang masyhur , Sheikh 
Shamil Basayev dan Ibn   al-Khattab, mengakui bahawa  Grozny
tidak mempunyai kepentingan nilai strategik, tetapi 
menegaskan, "Kami ingin membuktikan kepada dunia dan orang 
Rusia bahawa walaupun hebat saiz, kekuatan atau teknologi
sesuatu musuh, namun mereka tidak mungkin dapat menewaskan 
bangsa yang mempunyai iman, prinsip dan tanah air." 
Kata-kata yang gagah berani daripada bangsa yang paling 
berani di dunia.

Demikianlah 1.5 juta  Chechen melawan 146 million Rusia - 
sepertimana bangsa pergunungan Caucasia telah lakukan selama
250 tahun yang lalu. Orang Chechen pada hari ini yang 
mempertahankan Grozny adalah anak cucu zuriat kepada suatu 
bangsa yang tiga kali hampir dibasmikan oleh pembunuhan 
beramai oleh Rusia - pada abad ke 18, 19 dan 20, yang 
terakhir apabila Joseph Stalin memerintahkan ditembak mati 
berpuluh ribu orang dan saki baki rakyat Chechen dibuang ke 
kem tahanan Siberia.

Pada peperangan pertama Chechen , 1994-96, Rusia membunuh 
100,000 orang awam Chechen, memusnahkan kebanyakan negara 
yang kecil ini, dan dengan suatu kelakuan menandai sifat 
kebinatangannya, menabur merata  17 juta jerangkap periok 
api ( anti-personnel   land mines) sekitar seluruh negara 
yang kecil ini. Rusia ditewaskan dan dihalau daripada 
Chechnya pada 1996, tetapi puak ekstremis dan komunisnya 
berikrar untuk melenyapkan "gerombolan" Chechen. Orang 
pilihan mereka , Putin menjadikan tindakan pertamanya sebaik
saja menjadi Presiden untuk mengisytiharkan perang salib 
(crusade) - dengan direstui oleh Gereja Ortodoks Rusia -
menentang  Chechnya. Moscow menuntut bela membalas dendam 
untuk ketewasan 1996 dan kekalahan di tangan Mujahidin Islam
di Afghanistan.

Sementara tentera Rusia bertempur dan menggempur untuk 
memasuki Grozny, pasukan elit Rusia bergerak ke dalam 
pergunungan di selatan. Unit-unit Chechen menyerang dengan 
hebat, mengharungi pembedilan dan pengeboman yang dahsyat 
untuk mempertahankan lembah gaung Shatoi dan Vedeno yang
strategik. Kerana bilangan mereka hadapi 20 lawan 1, maka 
pertahanan Chechen di jalan-jalan gunung mengingatkan 
mengenai kisah 300 pahlawan Sparta di Thermopylae.

Sekurang-kurangnya tanah pergunungan memberikan Mujahidin 
perlindungan; di tanah rata dan gersang di utara, mereka 
hanya boleh bergerak pada malam hari.

Pentadbiran Clinton di US , yang secara besarnya membiayai 
kezaliman dan pembunuhan oleh Rusia  di Chechnya, telah 
membekalkan helikopter penyerang Rusia dengan alat 
perkakasan canggih Amerika yang membolehkan penglihatan 
waktu malam (night vision) - untuk "memerangi keganasan",
kata White House. Baru-baru ini, Bill Clinton menyeru untuk
"pembebasan" Grozny oleh Russia. Namun, beliau tidak faham 
kenapa ramai orang Islam menganggap Amerika sebagai musuh 
mereka.

Jika respon Barat terhadap kelakuan ala Mongol Rusia di 
Chechnya memalukan dan bersifat hipokrit, namun reaksi dunia
Islam lagi menghinakan. Negara-negara penting Islam seperti
Mesir,  Malaysia dan Iran - sedang merundingkan usahaniaga 
senjata dan pesawat. Tiada negara Muslim yang berani 
mencabar kekejaman Rusia ataupun sifat perkauman anti 
Islamnya.

Negara-negara yang mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan 
Chechnya adalah negara-negara kecil tetapi gagah iaitu 
Estonia dan Afghanistan, kedua-duanya telah mengetahui dan 
mengalami kekejaman penaklukan Rusia. China, yang menzalimi
penduduk Islamnya sendiri dan Tibet, menepuk sorakan dan 
sokongan untuk "penyelesaian akhir" Rusia di Caucasus.

Mereka yang melihat jenayah yang dahsyat  tanpa berbuat 
apa-apa juga terlibat sama berkongsi dosanya. Kita memulakan
abad ke 21 melihat dengan senyap membisu gelagat liar Rusia 
yang tidak mengenal malu ataupun belas kasihan, memeras dan 
meragut nyawa suatu bangsa yang kecil tetapi berjiwa perwira
yang enggan melutut kepada kezaliman Moscow.


- Terjemahan bebas tulisan Eric Margolis wartawan ehwal luar
akhbar  The Sun, Toronto Canada.


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: spy leman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke