*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrt. wbt.
HUKUM DAN CARA MENCUCINYA AIR MANI


Mani, sebahagian para ulama berpendapat bahawa ia najis. Pendapat yang kuat ia adalah suci, tetapi disunatkan mencuci bila ia basah, dan mengereknya bila ia kering. Berkata Aisyah r.a.: "Kukerek mani itu dari kain Rasullulah s.a.w. bila ia kering, dan kucuci bila ia basah". (D.r. Daruquthni, Abu Uwanah dan AI-Bazzar) Dari 'Aisyah, katanya: "Aku mandi junub dari pakaian Nabi s.a.w., kemudian beliau s.a.w. keluar untuk mengerjakan sholat, sedangkan beberapa kelompok tempat bekas terkena air mani masih nampak pada pakaiannya". Dari 'Amr bin Maimun katanya: "Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar mengenai pakaian yang terkena junub yakni terkena air mani, katanya: "Aisyah r.a. berkata: "Aku pernah membasuh yakni membersihkan dengan menggunakan dari pakaian Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. keluar untuk mengerjakan shalat sedang bekas air basuhan masih ada di situ, nampak beberapa kelompok tempat yaitu bekas yang terkena air tersebut. Dari Aisyah bahawasanya ia pernah membasuh mani dari pakaian Rasuluilah s.a.w. kemudian aku dapat mellhat masih ada tempat bekas air sebuah atau beberapa buah pada pakaiannya itu. Dari Ummu Salamah r.a.: "Bahawa Ummu Sulaim berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu mengenai kebenaran. Wajibkah perempuan itu mandi bila ia bermimpi?" sabda Nabi: "Ya, bila ia melihat air." (H.r. Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya) Dari Ali r.a. disebut; Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bila air itu terpancut keras, maka mandilah". (H.r. Abu Daud) Berkata Mujahid: "sementara kami: sahabat-sahabat Ibnu Abbas, yakni Thawus, Sa'id bin Jubeir dan lkrimah duduk melingkar dalam mesjid, sementara Ibnu Abbas sedang berdiri sembahyang, tiba-tiba muncul-lah di hadapan kami seorang laki-laki yang bertanya; Adakah di antara tuan-tuan yang dapat memberi fatwa?" "Silakan tanya!" ujar kami. Katanya: "Setiap kali saya kencing selalu diiringi oleh air yang terpancar". "Apakah air yang menjadi asal kejadian anak?" tanya kami pula. "Benar", ujarya. "Kalau demikian Anda wajib mandi" ujar kami. Demikianlah laki-laki itu berpaling sedang rupanya ia tidak puas. Sementara itu Ibnu Abbas menyegerakan shalatnya Ialu mengatakan kepada lkrimah supaya memanggil orang itu kernbali. Ketika orang itu sedang berbalik. Ibnu Abbas pun bertanya kepada kami: "Apakah fatwa yang tuan-tuan berikan kepada laki-laki ini berlandaskan kitabullah?" Ujar kami: "Tidak". "Atau mungkin dari Rasulullah s.a.w.?" tanyanya pula "Tidak" Ujar kami. "Ataukah dari sahabat RasuluUah s.a.w.?" "Juga tidak" "Kalau begitu dari mana?" "Dari fikiran kami sendiri" maka katanya lagi: "Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. bersabda" "Seorang ahli hukum, lebih berat bagi setan daripada seribu orang ahli ibadat". Dalam pada itu laki-laki tadi pun kembali, maka Ibnu Abbas pun mengajukan pertanyaan kepadanya;" "Bagaimana perasaanmu bila demikian itu terjadi, apakah disertai oleh syahwat pada kemaluanmu?" Ujarnya: "Tidak" Tanya Ibnu Abbas pula. "Apakah kau merasakan kelesuan pada tubuhmu?" "Tidak", ujarnya. "Kalau begitu itu hanya kerana pengaruh dingin", kata Ibnu Abbas pula. "Cukuplah bila anda berwudhuk saja".

 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kirim email ke