*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun'alaikum,

Ingin bertanya sedikit.

Mani, najis ataupun suci??
Mengapa kita diwajibkan mandi?
Adakah kerana air mani itu najis atau pun perbuatan kita(persetubuhan).

Jawapan dari yang ahli adalah dharapkan.

tk.




>From: "moisza" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: "moisza" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* HUKUM DAN CARA MENCUCINYA AIR MANI
>Date: Tue, 1 Feb 2000 21:34:45 +0800
>
>
>     *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>      {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>      {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>      {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>       Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>     Assalamualaikum wrt. wbt.
>
>     HUKUM DAN CARA MENCUCINYA AIR MANI
>
>
>     Mani, sebahagian para ulama berpendapat bahawa ia najis. Pendapat yang 
>kuat ia adalah suci, tetapi disunatkan mencuci bila ia basah, dan 
>mengereknya bila ia kering. Berkata Aisyah r.a.: "Kukerek mani itu dari 
>kain Rasullulah s.a.w. bila ia kering, dan kucuci bila ia basah". (D.r. 
>Daruquthni, Abu Uwanah dan AI-Bazzar) Dari 'Aisyah, katanya: "Aku mandi 
>junub dari pakaian Nabi s.a.w., kemudian beliau s.a.w. keluar untuk 
>mengerjakan sholat, sedangkan beberapa kelompok tempat bekas terkena air 
>mani masih nampak pada pakaiannya". Dari 'Amr bin Maimun katanya: "Aku 
>bertanya kepada Sulaiman bin Yasar mengenai pakaian yang terkena junub 
>yakni terkena air mani, katanya: "Aisyah r.a. berkata: "Aku pernah membasuh 
>yakni membersihkan dengan menggunakan dari pakaian Rasulullah s.a.w., 
>kemudian beliau s.a.w. keluar untuk mengerjakan shalat sedang bekas air 
>basuhan masih ada di situ, nampak beberapa kelompok tempat yaitu bekas yang 
>terkena air tersebut. Dari Aisyah bahawasanya ia pernah membasuh mani dari 
>pakaian Rasuluilah s.a.w. kemudian aku dapat mellhat masih ada tempat bekas 
>air sebuah atau beberapa buah pada pakaiannya itu. Dari Ummu Salamah r.a.: 
>"Bahawa Ummu Sulaim berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu 
>mengenai kebenaran. Wajibkah perempuan itu mandi bila ia bermimpi?" sabda 
>Nabi: "Ya, bila ia melihat air." (H.r. Bukhari dan Muslim serta 
>lain-lainnya) Dari Ali r.a. disebut; Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
>"Bila air itu terpancut keras, maka mandilah". (H.r. Abu Daud) Berkata 
>Mujahid: "sementara kami: sahabat-sahabat Ibnu Abbas, yakni Thawus, Sa'id 
>bin Jubeir dan lkrimah duduk melingkar dalam mesjid, sementara Ibnu Abbas 
>sedang berdiri sembahyang, tiba-tiba muncul-lah di hadapan kami seorang 
>laki-laki yang bertanya; Adakah di antara tuan-tuan yang dapat memberi 
>fatwa?" "Silakan tanya!" ujar kami. Katanya: "Setiap kali saya kencing 
>selalu diiringi oleh air yang terpancar". "Apakah air yang menjadi asal 
>kejadian anak?" tanya kami pula. "Benar", ujarya. "Kalau demikian Anda 
>wajib mandi" ujar kami. Demikianlah laki-laki itu berpaling sedang rupanya 
>ia tidak puas. Sementara itu Ibnu Abbas menyegerakan shalatnya Ialu 
>mengatakan kepada lkrimah supaya memanggil orang itu kernbali. Ketika orang 
>itu sedang berbalik. Ibnu Abbas pun bertanya kepada kami: "Apakah fatwa 
>yang tuan-tuan berikan kepada laki-laki ini berlandaskan kitabullah?" Ujar 
>kami: "Tidak". "Atau mungkin dari Rasulullah s.a.w.?" tanyanya pula "Tidak" 
>Ujar kami. "Ataukah dari sahabat RasuluUah s.a.w.?" "Juga tidak" "Kalau 
>begitu dari mana?" "Dari fikiran kami sendiri" maka katanya lagi: "Itulah 
>sebabnya Rasulullah s.a.w. bersabda" "Seorang ahli hukum, lebih berat bagi 
>setan daripada seribu orang ahli ibadat". Dalam pada itu laki-laki tadi pun 
>kembali, maka Ibnu Abbas pun mengajukan pertanyaan kepadanya;" "Bagaimana 
>perasaanmu bila demikian itu terjadi, apakah disertai oleh syahwat pada 
>kemaluanmu?" Ujarnya: "Tidak" Tanya Ibnu Abbas pula. "Apakah kau merasakan 
>kelesuan pada tubuhmu?" "Tidak", ujarnya. "Kalau begitu itu hanya kerana 
>pengaruh dingin", kata Ibnu Abbas pula. "Cukuplah bila anda berwudhuk 
>saja".
>
>
>      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>      ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>      ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>      ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>      ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>      ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>
>
>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke