TENGKUJUH: LEBIH 2,000 PENDUDUK TIOMAN TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

 

KUANTAN, 3 Feb (Bernama) -- Kira-kira 2,300 penduduk Pulau Tioman terputus bekalan makanan berikutan tengkujuh yang melanda sejak dua bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tioman, Datuk Mustaffar Abu Bakar berkata tiga buah kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Tekek yang mempunyai hampir 1,000 penduduk, Kampung Juara (300) dan Kampung Mukut (200).

Bekalan makanan tidak dapat dihantar ke Pulau Tioman sejak dua bulan lepas berikutan arahan Jabatan Laut supaya semua bot memberhentikan operasi memandangkan ombak besar yang mencapai ketinggian sehingga 3 meter, katanya semasa dihubungi di sini.

Kerajaan negeri Pahang menghulurkan bantuan bekalan makanan harian yang dihantar ke Pulau Tioman dengan bantuan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), katanya.

Mustafar, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, berkata bekalan makanan itu akan diagih-agihkan kepada penduduk te! rbabit apabila pesawat Nuri itu mendarat di Pulau Tioman.

Beliau meminta pihak-pihak yang bersimpati supaya turut sama menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk-penduduk di pulau berkenaan.

Pegawai Perhubungan Akhbar TUDM Mejar Ramli Abdul Rahim, dalam kenyataannya yang dikeluarkan malam tadi berkata, TUDM melakukan penerbangan khas itu dengan menggunakan helikopter Nuri dari No 10 Skuadron yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke