Pasukan Bolasepak Terengganu akan Berpakaian Menutup Aurat

Pada 29 Januari, 2000, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah menghadiri Majlis Taklimat Belia DUN Batu Rakit.

Ustaz Wan Hassan didalam ucapannya mengajak semua belia untuk melakukan perubahan dengan kembali ke masjid dan surau. Perubahan yang besar berlaku kepada umat Islam adalah melalui mesjid dan surau. Begitu jugalah orang melayu, sekiranya mahu berubah maka, kita semua orang melayu harus kembali kepada Islam.

Selain dari itu, hadir bersama ialah Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) En Abd Rahman Yahya yang memberikan taklimat tentang kursus-kursus yang dikelolakan oleh TESDEC. Kepada para belia yang berumur diantar 18 hingga 28 tahun di pelawa untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang dijalankan oleh TESDEC. TESDEC adalah dikhususkan untuk para pelajar atau bekas pelajar yang mendapat kelulusan di peringkat SPM yang kurang baik. Lebih 20 kursus kemahiran dikelolakan oleh TESDEC termasuk dibidang kimpalan, komputer, elektrik dan lain-lain. Apabila ditanya tentang pembiayaan yang agak tinggi, En Abd RAhmana menyatakan bahawa semua anak negeri Terengganu yang mendapat tawaran belajar dari TESDEC akan dijamin diberikan pinjaman.

Semasa soal jawab, YB Ust Wan Hassan menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan pihak-pihak berkenaan supaya pasukan bolasepak negeri Terengganu dapat memakai pakaian bolasepak yang menutup aurat. Ia bukannya sesuatu yang ganjil, pelik dan bukan sesuatu yang sukar di laksanakan. Pemain hoki Sdra Norsaiful Zaini, telah beraksi di arena antarabangsa dengan pakaian menutup aurat. Begitu juga dengan bintang bolasepak Negeri Kedah Radhi Mat Din.

Pengerusi Belia, Sukan, Kebudayaa dan Pelancungan negeri Terengganu itu juga menyatakan bahawa, para pemain sukan dan atlit akan diajak bersama-sama untuk meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Selain dari berlatih dipadang bersama-sama, YB Ustaz Wan Hassan akan membincangkan supaya latihan dapat dilanjutkan kepada solat berjamaah maghrib bersama-sama dikalangan pemain bolasepak serta kuliah maghrib dan solat isya' berjemaah.

Manakala sekiranya ada perlawanan bolasepak di stadium Sulrtan Ismail Nasaruddin Shah, pintu-pintu pagar stadium hanya akan dibuka selepas solat maghrib bukan pada pukul 6.00 petang untuk mengelakkan para peminat bolasepak tidak menunaikan solat maghrib. Tanggungjawab ini mesti diambil kerana Kerajaan Negeri Terengganu tidak mahu jadi kerajaan yang menganjurkan supaya orang tidak bersembahyang. Kerajaan negeri menekankan pentingnya dasar-dasar Islam dipraktikkan didalam setiap aktiviti belia, sukan, kebudayaan dan pelancungan, dan ia adalah menjadi satu dasar penting kerajaan negeri Terengganu.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke