*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum, Keadaan pun sunyi sepi. Ijinkan teman berceloteh seketika. Semenjak dua menjak ni telah sampailah kegendang telinga teman berita2 yang kekadang tak terfikir boleh terjadi. Seram sejuk kita dibuatnya... AMOK DALAM BAS: Berita yang paling mengejutkan ialah pasal orang gila mengamuk dalam bas express. Ada mangsa yang dikelar dimuka dan kepala. Bagi orang yang biasa naik bas express malam, tentu berdiri bulu roma dibuat nya. It could happen to anybody. Misalnya, sedang kita ronda2 dipasaraya dengan keluarga, bagaimana kalau ada sorang gila menghayun parang panjang muncul depa kita dan keluarga. Agak2 nya apa tindakbalas spontan kita? ROMPAK DI PAJAK GADAI JALAN PUDU: Mampus geng rompak steyr muncul geng 10 orang ala komando gerak khas yang merompak barang kemas hampir sejuta ringgit. Cara mereka buat tu sungguh amat nekad mengalahkan Bonnie & clyde. Kalau geng steyr dulu, salah sorang ahlinya ialah snipper komando tentera. Yang terbaru ni tak tahulah siapa anggota mereka. RUMAH DISAPU BERSIH SEMASA CUTI: Ada berita bahawa semasa cuti panjang baru2 ni, penyamun ambil peluang dengan memecah rumah2 dan mengangkut segala benda yang ada. Ada pula kereta dalam pagar rumah pun dipecahmasuk dan ada yang dibawa lari terus. Kereta yang di park dalam bangunan pejabat tempat kerja pun hilang juga. Kekadang kita ingat tempat2 tadi begitu selamat - tapi terjadi juga rupanya. Berhati2lah. KAWAN PEKENA ANAK KAWAN dengan makhluk halus pun baru saja teman dibagitau. Bos nak tackle staff yang sudah ada laki pun sering kedengaran. Jejaka nak tackle bini orang, walau bayaran setinggi nyawa pun ada juga. NAMUN, dalam banyak2 perkara yang teman paling tak akan menyangka ialah, Presiden Umno akan dicabar dalam pilihanraya nanti. Walaubagaimana pun, memandangkan sudah banyak perkara2 yang tak disangka berlaku berlaku, maka teman berfirasat, kali ini akan berlaku satu kejutan besar diperhimpunan Agung Umno nanti, walaupun kod etika sudah pun keluar. Wassalam ----------------------------------------------------- Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]