Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah an-Nisa' ayat 138

Berita gembira kepada munafiqin

Firman Allah yang bermaksud:

"Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang munafiq: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

"(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya)." (Surah an-Nisa': 138).

Ayat ini menceritakan tentang perihal munafiq, satu golongan yang merbahaya, berada di kalangan umat Islam menzahirkan diri mereka sebagai orang beriman dan Islam.

Bahkan di zaman Nabi s.a.w. mereka datang ke masjid bersama dengan para sahabat r.a., bersembahyang bersama mereka. Allah mendedahkan sifat golongan ini sebagai amaran kepada golongan beriman supaya berwaspada menghadapi golongan ini kerana mereka musuh masyarakat Islam dan disifatkan juga sebagai gunting dalam lipatan kain, yang bertindak mengoyaknya dari dalam.

Inilah kerja orang-orang munafiq dan Allah memberi amaran kepada mereka supaya sedar dan insaf atas segala tindak tanduk mereka itu. Allah berfirman yang bermaksud:

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafiq." (Surah an-Nisa': 138)

Pada asalnya 'Basysyir' bermaksud berilah berita gembira. Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan berita gembira kepada golongan munafiq sebagai tempelak terhadap golongan berkenaan kerana golongan munafiq merasakan diri mereka bijak kerana disangkakan segala perbuatan jahat mereka tidak diketahui oleh sesiapa padahal Allah Ta'ala mengetahui segala isi hati golongan terbabit.

Berilah berita gembira kepada golongan itu kerana sememangnya mereka suka bergembira. Apakah berita gembira itu?

Berita tersebut ialah azab neraka yang sangat pedih sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah an-Nisa': 138)

Seterusnya Allah menafsirkan makna munfik dan ia merupakan tafsiran yang paling tinggi mutunya di dalam tafsir al-Quran iaitulah al-Quran menafsirkan al-Quran.

Di sana ada hadis menafsir al-Quran sedangkan di sini al-Quran menafsirkan al-Quran yang menjelaskan sifat-sifat golongan munafiq



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke