Mahathir saksi kes Anwar minggu depan
2pm, RABU: Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi akan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Perdana Menteri berusia 74 tahun itu akan disapina minggu depan. Sebelum ini Mahathir tidak hadir ke mahkamah walaupun sudah tiga kali �berjanji' bersedia memberikan keterangan berhubung dakwaannya bahawa bekas timbalannya itu seorang yang bermoral rendah dan tidak layak memimpin negara. Dalam satu majlis pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di London baru-baru ini, Mahathir masih lagi membuat dakwaan yang sama terhadap Anwar. [Laporan penuh selepas ini] malaysiakini.com
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
