*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
buat pedoman ..........
> >> Peringkat-peringkat sembahyang,nilaikan
dimana
> >> tahap sembahyang kita.Dalam era membaiki diri
> >> ini,kita check sembahyang kita,nanti akan
terjawap
> >> kenapa kita tidak dibantu,dan ini juga gambaran
> >> secara keseluruhannya,mengapa umat islam terbiar
dan
> >> tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi
menjadi
> >> umat yang agung seperti dulu.
> >>
> >> Golongan 1.
> >> Kita boleh lihat hari ini sudah
ramai
> >> umat islam yang tak sembahyang,bahkan ramai juga
> >> yang tak tahu nak sembahyang,mereka telah jatuh
> >> kafir.Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak
> >> sembahyang tanpa sebab.Imam Syafie kata jatuh
fasik
> >> (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin
> >> sembahyang itu fardu.
> >>
> >> Golongan 2.
> >> Orang yang mengerjakan sembahyang
> >> secara zahir sahaja,bacaan pun masih tak
> >> betul,taklid buta,main ikut-ikut orang
saja.Belajar
> >> sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak
> >> ada.Ilmu tentang sembahyang tiada.Golongan ini
> >> tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam
> >> keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
> >>
> >> Golongan 3.
> >> Orang yang mengerjakan
sembahyang,
> >> bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak
> >> boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang
> >> kuat.Jadi mereka ini sekejap sembahyang,sekejap
> >> tidak.Kalau ada masa dan mood baik ia
> >> sembahyang,kalau sibuk dan terkocoh kacah,ada
> >> program kenduri,pesta
ria,berziarah,bermusafir,letih
> >> dan penat,maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh
> >> fasik.
> >>
> >> Golongan 4.
> >> Orang yang sembahyang,kalaupun
> >> ilmunya tepat,fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk
> >> kalau diperiksa satu persatu bacaannya,lafasnya
> >> banyak yang dia tak faham,fikirannya tak terpusat
> >> atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang
> >> dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang
> >> dia baca.Cuma main hafal saja.Jadi fikirannya
terus
> >> tertumpu pada dunia dan alam
> >> sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam
> >> sembahyang,orang ini lalai dalam
sembahyang.Neraka
> >> wail bagi orang ini.
> >>
> >> Golongan 5.
> >> Golongan yang mengerjakan
> >> sembahyang,cukup lima waktu,tepat ilmunya,faham
> >> setiap bacaan sembahyang,fatihahnya,doa
> >> iftitahnya,tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam
> >> sembahyang itu.Fikirannya masih melayang
> >> mengingatkan perkara dunia,dek kerana faham saja
> >> tetapi tidak dihayati.Golongan ini dikategorikan
> >> sebagai sembahyang awamul muslimin
> >>
> >> Golongan 6
> >> Golongan ini baik sedikit dari
> >> golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik
tali
> >> didalam sembahyangnya .sekali sekala khusyuk
,sekali
> >> sekala lalai pula.Bila teringat sesuatu didalam
> >> sembahyangnya ,teruslah terbawa bawa,berkhayal
dan
> >> seterusnya.Bila teringat Allah secara tiba tiba
maka
> >> insaf dan sedarlah semula,cuba dibawa hatinya
serta
> >> fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan
> >> bacaan didalam sembahyangnya.Begitulah sehingga
> >> selesai sembahyangnya.Ia merintih dan tak mahu
jadi
> >> begitu,tapi terjadi jua.Golongan ini adalah
golongan
> >> yang lemah jiwa.Nafsunya bertahap mulhamah
(ertinya
> >> menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula,
> >> tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan
> >> jiwa).Golongan ini terserah kepada Allah.Yang
sedar
> >> dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh
Allah,
> >> mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan
> >> dosanya,namun tiada pahala nilai sembahyang
> >> itu.Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa
> >> apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
> >>
> >> Golongan 7.
> >> Golongan yang mengerjakan
> >> sembahyangyang tepat ilmunya,faham secara
langsung
> >> bacaan dan setiap lafaz didalam
sembahyangnya.Hati
> >> dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan
> >> sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun
yang
> >> dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang
itu
> >> tidak mempengaruhi sembahyangnya.Walaupun ia
> >> memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan
tugas
> >> keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun
> >> tidak mempengaruhi sembahyangnya.Hatinya masih
dapat
> >> memuja Allah didalam sembahyangnya.Golongan ini
> >> disebut orang-orang soleh/golongan abrar/ashabul
> >> yamin.
> >>
> >> Golongan 8
> >> Golongan ini seperti juga
golongan
> >> tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu
> >> bukan saja faham,dan tak mengingati dunia didalam
> >> sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap
> >> makna bacaan sembahyangnya itu,pada setiap
kalimah
> >> bacaan fatihahnya,doa
> >> iftitahnya,tahiyyatnya,tasbihnya pada setiap
> >> sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan
> >> dihayati sepenuhnya.Tak teringat langsung dengan
> >> dunia walaupun sedikit .Tapi namun ia masih
tersedar
> >> dengan alam sekelilingnya.Pemujaan terhadap Allah
> >> dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya.Inilah
> >> golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin
(Yang
> >> hampir dengan Allah )
> >>
> >> Golongan 9
> >> Golongan ini adalah golongan yang
> >> tertinggi dari seluruh golongan tadi.Iaitu bukan
> >> saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam
> >> sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar
> >> sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia
> >> sembahyang,kerana ia yakin sembahyang punca
> >> penyelesai segala masalah.Ia telah fana dengan
> >> sembahyang.Sembahyang telah menjadi penyejuk hati
> >> nya.Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,seperti
> >> sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak
> >> dibetisnya.Untuk mencabutnya, ia lakukan
sembahyang
> >> dulu,maka didalam sembahyang itulah panah itu
> >> dicabut.Mereka telah mabuk dengan
sembahyang.Makin
> >> banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara
ia
> >> nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.Dalam
> >> sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan
> >> Tuhannhya.Alam sekelilingnya langsuk ia tidak
> >> hiraukan.Apa yang nak jadi disekelilingnya
langsung
> >> tak diambil peduli.Hatinya hanya pada
> >> Tuhannya.Golongan inilah yang disebut golongan
> >> Siddiqin.Golongan yang benar dan haq.
> >>
> >>
> >> Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat
> >> sembahyang itu tadi,maka dapatlah kita nilai
> >> sembahyang kita di tahap yang mana.Maka ibadah
> >> sembahyang yang boleh membangunkan
jiwa,membangunkan
> >> iman,menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai
> >> mazmumah,menanamkah mahmudah,melahirkan disiplin
> >> hidup,melahirkan akhlak yang agung ialah golongan
> >> 7,8 dan 9 sahaja.Golongan ini sahaja yang
diterima
> >> solatnya oleh Allah.Sembahyangnya ada
> >> kualiti.manakala golongan yang lain jatuh pada
kufur
> >> fasik dan zalim.
> >>
> >> Jadi dimanakah tahap sembahyang kita
?.Perbaikilah
> >> diri kita mulai dari sekarang.Jangan tangguh
> >> lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada
> >> diakhirat ialah solat /sembahyang kita.
> >>
> >> bersama membaiki solat kita agar segara dapat
> >> bantuan dari Allah,agar terhapuslah
kezaliman,semoga
> >> tertegak kembali daulah islam.
> >
>
>
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: nurmaisarah kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>