*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   Assalamu`alaikum warahmatullah,
   Soalan yang sama telah diajukan kepada Ustaz Halim
Hassan di Surau Kampung Perlis,Bayan Lepas,dalam
kuliyyah maghrib bulan Ogos yang lalu.
   Menurut ustaz,kalau kita sendiri nampak ataupun
orang bukan Islam habag clear kat kita bahwa
buah-buahan tersebut sudahpun dipersembahkan kepada
tokong,maka haram kita makan.
   Dalilnya : ALLAH kata,"Wa qu du hanna su wal hijja
rah,wa id dat lil kafirin."
   Yang bermaksud,"Di antara benda-benda yang akan
yang akan menjadi bahan bakaran api neraka ialah batu
berhala yang disembah oleh orang kafir,dan segala
alat-alat yang dijadikan untuk menyembah berhala."
[ Alat-alat penyembahan yang selalu kita nampak di
M`sia ni,lebih-lebih lagi pada musim perayaan ialah
seperti limau,kueh bakul,kueh pau etc.Kalau depa bagi
buah limau yang baru ambil daripada kotak,maka
bolehlah kita makan.Tapi kalau depa pi hempok limau tu
di depan tokong depa dulu,lepas dengan baguih punya
dok semayang,kemudian baru depa bagi dekat kita,maka
haram kita makan.Tapi kalau kita tak tau,lepas kita
telan baru dia bagi tau,maka kalau macam tu punya
kes,menurut Imam Ghazali r.a.,kita kena doa kepada
ALLAH,"Ya ALLAH,janganlah kau jadikan sisa makanan
yang haram ni sebahagian daripada tubuh badan
aku.Buanglah ia daripada tubuh badan aku,ya ALLAH." ]
   Kalau dalam kes muamalat pula,Islam tidak
memutuskan jual-beli dengan orang bukan Islam.Cuma ada
bab-bab yang tertentu yang kita kena jaga,i.e.
berkenaan dengan keTuhanan.Sebagai contoh,kalau mai
sorang Cina kat kita,lalu dia minta sikit daun pisang
untuk buat kueh bakul apa ka.Kemudian kita
tanya,"Untuk buat apa?"...Dia kata,"Mau buat kueh
bakul untuk makan punya." Kalau setakat tu sahaja
jawapannya,maka takpa kita bagi dekat dia,malah pahala
kita dapat.Kalau dia balas balik kat kita yang berupa
kueh,maka kita dapat makan tapi dia tak dapat pahala
apa-apa pun.
 Contoh lain,kalau kita sebagai penjual peralatan
sembahyang,tiba-tiba datang seorang bukan Islam nak
beli tasbih; yang kita tau dia nak beli tu untuk
dikalung di leher tokong dia; maka kata ulama,haram
dijual.
 Begitu jugalah kalau kita sebagai penjual
bunga,tiba-tiba mai sorang nak beli bunga malai nak pi
bubuh dekat tugu peringatan sempena hari
ketenteraan,maka tak boleh kita jual kepada orang itu
kerana takut kita subhat dengan dia. 
[ Tak pasai-pasai dosa subhat nanti dapat kat kita
kerana dia bersifat syirik kepada ALLAH
SWT.Nauzubillahi min zalik.Ni semua cari penyakit
punya cerita. ]

WALLAHU`ALAM.

--- "Sham, Sudin"  wrote:

> > Saya ingin bertanya mengenai buah-buahan yang
> digunakan oleh non-muslim
> > untuk upacara sembahyang di tokong. Di tempat
> kerja kawan saya, setiap
> > pagi diadakan upacara sembahyang dengan meletakkan
> buah-buahan di tokong
> > mereka. Selepas habis upacara tersebut, mereka
> akan ambil kembali buah
> > tersebut dan beri kepada pekerja. Soalan saya,
> sebagai seorang Islam
> > adakah kita dibolehkan memakan buah-buahan yang
> telah digunakan untuk
> > tujuan tersebut. 
> > 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke