*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
---------- Forwarded message ----------
Date: Fri, 11 Feb 2000 10:46:28 +0800 (MYT)
From: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>
To: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [keADILan] RAYUAN (fwd)
---------- Forwarded message ----------
Date: Wed, 9 Feb 2000 16:22:52 +0800
From: Raja Petra <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: "(15TMK) [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [keADILan] RAYUAN
keADILan/05/01/00
09 Februari 2000
Rakyat Malaysia Yang Budiman,
RAYUAN
Parti Keadilan Nasional (keADILan) kini sedang menghadapi krisis kewangan yang amat
meruncing.
Sememangnya keADILan merupakan sebuah Parti yang miskin. Sejak dari awal, kami
beroperasi dengan belanjawan yang kecil. Ketika menghadapi Pilihanraya Umum lalu, kami
menggunakan apa sahaja yang ada untuk menampung perbelanjaan semasa berkempen. Sesudah
Pilihanraya Umum, situasi kian gawat. Sumber kewangan yang sangat terhad menjadi
semakin berkurangan dan agak mendesak.
Memandangkan keadaan kewangan yang begitu meruncing, keADILan kini melancarkan rayuan
bagi mengisi dana Parti. Rayuan ini ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia yang
menyokong perjuangan menegakkan keadilan.
Sesungguhnya, perjuangan keADILan amat penting bagi masa hadapan negara ini. Ia amat
penting untuk anak-anak kita dan generasi akan datang. Bersama-sama dengan parti-parti
lain di dalam Barisan Alternatif, keADILan bertekad untuk membanteras penyalahgunaan
kuasa dan rasuah, mengawasi pemusatan kuasa di kalangan beberapa individu serta
menentang politik perkauman dan budaya takut.
Bagi menyambung perjuangan mulia ke arah sebuah masyarakat adil dan demokratik ini,
kami perlu menyedia dan menggerakkan pelbagai aktiviti; memperluaskan keahlian;
menguruskan setiap Bahagian dan Cawangan; menerbitkan buletin Parti; menyebarkan
risalah, kaset, audio dan video; menganjurkan pelbagai ceramah, bengkel dan seminar.
Semua aktiviti ini memerlukan dana yang besar. Kedudukan kewangan yang kuat lagi teguh
adalah satu keperluan dan prasyarat dalam meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.
Amatlah malang sekali sekiranya sebuah parti pelbagai etnik ini - yang telah memberi
harapan besar kepada negara, terpaksa memberhentikan perjuangan bagi pihak rakyat
Malaysia semata-mata kerana kesempitan wang.
keADILan sudah pasti akan mencuba pelbagai cara serta saluran untuk meningkatkan dana
Parti, namun kami juga amat mengharapkan pertolongan daripada semua pencinta kebenaran
dan keadilan. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat dialu-alukan.
Setiap ringgit anda amat bermakna dalam usaha kami membentuk Malaysia yang adil.
Rakyat Malaysia yang budiman,
Tampillah ke hadapan, bantulah mengikut kemampuan anda. Perjuangan ini pastinya akan
lebih bermakna dengan sokongan anda semua.
Kami juga memohon agar rayuan ini disebarluaskan kepada seluruh warga Malaysia yang
prihatin di mana jua mereka berada.
Sumbangan anda boleh dikirimkan dalam bentuk Kiriman Wang, Cek Berpalang atau Bank
Deraf kepada:
Bendahari Agung
Parti Keadilan Nasional
101 & 201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II
No: 15 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 754 0469 Faks: 03 754 0419
Peg. Berkaitan: Sdr. Raja Petra, Sdri. Norhayaty & Sdr. Wan Ahmad Sabri
Atau anda juga boleh menyumbang terus ke akaun kami:
No: 011330227611 (Parti Keadilan Nasional)
Bumiputra Commerce Berhad
Taman SEA, Petaling Jaya
keADILan akan sentiasa menghargai sumbangan anda yang prihatin kepada perjuangan ini,
di saat kami amat memerlukan.
Yang benar,
RAMLI IBRAHIM
Bendahari Agung
Thanks & kindest regards
Raja Petra
http://members.xoom.com/adilmalaysia/
------------------------------------------------------------------------
Demi keADILan - http://www.keadilan.org
To subscribe, send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED]
To unsubscribe, send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED]
------------------------------------------------------------------------
What�s better than getting a Great Deal from eGroups?
Getting a Great Deal from eGroups delivered right to your email in-box!
http://click.egroups.com/1/1236/0/_/1916/_/950085258/
-- Check out your group's private Chat room
-- http://www.egroups.com/ChatPage?listName=parti-keadilan&m=1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>