*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt;

Pada minggu lepas saya sempat menyemak buku sekolah
anak saya yang berada di tahun 3. Salah satu ayat yang
dibuatnya adalah seperti berikut:

Emak saya menanam pokok lada, bayam, potato dan kacang
panjang di belakang rumah.

Saya pun terus memberitahunya bahawa 'potato' adalah
perkataan Inggeris dan menyuruh anak saya tadi
betulkan. Agaknya ini adalah hasil gejala 'bahasa
rojak'. Sebagaimana isu-isu lainnya, kita hanya akan
turut bersuara apabila orang politik bersuara.
Bagaimanapun, perkembangan istilah adalah akibat
daripada pergaulan. Ini berlaku di dalam apa juga
bahasa. Hanya bahasa Arab sahaja yang sentiasa
terpelihara kerana setiap makna perkataannya dijaga
oleh Al-Qur'an. Dalam bahasa Inggeris misalnya,
perkataan 'nice' dulunya bukanlah merujuk kepada baik
tetapi lebih kepada lemah lembut. Dan kalau kita
melihat cara budak-budak sekarang menulis, naik pening
kita. Cerita dah jadi citer, kau jadi ko, gila jadi
giler dan maknanya pulak bukanlah sepertimana makna
perkataan gila sepertimana dahulu. Ia digunakan dalam
ayat seperti "Dia tu cun  giler!". Proses globalisasi
sekarang ini banyak sekali mempengaruhi cara manusia
berbicara.

Wallahu'alam.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Yusri Mohd <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke