*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
Selepas kita telah bercakap tentang matlamat psikologi dalam siri 3, jadi
sekarang kita cakap pula tentang sejarah psikologi.

(Bab ini panjang sikit...jadi saya ringkaskan saja.Kalau tak puas hati
jangan saman saya, tapi anda dinasihatkan pergi cari buku psikologi dan
baca)

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

Yang sebenarnya tiada data yang tepat, boleh menujukkan bila ilmu psikologi
ini bermula. Cuma ahli psikologi mencadangkan kajian terhadap jiwa yang
berpentuk sistematik telah bermula pada zaman keemasan Greek. Kajian pada
zaman ini lebih berbentuk interprestasi(kajian terhadap diri sendiri ) yang
lebih berbentuk mistik (benda-benda ajaib) dan teologikal
(kepercayaan/agama)

(OOOh, kalau begini tak payah cakap pun tak apa, sebab kebanyakan ilmu
sains sosial berasal daripada zaman Greek. Tapi kalau cakap pun tak apalah
nanti ada yang tak tahu pulak.. Rasa-rasa elok juga kalau kita sendiri
menyarankan (tak payah tunggu ahli psikologi...lah. lambat) ilmu psikologi
yang sebenarnya talah bermula di Zaman Rasulullah S.A.W.Sebab Rasulullah
pakar dalam soal jiwa manusia. Kalau ada orang mempertikaikan mana bukti
saintifik,............. bukti tu datang kemudiaan.Telah banyak kenyataan
dalam al-Quran dan sunnah telah dibuktikan benar pada hari ini. seperti
penemua NASA yang terbaru  "Cat's Eye Nebula." )

Sejarah psikologi dapat dilihat dari sudut bentuk pemikiran manusia pada
masa itu terhadap psikologi


1. Pemikiran Greek silam.

- Plato berpendapat bahawa manusia adalah binatang-binatang tang rasional
-jadi manusia ber kemampuan untuk mengetahui tetang kewujudan dirinya serta
memahami alam sekelilingnya.
- Plato mengatakan bahawa , manusia tak perlu belajar dari pengalaman
kerana semua pengetahuan keduniaan telah sudah ada dalam akal dan fikiran
semasa ia dilahirkan.

( Apa pendapat anda bila plato kata kita ini binatang..... tentu ada yang
tak setuju....tak ada masalah. Sebenarnya Allah telelah sebut bahawa ada
manusia sama dengan binatang bahkan lebih teruk lagi pun ada :Dan
perumpamaan (orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti
penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan
dan seruan saja. Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka
tidak mengerti. (QS. 2:171)
Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah
orang-orang yang kafir, karena mereka itu tidak beriman. (QS. 8:55)
atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau
memahami.Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu). (QS. 25:44)
haa tak cukup lagi dengan tiga ayat itu. ayat ini boleh digunakan lagi bila
kita belajar tentang bab experimen terhadap binatang dalam siri yang akan
datang.......cuma kita tak ingin lah disamakan dengan binatang)

-Aristotle pula mengatakan bahawa manusia adalah organisma biologi iaitu
bahan mentah saja.
-organisma ini mengandungi, jiwa, akal ,fikiran dan perasaan serta
berinteraksi antara satu sama lain, dan ia dipengaruhi oleh alam sekitar.
-Aristotle menyarankan bahawa akal kita ini kosong semasa dilahirkan, dan
pengetahuan diperolehi melalui interaksi(hubungan) dengan alam sekitar.

(Bila sebut aristotle, saya teringat pernah ada dua orang ustaz menyebut
bahawa , Kemungkinan besar Aristotle ini adalah nabi, jumlah nabi
banyak.....mungkin juga. Mengikut orang Barat Aristotle adalah guru kepada
Iskandar Zulkarnain, manakala nama Zulkarnain ada disebut dalam
al-Quran...wallah hua'lam)

Kedua-dua bentuk pemikiran ini telah mempengaruhi fahaman psikologi
terhadap manusia. Hasinnya terbentuklan dua aliran iaitu baka atau
genetik,atau sedia ada (Plato) dan kedua pengahuh persekitaran (Aristotle).
Perbahasan kedua-dua aliran ini masih berlaku sampai ke hari ini.


bersambung......

####################################
saya bercadang untuk memasukan gambar atau gambar rajah tetang pembelajar
pengantar psikologi ini sepaya pengajaran lebih berkesan. cuma gambar ini
hanya boleh didapati ,melalui [EMAIL PROTECTED] dan tidak
hizbi.net atau isnet. tengok nanti kalau berkesempatan.

saya juga bercadang untu mengatakan ujian bertulis untuk sesiapa yang ingin
belajar secara lebih bermakna. tunggulah lepas habis bab satu ini.

wassalam



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke