*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,
wahn atau cinta dunia & takut mati. apakah yg sebenarnya yg dikatakan wahn
itu? adakah ianya hanya slogan2 kosong? apakah buktinya. apakah syarat2nya.
apakah amalan2 yg bisa mengelakkan dan menghindar dr wahn itu?
utk itu perlu kita menyitir sabda arrasul:
AKu diutus mejelang hari kiamat dgn membawa pedang. Sehingga Allah disembah
sendirian shj, tidak ada lagi sekutu baniNya. Dan dijadikan rezkiku berada
dibawah bayangan tombakku. Dan dijadikan kecil & hina org yg
menyelisihi/menyalahi urusanku. Brgsiapa menyerupai dirinya dgn suatu kaum,
maka dia termasuk golongan mrk (shohih jamius shoghir 2831).
serupa dlm hal apa? para ulama mengatakan - dlm hal cinta dunia dan takut
mati.lihat surah albaqarah 2:95-96.
oleh itu, barangsiapa, atau kumpulan manapun yg hendak menegakkan islam tidak
seperti arrasul menegakkannya, yaitu tidak disertai dgn pedang /jihad, maka
menjadi hina, rendah, kecil dan tidak akan berjaya kerana menyalahi perentah
arRasul sendiri, menyalahi sunnah menegakkan islam.
kesimpulannya, mana2 jamaah islam yg hendak berjaya dunia akhirat, perlulah
mengadakan program i'dad yaitu persiapan utk berjihad, krn jihad memerlukan
persiapan (alanfal 60).
mana2 jamaah yg hanya setakat tarbiyah & berdakwah shj dan hanya berkecimpung
dlm bidang ekonomi global/international, tidak mengadakan program i'dad, lalu
mengharapkan karamah & pertolongan dr langit adalah menyalahi sunnah terbesar
saiyidil mursalin.
malah, jihad disebutkan dlm buku2 aqidah oleh para imam mujtahid yg 4, bahwa
ia akan berlaku sampai hari kiamat, baik dipimpin oleh org2 soleh maupun
fajir.
kalau begitulah keadaannya, mengapakah jamaah yg dikatakan mirip pemuda bani
tamim itu lebih cenderung dan mengharapkan si buih ghafar baba dlm menegakkan
islam?
wslm
Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum wbt,
>
> Angkara 2 penyakit hati iaitu CINTA DUNIA dan BENCI
> MATI, maka umat Islam kini tak lebih ibarat buih-buih
> di lautan. Haruskah 2 penyakit ini dipandang remeh
> bagi mengejar perjuangan besar iaitu sokongan rakyat.
>
> Ikutilah artikel seterusnya yg saya petik dari laman
> Kassim's Homepage (sdr Kassim - allahyarham, adalah
> abang kpd Pn Noorainy, salah seorg h-netter).
>
> Wassalam.
>
> UMAT ISLAM UMPAMA BUIH
>
> Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh
> musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat
> apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini
> sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu
> lagi, dalam hadithnya:
>
> "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana
> anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan.
> Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam
> yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah
> kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di
> permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di
> dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan
> dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia
> wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia
> dan bencikan akhirat."
>
> Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda
> Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini
> mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka
> bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di
> negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.
>
>
> Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai
> boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus
> memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia.
> Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidak
> dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan
> mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam?
> Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan
> ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi
> melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam.
>
> Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh
> musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber
> minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak
> sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat.
> Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negara
> Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata
> untuk membunuh umat Islam.
>
> Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya
> kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan
> kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan
> menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan
> berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama
> mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu
> digantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuh
> Islam.
>
> Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang
> Mongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwa
> hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah
> faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam
> masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin
> menjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasi
> kepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam
> menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinan
> supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam
> sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi
> umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.
>
>
> Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang?
> Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai
> penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi
> keruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak
> menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihan
> hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah
> 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.
>
> Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi
> lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah
> menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak
> sepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan
> video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja.
> Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang
> lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai
> katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan
> yang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan
> perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap
> perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan
> berlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan
> teknologi IT yang semakin canggih.
>
> Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani
> sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat
> selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup
> mereka."
>
> Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang
> banyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid.
> Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid
> menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan
> keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam?
> Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid
> dan berkejaran ke kilang.
>
> Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya
> begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat
> Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat
> bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada
> panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga
> memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap
> mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut
> kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap
> menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan
> dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya
> amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad
> memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan
> terhakis.
>
> Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>