*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MADAH oleh Syeikh Ashaari Muhammad

1.    Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun 
tidak mengapa, tapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja 
menjadikan kita sombong dan lalai.

2.    Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan kepimpinan kerana 
ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga 
jawatan itu tanpa kita pinta sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita 
terimanya tetapi kenalah takut dengan Tuhan.

3.    Fitrah yang murni itu dia tidak membohongi kita, dia selalu sahaja 
boleh menerima kebenaran. Tetapi yang menghalangnya adalah nafsu kita dan 
syaitan.

4.    Hendaklah kita buang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat 
inilah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak 
rasa cukup dengan apa yang ada. Sifat bakhil datang. Akhirnya ia menjadi 
rebutan. Di sinilah rahsia hilang ukhuwah dan sebab timbul perpecahan.

5.    Orang yang tamak tidak akan merasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang 
ada dia seolah-olah tidak nampak lagi. Benda yang tiada itulah yang menjadi 
fikiran dan idamannya sebab inilah orang yang tamak selalu sahaja susahkan 
apa yang tiada.

6.    Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak tolak nikmat dunia 
tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan 
orang lain.

7.    Salah satu yang boleh membawa pecah-belah orang Islam kerana cinta 
dunia maka berebut-rebutlah mereka untuk mendapatkannya. Dengan itu 
terjadilah perbalahan.

8.    Di akhir zaman ini orang terlalu memperjuangkan hak-hak mereka. Kalau 
tak dapat boleh menjadi masalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman 
ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhaan Allah dan khidmat 
untuk manusia.

9.    Anggaplah nikmat di dunia yang Allah beri itu kita tak layak untuk 
menerimanya. Tapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh 
bersyukur kepadaNya.

10.   Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah 
risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur. Kemudian ditambah 
lagi nikmat itu ditakuti juga tidak akan bersyukur.

11.   Bila rasa bertuhan itu tidak ada secara automatik rasa kehambaan juga 
tidak akan ada. Di waktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh 
menghilangkan mazmumah. Tetapi ia menyuburkan lagi mazmumah kerana ibadahnya 
itulah yang menghijab diri daripada Allah.

12.   Kita beribadah dengan tujuan untuk menyembah Allah yang memang patut 
disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan 
cara membina mazmumah.

13.   Orang mukmin sejati kalaulah nasihat itu bukan satu kewajiban, rasanya 
hendak ditinggalkan saja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

14.   Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan 
melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya ada huzuzun nafs yang 
tersembunyi.

15.   Orang mukmin sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, 
telinga, dan lain-lain anggota lahir, tapi gerakan hati dan fikiran pun 
sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

16.   Kalau di dalam jemaah sendiri tidak dapat ditegakkan Islam secara 
sempurna (syumul) sesuai dengan kekuatan yang ada, apa jaminan kita dapat 
menegakkan Islam secara syumul dalam negara yang lebih susah lagi.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke