*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ashaari Muhammad is a loser. Perbuatan beliau tidak serupa dgn kenyataan
spt di bawah. Beliau hanya mementingkan kesenangan diri sendiri dengan hidup
secara mewah di selatan thailand, kawin isteri muda, dsb. Yg kasihan & susah
ialah majority orang Arqam bawahan. Dan lagi Ashaari mendapat royalty
bayaran dpd tarikat Auradul Muhammadiayah yg bukan hak beliau. Pemimpin
'pura-pura' spt beliau layak di 'ajar' oleh pemimpim zalim spt Mahathir.
Baru kena buku dgn ruas . Anyway madah dibawah memang indah dan ia
ditulis bukan oleh beliau tetapi oleh isteri beliau.
>From: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* MADAH oleh Syeikh Ashaari Muhammad
>Date: Sun, 13 Feb 2000 23:29:19 PST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
>{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
>{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>MADAH oleh Syeikh Ashaari Muhammad
>
>1. Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun
>tidak mengapa, tapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja
>menjadikan kita sombong dan lalai.
>
>2. Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan kepimpinan
>kerana
>ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga
>jawatan itu tanpa kita pinta sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita
>terimanya tetapi kenalah takut dengan Tuhan.
>
>3. Fitrah yang murni itu dia tidak membohongi kita, dia selalu sahaja
>boleh menerima kebenaran. Tetapi yang menghalangnya adalah nafsu kita dan
>syaitan.
>
>4. Hendaklah kita buang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat
>inilah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak
>rasa cukup dengan apa yang ada. Sifat bakhil datang. Akhirnya ia menjadi
>rebutan. Di sinilah rahsia hilang ukhuwah dan sebab timbul perpecahan.
>
>5. Orang yang tamak tidak akan merasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang
>ada dia seolah-olah tidak nampak lagi. Benda yang tiada itulah yang menjadi
>fikiran dan idamannya sebab inilah orang yang tamak selalu sahaja susahkan
>apa yang tiada.
>
>6. Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak tolak nikmat dunia
>tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur
>dengan
>orang lain.
>
>7. Salah satu yang boleh membawa pecah-belah orang Islam kerana cinta
>dunia maka berebut-rebutlah mereka untuk mendapatkannya. Dengan itu
>terjadilah perbalahan.
>
>8. Di akhir zaman ini orang terlalu memperjuangkan hak-hak mereka. Kalau
>tak dapat boleh menjadi masalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir
>zaman
>ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhaan Allah dan
>khidmat
>untuk manusia.
>
>9. Anggaplah nikmat di dunia yang Allah beri itu kita tak layak untuk
>menerimanya. Tapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh
>bersyukur kepadaNya.
>
>10. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah
>risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur. Kemudian ditambah
>lagi nikmat itu ditakuti juga tidak akan bersyukur.
>
>11. Bila rasa bertuhan itu tidak ada secara automatik rasa kehambaan juga
>tidak akan ada. Di waktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh
>menghilangkan mazmumah. Tetapi ia menyuburkan lagi mazmumah kerana
>ibadahnya
>itulah yang menghijab diri daripada Allah.
>
>12. Kita beribadah dengan tujuan untuk menyembah Allah yang memang patut
>disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan
>cara membina mazmumah.
>
>13. Orang mukmin sejati kalaulah nasihat itu bukan satu kewajiban,
>rasanya
>hendak ditinggalkan saja kerana sibuk menasihati diri sendiri.
>
>14. Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan
>melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya ada huzuzun nafs yang
>tersembunyi.
>
>15. Orang mukmin sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata,
>telinga, dan lain-lain anggota lahir, tapi gerakan hati dan fikiran pun
>sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.
>
>16. Kalau di dalam jemaah sendiri tidak dapat ditegakkan Islam secara
>sempurna (syumul) sesuai dengan kekuatan yang ada, apa jaminan kita dapat
>menegakkan Islam secara syumul dalam negara yang lebih susah lagi.
>
>
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "bazran johan" <[EMAIL PROTECTED]>