*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bercinta dengan suami orang?  Hmmm..... heh heh heh

Suami orang sememangnya hebat. Dah 14 tahun kahwin dah tahu kat mana
suis orang perempuan.  Dah tahu macamana nak pujuk kalau merajuk. 
Suami orang akan membuatkan seorang dara bagai diawangan.  Dia akan
merasakan bahawa dialah wanita yang paling cantik sekali dalam dunia,
walaupun dia sendiri merasakan bahawa dia bukanlah seorang gadis yang
cantik.  Kerana pujian suami orang dia akan merasakan bahawa dialah
wanita yang paling anggun sekali dalam dunia ni, dialah wanita yang
paling ideal sekali dalam dunia ni.

Berbanding dengan orang bujang, bercinta dengan orang bujang seringnya
menyakitkan hati, sebab tak pandai ambik hati perempuan.  Bergaduh,
bertengkar, merajuk, rasa macam tak dipedulikan, ego dia, menyebabkan
wanita seringkali kecil hati bercinta dengan orang bujang.  Tapi kalau
suami orang, you dilayan macam ratu.  You dipujuk hingga cair,
secair-cairnya.

Tapi dia suami orang.  Perempuan kena ingat, kalau berkahwin dengan
suami orang, masa untuk kita cuma separuh.  Hari ni kita ada suami,
besok kita tak ada suami, lusa kita ada suami balik, tulat bercakap
ngan dinding balik.  Sakit pening tanggung sendiri.  Kalau isteri
pertama baik, tak apa, kalau isteri pertama tak setuju dan mengamuk
sakan?  Entah-entah kita selalu kena serang.  Bukan dari isterinya
saja, dari family isteri tersebut atau entah-entah dari family suami
sendiri yang mungkin terlalu sayang kepada isteri pertama.  Nanti nak
keluar makan ngan suamipun kena sorok-sorok.  

She is too young untuk menghadapi semua ni.  Dengan rupa paras yang
ada, saya rasa ramai lagi yang akan terpikat dengan dia, kenapa mesti
berhadapan dengan hidup yang perit semata-mata hanya kerana janji dan
pujukan.  Janji tak semestinya betul, pujian tak semestinya ikhlas.

Orang tengah mabuk dia akan kata, tak apa.... saya sanggup hadapi semua
ni.  Ha-ah, tak kenal maka tak cinta, tak rasa maka tak merasa, belum
kena belum tahu dah kena baru nak menangis tak berlagu.  Takkanlah kita
nak terhantuk baru kita tahu oooo... sakit rupanya terhantuk tu.

Ada orang kata buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan. 
Sayang emak setiap masa, sayang suami masa tengah lawa je.  Anything
happen dia boleh ceraikan kita atau kahwin lain, masa tu tak ada tempat
nak mengadu sebab kita dah buang keluarga, tapi kalau kita pilih
keluarga, apa-apa keluarga akan backing kita.  Mak kita hanya satu,
tapi lelaki, sesiapa saja boleh jadi suami kita.  Seorang suami, kalau
muka kita tertoreh pisau, e e kesian ayang, tak apalah nanti abang cari
bini lain.  Seorang mak, kalau kita kena macam tu menangis tak berlagu,
alahai anak aku, dari kecik sampai besar aku bela nyamukpun aku tak
kasi gigit, ni pula siapalah yang aniaya belahan jiwa aku ni.

Nasihatkanlah A supaya kembali kepada keluarganya.

Sekian.

--- Fairuz Hakim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> assalamualaikum warrahmatullah..
> netters budiman
> sedikit cerita yang perlukan pendapat dari netters semua.
> 
> Gadis A berkenalan dengan B bermula dari perjumpaan bulan Julai 1999
> disalah 
> sebuah IPT diKL. perjumpaan yang hanya 2 hari itu telah berjaya
> membuahkan 
> perasaan. B seorang ketua jabatan ditempatnya bekerja telah
> berkeluarga dan 
> mempunyai 6 orang anak. berkahwin kira2 14 tahun yang lalu)  A dari
> sebuah 
> keluarga sederhana (eh, keturuan arab..) di utara semenanjung.
> ayahnya 
> seorang imam bekerja di jabatan agama di sana. dipendekkan cerita
> hubungan A 
> dan B mendapat tentangan dari semua pihak. isteri dan anak2 B
> membantah 
> hebat begitu juga dengan kedua orang tua A.  kerana cinta yang
> mendalam, 
> akhirnya seminggu yang lalu, B telah ke utara untuk menjemput A.
> dengan 5 
> buah beg (kecil dan besar) A mengikuti B ke KL nie.. dan ditempatkan
> dirumah 
> seorang kawan B .
> 
> setelah seminggu , B mula merasakan tekanan dan perasaan yang sudah 
> sebaliknya. A sentiasa inginkan perhatian B, menelefon B ditempat
> kerja 
> hampir setiap waktu. dan ingin berjumpa setiap hari. dan hari ini,
> sebagai 
> ketua jabatan dan imam dipejabatnya, B mula berasa tidak selesa
> dengan 
> keadaan itu. B nampaknya sudah berubah perasaan (menurun 50%) dan
> meski pun 
> baru seminggu .. maklumlah selama ini bercinta melalui telefon, jumpa
> pun 
> hanya tiga kali. B mula membanding-bandingkan A dengan isterinya
> (yang 
> memang pun lebih lawa dari A).
> 
> Yang menjadi masalahnya, kawan yang menumpangkan A dirumahnya sudah
> mula 
> muak dan tertekan dengan perangai dan sikap A. tempoh seminggu yang
> diberi 
> kepada A dan B sudah pun tamat, tetapi nampaknya A dan B masih belum
> dapat 
> mencari rumah atau bilik lain.  dalam masa yang sama B mula mengubah
> fikiran 
> , jika dulu bercadang nak nikah sebulan dua selepas A dtg ke KL,
> sekarang 
> ni, katanya kalau nak juga, tunggulah 2 atau tiga tahun lagi.  untuk 
> pengetahuan netters semua, A ni berusia 22 tahun dan B pula 39tahun. 
>  
> kepada sesiapa yang ada kehilangan anak atau saudara mana yang mirip
> kepada 
> cerita di atas, sila hubungi saya.
> 
> beberapa hari yang lalu dengarnya kedua ibu dan bapa A ada datang ke
> kl, 
> tapi nampaknya tak berjaya menemui A.
> 
> apa pendapat netters semua?
> 
> 

> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke