*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum warrahmatullah..
netters budiman
sedikit cerita yang perlukan pendapat dari netters semua.

Gadis A berkenalan dengan B bermula dari perjumpaan bulan Julai 1999 disalah 
sebuah IPT diKL. perjumpaan yang hanya 2 hari itu telah berjaya membuahkan 
perasaan. B seorang ketua jabatan ditempatnya bekerja telah berkeluarga dan 
mempunyai 6 orang anak. berkahwin kira2 14 tahun yang lalu)  A dari sebuah 
keluarga sederhana (eh, keturuan arab..) di utara semenanjung. ayahnya 
seorang imam bekerja di jabatan agama di sana. dipendekkan cerita hubungan A 
dan B mendapat tentangan dari semua pihak. isteri dan anak2 B membantah 
hebat begitu juga dengan kedua orang tua A.  kerana cinta yang mendalam, 
akhirnya seminggu yang lalu, B telah ke utara untuk menjemput A. dengan 5 
buah beg (kecil dan besar) A mengikuti B ke KL nie.. dan ditempatkan dirumah 
seorang kawan B .

setelah seminggu , B mula merasakan tekanan dan perasaan yang sudah 
sebaliknya. A sentiasa inginkan perhatian B, menelefon B ditempat kerja 
hampir setiap waktu. dan ingin berjumpa setiap hari. dan hari ini, sebagai 
ketua jabatan dan imam dipejabatnya, B mula berasa tidak selesa dengan 
keadaan itu. B nampaknya sudah berubah perasaan (menurun 50%) dan meski pun 
baru seminggu .. maklumlah selama ini bercinta melalui telefon, jumpa pun 
hanya tiga kali. B mula membanding-bandingkan A dengan isterinya (yang 
memang pun lebih lawa dari A).

Yang menjadi masalahnya, kawan yang menumpangkan A dirumahnya sudah mula 
muak dan tertekan dengan perangai dan sikap A. tempoh seminggu yang diberi 
kepada A dan B sudah pun tamat, tetapi nampaknya A dan B masih belum dapat 
mencari rumah atau bilik lain.  dalam masa yang sama B mula mengubah fikiran 
, jika dulu bercadang nak nikah sebulan dua selepas A dtg ke KL, sekarang 
ni, katanya kalau nak juga, tunggulah 2 atau tiga tahun lagi.  untuk 
pengetahuan netters semua, A ni berusia 22 tahun dan B pula 39tahun.   
kepada sesiapa yang ada kehilangan anak atau saudara mana yang mirip kepada 
cerita di atas, sila hubungi saya.

beberapa hari yang lalu dengarnya kedua ibu dan bapa A ada datang ke kl, 
tapi nampaknya tak berjaya menemui A.

apa pendapat netters semua?


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fairuz Hakim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke