Saya setuju dengan pendapat saudara . Sepatutnya kita sebagai
penyokong gerakan Islam
kenalah menjaga akhlak dan budi bahasa kita. Jangan ingat kita
dah sokong gerakan Islam
itu dah cukup baik. Kita kena tunjukkan imej sebagai seorang
Islam yang mempunyai budi
pekerti yang mulia dan jangan sesekali menyimpan dendam di dalam
usaha kita
untuk mengajak mereka-mereka yang belum menyertai perjuangan
Islam ini.
Kita jangan buat musuh dengan mereka tetapi anggaplah mereka itu
belum benar-benar faham
lagi tentang kewajipan menyertai gerakan Islam.
Semuga dengan usaha kita yang berterusan dan dengan cara yang
berhikmah, InsyaAllah satu
hari nanti terbuka juga pintu hati mereka.
"Hang Nawa" <[EMAIL PROTECTED]> on 02/17/2000 05:13:02 AM
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
cc: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] (bcc: HUWAZI/QA/MSMM)
Subject: Re: H-Net* Zakat vs Cukai Pendapatan
Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum....
Saya agak bersetuju dengan kenyataan saudara razman nie...
kadangイ orang PAS
peringkat akar umbi nie agak kasar sikit dalam kempen mereka
nie...
contohnya masa pilihanraya 1995 dulu ada orang PAS yang kempen
kakak saya
(yang memang berkarat UMNOnya) dengan berkata "kak, kita orang
perempuan nie
datang bulan ke tak datang bulan ke kena sokong bulan jugak kak,
kalau nak
masuk syurga" peh... akibatnya kakak saya nie telah berpatah
arang dengan
PAS (walau pada mulanya berminat)... sampai saya pun tak lut nak
memujuknya... tak berjaya... ada jugak kakak saya yang lain ...
terbuka
sedikit, dia dan suaminya sering pergi ke ceramah keduaイ pihak...
BA dia
pergi BN pun dia pergi... alasanya dia nak dengar duaイ nak buat
perbandingan... tapi yang sedihnya bila dia pergi keceramah
PAS... ada la
dua tiga kerat orang PAS nie yang tak paham, terus menengking...
"weh kau
orang UMNO buat apa menyebok jek datang, pegi blah kauorang"....
peh....
satu lagidah merajuk... dan ditambah lagi kes-kes lain hasil
pembawaan salah
orang PAS sendiri yang kurang toleransi sedikit... hasilnya...
masa
piliharaya dia menjadi perayu undi UMNO di Shah Alam... hilang
satu lagi
undi... maaf la dah puas saya pujuk dan kemukakan hujahイ tapi
bila dibalas
dengan contohイ diatas saya jadik susah nak jawap... habisイ saya
jawab...
"memang la perbuatan tu salah dan kurang bijak tapi... bla...
bla..."....
ummm begitula nampaknya... dalam 12 orang adik beradik hanya 2
orang saja
yang menyokong BA... yang lain dah merajuk terus menyokong UMNO
termasukla
ke2 ibubapa saya... yang sedihnya sebelum balik mengundi dapat
amaran dari
bapak... "kau kalau setakat balik nak mengundi PAS, baik kau tak
payah
balik-balik lagi... simpan lah duit minyak dan tol kau tu"
peh...... terkedu
jugak saya... tapi saya balik jugak... tapi tak berapa sedap nak
berkempen... masa mengundi saya nekad pangkah bulan jugak....
saya mintak maaf la ya kalau komen saya nie mendatangkan rasa tak
senang
dikalangan penyokong PAS, tapi saya ikhlas dalam memberi komen
nie, orangイ
PAS (termasuk la saya) haruslah menjaga tatatertib mereka bila
berada dalam
masyarakat... saya harap komen saya tidak mendapat komen yang
nagetif dari
netters semua....
>From: [EMAIL PROTECTED]
>
>
>Assalamualaikum,
>Saya amat tertarik dengan kenyataan cik Hasanah ni. Islam itu
adalah Yang
>Terbaik dan hanya Yang Terbaik sahajalah yang boleh dan dapat
>melaksanakannya. Memang benar, kita ni masih jauh lagi kepada
matlamat
>"Yang Terbaik" ni. Cubalah kita lihat kepada jemaah kita di
dalam PAS ni
>sebagai contoh. Dapatkah kita benar-benar menghayati serta
mengamalkan
>segala sunnah-sunnah Rasulullah di dalam kehidupan seharian
kita.
>Kebanyakan dari kita, terutama sekali yang di peringkat akar
umbi (termasuk
>saya), memandang serong dengan orang-orang yang masih belum
memasuki jemaah
>kita. Saya pernah berbual dengan beberapa orang dari UMMM; ada
di antara
>mereka mengaku bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang
murni setakat
>ni. Tetapi apa yang menyebabkan mereka ni masih enggan memasuki
jemaah
>kita ni adalah kerana mereka melihat para jemaah kita ni
seolah-olah
>memandang mereka dengan pandangan yang hina hinggakan senyum
yang mereka
>beri tidak berbalas. Beginikah cara kita untuk menarik
orang-orang di luar
>sana yang ingin mendapatkan pedoman? Beginikah cara kita hendak
berdakwah
>kepada mereka yang masih belum memahami akan perjuangan kita?
Saya rasa
>jika beginilah cara kita berterusan, alamat jauh panggang dari
api lah kita
>dari matlamat kita yang sebenarnya. Oleh itu, pada pendapat
saya, adalah
>baik sekiranya kita dapat menghidupkan kembali usrah-usrah di
dalam qariah
>kita guna untuk mentarbiah diri kita semua di samping saling
>ingat-mengingati antara satu sama lain. Saya percaya ada di
antara kita
>yang sudahpun mengamalkannya. Saya juga percaya ramai lagi yang
belum
>terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar.
>Wassalam.
>
>
>
>
>"Hasanah Hassan" <[EMAIL PROTECTED]> on 16/02/2000 02:23:01
>
>Wahai saudara;
>Saya kata "Dasar atau Polisi" bukan "Perlaksanaan". Saya rasa
saudara yang
>tak faham. Cuba tengok kat manifesto PAS tu ade ke cadang nak
ganti Cukai
>Pendapatan dengan Zakat. Dah kita cuba nyatakan / ceritakan
kepada umum apa
>beza kedua-duanya. Sudah ke belum ?. . Dah ada ke kita masukkan
kedalam
>WebSite?. Biar kita ni semua faham.
>
>Sebab kita tak explain lah maka timbul kekecohan sekejab, semasa
Trengganu
>cuba memperkenalkan perkara baru.
>
>Cuba kita tengok HomePage PAS atau Harakah, sudah kah kita
masukkan
>"Sesuatu
>Yang Berbentuk Menambahkan Keilmuan Kita". Mungkin jawapannya
kata
>"sudah".
> Ya sudah, tetapi "Yang Bagaimana", "Banyak Mana", "Tentang
Apa" dan
>"Sudah
>Lengkap atau Belum"..... baru teraba-raba, atau tercari-cari.
>
>Soal perlaksanaan, memang betul lah kena tunggu bila Islam
memerintah,
>tetapi bukan semua tentang Islam itu harus kena tunggu jadi
pemerintah baru
>di laksana. Banyak benda yang boleh di laksana dahulu yang tak
perlu
>tunggu
>jadi pemerintah. Sedangkan hak "Pemerintah" ni, hak "Allah",
kalau Allah
>maseh tidak membenarkan Islam memerintah, maka kita kena kaji
lah kenapa
>Allah maseh tak beri pada kita, mesti ada sebab. Bukan ke Islam
itu "Yang
>Terbaik", maka Allah akan pastikan Yang Terbaik itu ada dan
wujud, maka
>barulah Ia memberi laluan. Adakah kita sudah "Yang terbaik"?
>....Jawapannya..BELUM.
>Dari jawapan anda itu, sudah dan boleh saya nilaikan bahawa
jawapannya
>"BELUM".
>
>Memang tidak di nafikan PAS sudah berubah kepada "yang Lebih
Baik" dari
>sebelumnya. PAS meningkat (dari segi ROH ISLAM), ke satu anak
tangga, maka
>Allah memberi kemenangan pada PAS memerintah Kelantan. Kemudian
PAS
>meningkat ke anak tangga lagi, maka Allah memberi kemenangan
pula ke atas
>Trengganu. Tetapi "Maseh Belum Dikatakan Yang Terbaik",
sebagaimana yang
>Allah kehendaki.
>
>Kalau tidak, janganlah mengharap sesuatu "yang luar biasa" atau
>"keistimewaan" dari Allah. Jika tidak, ia akan menjadi milik
"Orang /
>Kumpulan Lain". Kita akan sama-sama tunggu dan lihat nanti.
>
>Sekian
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE
HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE
HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
)
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
)
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
Pengirim: "Hang Nawa" <[EMAIL PROTECTED]>