*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt..
  Komen yang membina, di harap sesiapa yang membaca nie dapat mengambil
iktibar dan bukannya mengambil hati :)



On Wed, 16 Feb 2000, Hang Nawa wrote:

> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalammualaikum....
> 
> Saya agak bersetuju dengan kenyataan saudara razman nie... kadang� orang PAS 
> peringkat akar umbi nie agak kasar sikit dalam kempen mereka nie... 
> contohnya masa pilihanraya 1995 dulu ada orang PAS yang kempen kakak saya 
> (yang memang berkarat UMNOnya) dengan berkata "kak, kita orang perempuan nie 
> datang bulan ke tak datang bulan ke kena sokong bulan jugak kak, kalau nak 
> masuk syurga" peh... akibatnya kakak saya nie telah berpatah arang dengan 
> PAS (walau pada mulanya berminat)... sampai saya pun tak lut nak 
> memujuknya... tak berjaya... ada jugak kakak saya yang lain ... terbuka 
> sedikit, dia dan suaminya sering pergi ke ceramah kedua� pihak... BA dia 
> pergi BN pun dia pergi... alasanya dia nak dengar dua� nak buat 
> perbandingan... tapi yang sedihnya bila dia pergi keceramah PAS... ada la 
> dua tiga kerat orang PAS nie yang tak paham, terus menengking... "weh kau 
> orang UMNO buat apa menyebok jek datang, pegi blah kauorang".... peh.... 
> satu lagidah merajuk... dan ditambah lagi kes-kes lain hasil pembawaan salah 
> orang PAS sendiri yang kurang toleransi sedikit... hasilnya... masa 
> piliharaya dia menjadi perayu undi UMNO di Shah Alam... hilang satu lagi 
> undi... maaf la dah puas saya pujuk dan kemukakan hujah� tapi bila dibalas 
> dengan contoh� diatas saya jadik susah nak jawap... habis� saya jawab... 
> "memang la perbuatan tu salah dan kurang bijak tapi... bla... bla...".... 
> ummm begitula nampaknya... dalam 12 orang adik beradik hanya 2 orang saja 
> yang menyokong BA... yang lain dah merajuk terus menyokong UMNO termasukla 
> ke2 ibubapa saya... yang sedihnya sebelum balik mengundi dapat amaran dari 
> bapak... "kau kalau setakat balik nak mengundi PAS, baik kau tak payah 
> balik-balik lagi... simpan lah duit minyak dan tol kau tu" peh...... terkedu 
> jugak saya... tapi saya balik jugak... tapi tak berapa sedap nak 
> berkempen... masa mengundi saya nekad pangkah bulan jugak....
> 
> saya mintak maaf la ya kalau komen saya nie mendatangkan rasa tak senang 
> dikalangan penyokong PAS, tapi saya ikhlas dalam memberi komen nie, orang� 
> PAS (termasuk la saya) haruslah menjaga tatatertib mereka bila berada dalam 
> masyarakat... saya harap komen saya tidak mendapat komen yang nagetif dari 
> netters semua....
> 
> >From: [EMAIL PROTECTED]
> >
> >
> >Assalamualaikum,
> >Saya amat tertarik dengan kenyataan cik Hasanah ni.  Islam itu adalah Yang
> >Terbaik dan hanya Yang Terbaik sahajalah yang boleh dan dapat
> >melaksanakannya.  Memang benar, kita ni masih jauh lagi kepada matlamat
> >"Yang Terbaik" ni.  Cubalah kita lihat kepada jemaah kita di dalam PAS ni
> >sebagai contoh.  Dapatkah kita benar-benar menghayati serta mengamalkan
> >segala sunnah-sunnah Rasulullah di dalam kehidupan seharian kita.
> >Kebanyakan dari kita, terutama sekali yang di peringkat akar umbi (termasuk
> >saya), memandang serong dengan orang-orang yang masih belum memasuki jemaah
> >kita.  Saya pernah berbual dengan beberapa orang dari UMMM;  ada di antara
> >mereka mengaku bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang murni setakat
> >ni.  Tetapi apa yang menyebabkan mereka ni masih enggan memasuki jemaah
> >kita ni adalah kerana mereka melihat para jemaah kita ni seolah-olah
> >memandang mereka dengan pandangan yang hina  hinggakan  senyum yang mereka
> >beri tidak berbalas.  Beginikah cara kita untuk menarik orang-orang di luar
> >sana yang ingin mendapatkan pedoman?  Beginikah cara kita hendak berdakwah
> >kepada mereka yang masih belum memahami akan perjuangan kita?  Saya rasa
> >jika beginilah cara kita berterusan, alamat jauh panggang dari api lah kita
> >dari matlamat kita yang sebenarnya.  Oleh itu, pada pendapat saya, adalah
> >baik sekiranya kita dapat menghidupkan kembali usrah-usrah di dalam qariah
> >kita guna untuk mentarbiah diri kita semua di samping saling
> >ingat-mengingati antara satu sama lain.  Saya percaya ada di antara kita
> >yang sudahpun mengamalkannya.  Saya juga percaya ramai lagi yang belum
> >terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar.
> >Wassalam.
> >
> >
> >
> >
> >"Hasanah Hassan" <[EMAIL PROTECTED]> on 16/02/2000 02:23:01
> >
> >Wahai saudara;
> >Saya kata "Dasar atau Polisi" bukan "Perlaksanaan".  Saya rasa saudara yang
> >tak faham. Cuba tengok kat manifesto PAS tu ade ke cadang nak ganti Cukai
> >Pendapatan dengan Zakat. Dah kita cuba nyatakan / ceritakan kepada umum apa
> >beza kedua-duanya.  Sudah ke belum ?. . Dah ada ke kita masukkan kedalam
> >WebSite?. Biar kita ni semua faham.
> >
> >Sebab kita tak explain lah maka timbul kekecohan sekejab, semasa Trengganu
> >cuba memperkenalkan perkara baru.
> >
> >Cuba kita tengok HomePage PAS atau Harakah, sudah kah kita masukkan
> >"Sesuatu
> >Yang Berbentuk Menambahkan Keilmuan Kita".  Mungkin jawapannya kata
> >"sudah".
> >   Ya sudah, tetapi "Yang Bagaimana", "Banyak Mana", "Tentang Apa" dan
> >"Sudah
> >Lengkap atau Belum"..... baru teraba-raba, atau tercari-cari.
> >
> >Soal perlaksanaan, memang betul lah kena tunggu bila Islam memerintah,
> >tetapi bukan semua tentang Islam itu harus kena tunggu jadi pemerintah baru
> >di laksana.  Banyak benda yang boleh di laksana dahulu yang tak perlu
> >tunggu
> >jadi pemerintah.  Sedangkan hak "Pemerintah" ni, hak "Allah", kalau Allah
> >maseh tidak membenarkan Islam memerintah, maka kita kena kaji lah kenapa
> >Allah maseh tak beri pada kita, mesti ada sebab.  Bukan ke Islam itu "Yang
> >Terbaik", maka Allah akan pastikan Yang Terbaik itu ada dan wujud, maka
> >barulah Ia memberi laluan.  Adakah kita sudah "Yang terbaik"?
> >....Jawapannya..BELUM.
> >Dari jawapan anda itu, sudah dan boleh saya nilaikan bahawa jawapannya
> >"BELUM".
> >
> >Memang tidak di nafikan PAS sudah berubah kepada "yang Lebih Baik" dari
> >sebelumnya.  PAS meningkat (dari segi ROH ISLAM), ke satu anak tangga, maka
> >Allah memberi kemenangan pada PAS memerintah Kelantan.  Kemudian PAS
> >meningkat ke anak tangga lagi, maka Allah memberi kemenangan pula ke atas
> >Trengganu.  Tetapi "Maseh Belum Dikatakan Yang Terbaik", sebagaimana yang
> >Allah kehendaki.
> >
> >Kalau tidak, janganlah mengharap sesuatu "yang luar biasa" atau
> >"keistimewaan" dari Allah.  Jika tidak, ia akan menjadi milik "Orang /
> >Kumpulan Lain".  Kita akan sama-sama tunggu dan lihat nanti.
> >
> >Sekian
> >
> 
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Hang Nawa" <[EMAIL PROTECTED]>
> 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke