*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Saya pun rasa terpanggil jugak la nak bagi pendapat
tentang perbincangan ni. Mula mula nak dok diam saja,
tapi sebab tengok dah jadik rancak perbincangan ni
maka nak tumpang sekaki:-)
Mula mula masa nak mai sini, kami pun tengok jugak
antara UK dan US. Malah dah nak pi sangat sangat ke
Warrick atau Nottingham kat negara Queen tu. Orang
kampung pun dah tau kata kami nak ke UK. Cuma last
minute tak tau lagu mana, entah apa mimpi....maka
tercampak di US. :-)
1. Kesemua pendapat yang dikemukakan oleh para netters
adalah benar dan betoi belaka sebab benda ni sangatlah
subjektif dan bergantung kepada diri masing masing.
2. Perlulah diingatkan bahawa degree atau diploma
hanya lah lesen sahaja. Macam lesen memandu. Bila dah
dapat lesen tu, maka terpulang pada kita nak buat apa.
Jadinya tak jadi masalah nak pi mengaji dimana saja.
Tak kiralah samada local univ, Indonesia, Ostrolia, EU
( UK ),North America (US/Can), Timur Tengah, Jepung
atau India sekali pun.
Yang penting bila dah graduate, apa kita nak buat
dengan degree tu ?...
3. Semasa saya terperusuk di HRD disalah sebuah firma
dulu, saya menginterbiu berbagai bagai jenis bakal
employee yang berkelulusan dari segala ceruk rantau
dunia. Terus terang saya nak habaq, saya langsung tak
pandang candidate tu graduated dari ulu mana sekali
pun. Apa yang penting ialah samada dia ni boleh
menyumbang kepada gol dan objektif yang dikehendaki
oleh kompeni tersebut? Dan juga samada hamba Allah ni
boleh menjadi aset yang baik untuk kompeni dan boleh
menjadi manusia yang cemerlang. Sangatlah malang, bila
ada depa depa yang graduated dari Top 25 US
Universities dan Top 20 UK Schools yang membuatkan
timbul rasa ragu ragu tentang kebolehan dan keupayaan
depa ni semua.
4. Apek- apek yang tak pi ke US atau UK ( atau mana
mana U) tu pun malah lebih berjaya dari kebanyakan
dari kita semua. Apakah rahasia apek ni semua ? Lagu
mana depa ni semua tak ada degree sedangkan kita penuh
degree/diploma/sijil di dinding tak boleh berjaya sama
dengan depa ni??? Cuba mai kita pakat pakat renung sat
??
5. Bila mai ke bab pengkhususan ( specialization)
samada untuk phd atau masters, maka kita kenalah
tengok sekolah mana yang paling pakar dalam bidang
yang kita nak buat tu. Tak kira lah samada di UK atau
US atau
tang mana sekali pun. Kalau kena pi duk bertapa dengan
Wali Songo sekali pun akan membuatkan kita pakar dalam
bidang tu, maka kesitulah kita bawa bertih dan tikar..
Akhir kata perbahasan/ perbincangan antara US dan UK
atau sekolah mana sekali pung tak akan berkesudahan.
Kalau dalam bidang akademia di universitas, malah
benda ni dibincangkan siang dan malam sampai nak makan
roti canai dan nasi lemak pun jadi tersedak. Depa depa
yang mengaji di UK akan kata, sekolah depalah yang
paling baik dan baguih dan....yang mengaji di US pulak
kata..maka depalah yang paling canggih dan handal. Tu
tak campur lagi dengan yang dari Ostrolia dan lain
lain sekolah lagi. Dalam celah celah tu dok lawan
debat dan lobi dan akhir sekali......tujuan sebenar
menuntut ilmu tu semua pakat pakat dah lupa.....
In conclusion..wah macam debat antara sekolah menengah
pulak dah...apakah dengan adanya degree ni kita semua
akan jadik manusia yang lebih cemerlang, lebih
bijaksana, lebih baik di dunia dan di akhirat..??
Seperti kata sahabat kita sedara/i Tebuan, kalau takat
nak main salji putih, kat Bukit Cerakah pun ada dan
kalau nak makan ham, sausage, pork chop, bacon dsb nya
di Pasar Pudu pun ada !!!!
Wassalam
Adam
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
>
> Benar sungguh pendapat hangpa semua. Kalau dapat
> dirumuskan; susah senang belajar kat mana2 pun,
> banyak bergantung pada kemahiran diri mengurus masa.
>
> Selain dari pengalaman belajar dalam suasana yang
> berbeza, orang2 yang belajar diluar negara sudah
> semestinya punya pengalaman unik: Seperti pertama
> kali
> keliling dunia atas kapal terbang. Makan daging tak
> sembelih (terutama tahun 70/80 semasa muslim
> community
> tak ramai). Tinggal bersama makbapak angkat mat
> salleh. Sedih sayu bagai nak pecah jantung tak
> dapat
> jumpa keluarga beberapa tahun. Kehabisan wang sebab
> enjoy terlebih sangat. Berbaris untuk corn-boils.
> Garage sale. Terpaksa berdepan dengan professor yang
> racist. Main salji, dsbnya.
>
> Dalam negeri pun bukan tak ada cabaran. Pernah satu
> ketika dulu heboh pasal diskriminasi oleh professor
> bukan melayu terhadap pelajar melayu. Dan juga kes
> diskriminasi macam yang dialami oleh kawan kita jiwa
> merdeka tu (kalau duit banyak tentu lain ceritanya).
> Jatuh cinta masa belajar toksah cakap lah (kat luar
> negara susah sikit nak jatuh cinta khabarnya pasal
> suppy kureng). Antara yang amat bagus kat dalam
> negeri
> ni, untuk 1st degree/diploma ada program penempatan
> di
> syarikat swasta. Ini memberi pendedahan awal kepada
> pelajar, mengenai apa yang mereka akan hadapi di
> dunia
> pekerjaan nanti (di luar negara, mungkin ada mungkin
> tiada). Nak main salji...eleh, tak payah oversea,
> kat
> Bukit Cerakah pun ada entah2 satu hari salji turun
> kat
> sini macam di Baitulmaqdis, sapa tau). Skating ring
>
> pun ada di KL (nak challenge skate dengan teman,
> silap
> bagitau). Water world dan theme park pun ada - tak
> payah pergi Florida. Yang terbaru, kita orang ada
> Megamall. Lu orang mana ada. Sears Tower kat
> Chicago
> pun orang dah tak pandang dah. London bridge pun tak
> sehebat Penang bridge. Bangunan macam Opera House di
> Australia pun kita orang dah ada (dekat Tasik
> TTwangsa) ....hehehe. Malah benda yang tak ada
> sebelum
> ni pun dah muncul di Malaysia, seperti kemunculan
> ikan
> Arapaima yang hanya terdapat di sungai2 Amerika
> Selatan
> (eh eh...dah melencung kelain pulak ni...where was
> I?).
>
> Sijil saja memang tak menjamin kejayaan. Tapi tak
> ada sijil, lagi sukar untuk berjaya. Apa nak buat
> dah kehendak alam pekerjaan macam tu. Itu pasal nak
> kena cari sijil.
>
> Wassalam
>
>
>
> ---- you wrote:
> >
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Hebat gak UKM. :)= Memang saya tak tahu.
> Pendapat saya berlatar-belakangkan waktu study saya
> 91-95 dulu.
> >
> > Sebut pasal UK vs USA ni, saya rasa kat kebanyakan
> bandar di UK, di England khususnya, senang untuk
> mendapatkan makanan halal dan bahan
> masakan/rempah-ratus masakan Asia Tenggara. UK pun
> tak besar/luas sangat macam US,
> > bermakna masyarakat Islam lebih mudah berhubung
> antara satu sama lain (secara fizikal le).
> >
> > -ikhwan
> >
> > "Lokman Omar (EMY)" wrote:
> >
> > > Kat UKM ada Wafer fabrication machine jugak
> tahun 1994 (awal 90an), in fact ada electron beam
> lithography system capable of directly writing micro
> patterns on silicon wafers (3 micron
> technology).Clean room class 100.
> > >
> > > -----Original Message-----
> > > From: Ikhwan Helmi
> [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> > > Sent: Monday, February 14,
> 2000 4:05 PM
> > > To: Dr. Esmady
> > > Cc: Mohd Isa Khadis;
> [EMAIL PROTECTED]
> > > Subject: Re: H-Net*
> Lulusan UK versus USA...
> > >
> > >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> > > { Hantarkan mesej anda
> ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > > { Iklan barangan?
> Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > PAS : KE ARAH
> PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamu'alaikum,
> > >
> > > Saya rasa mereka yang belajar di
> luar negeri ni memang ada pengalaman lebih,
> > > jika kita nak memanfaatkan
> pengalaman tersebut lah. Di antaranya...
> > >
> > > Pengalaman pembelajaran yang
> khusus... Di dalam bidang pengajian tertentu,
> > > beberapa universiti luar negeri
> dapat menawarkan suasana dan pengisian
> > > pembelajaran yang lebih baik.
> Awal 90an dahulu, sebagai contoh, terdapat
> > > beberapa universiti di UK yang
> ada 'Wafer fabrication machine'. Rasanya la ni
> > > kat Malaysia, MIMOS je yang ada
> mesin tersebut. Lagi satu, banyak universiti
> > > yang bekerjasama dengan
> syarikat-syarikat swasta di dalam bidang R&D. Di UK
> > > setiap tahun terdapat Universiti
> Poll di mana salah satu kriteria pentingnya
> > > adalah tahap R&D universiti
> tersebut. Projek-projek berlatar-belakangkan R&D ni
> > > mungkin dapat membantu di dalam
> pekerjaan kita kelak.
> > >
> > > Kita dapat bergaul dengan
> masyarakat Islam luar negeri (jangan la bergaul
> sesama
> > > orang Melayu je) dan melihat
> Islam dari sudut global dan bukannya setakat
> > > mengetahui Islam dari acuan
> Melayu/Malaysia semata-mata. Ianya dapat menolong
> > > kita untuk mengkaji Islam dengan
> lebih mendalam dan bukan sekadar Islam
> > > ikut-ikutan sahaja.
> > >
> > > Kita juga dapat melihat Malaysia
> dari 'luar'. Ni saya tak payah komen
> > > banyak-banyak la ye.
> > >
> > > Tapi keburukannya ada juga,
> terutamanya bagi mereka yang tiada asas Islam yang
> > > kukuh. Ujian dan cabaran hidup
> di negeri Barat ni hebat-hebat belaka. Tapi...
> > > bila kita renungkan, kat KL la
> ni memang dah banyak dah unsur2 kehidupan barat
> > > yang tidak sihat ni. Entah le...
> > >
> > > Sekadar berkongsi pengalaman...
> Belajar di USA pun lebih kurang sama gak kot...
> > >
> > > -Gua Tempurung-
> > >
> > > "Dr. Esmady" wrote:
>
=== message truncated ===
=====
**Berhati hati di jalan raya Pandu Cermat Jiwa Selamat**
*********************************************************
>>>>>>> 'EID UL FITR' MUBARAK <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>