*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (22)
Assalamualaikum,
Pemuda Bani Tamim- Mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan?
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan
kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai
iktibar/pengajaran)" (Ali Imran: 140)
Sabda Rasulullah SAW: "Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi
sebelah Timur." (tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh
Sayid Hasan Ali An Nadwi)
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan
kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini.
As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; "Kepemimpinan dunia dipegang
secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat."
Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara
Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat),
bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur),
dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi
hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal
menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah
jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa
tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual
) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan
pertolongan ALLAH itu. (Ar Rum: 2-4)
Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai
dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah
SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan
kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan
Allah SWT jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin
bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan
pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur
kepada umat Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan
dunia kepada bangsa-bangsa.
Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah
dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa
oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali
mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika saya
meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur
jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya
Malaysia.
Pada realitinya, pengamalan Islam yang paling menonjol dan meriah terdapat
di Malaysia, diikuti di Indonesia. Oleh kerana Indonesia menerima serangan
kristian yang dahsyat, kini Malaysia mendahului kebangkitan Islam tersebut.
Lihatlah di negara-negara lain di sebelah Timur ini jika kedapatan Islam
seumpama di Malaysia.
Saya perkatakan perkara ini di sudut kesedaran dan pengamalan Islam di
Malaysia, bukan di sudut pemerintahan yang sekuular. Kebangkitan Islam di
Malaysia dipelopori oleh gerakan dakwah, bukan oleh parti-parti politik.
Kesedaran, kefahaman, penghayatan dan amalan Islam berlaku secara aman
menembusi setiap lapisan masyarakat. Sistem-sistem hidup secara Islam yang
telah dibina oleh badan-badan dakwah menjadi amalan masyarakat. Pengaruh
inni berterusan sehingga mampu menukar Malaysia ke wajah Islam yang total.
Parti politik Isla telah wujud lebih awal sedangkan badan-badan dakwah mula
aktif dipenghujung 60'an. namun hasil perjuangan badan dakwah lebih menonjol
berbanding parti politik. Hatta beberapa "kemenangan" yang diperolehi oleh
parti politik itu juga hasil kesedaran masyarakat kesedaran Islam yang
digembur subur oleh gerakan dakwah. Tidak perlu disenaraipanjangkan apakah
bentuk kesedaran dan pengamalan tersebut kerana ia sedang berlaku di hadapan
mata kita.
Ya, memang kita lihat sekarang ini paling menonjol kebangkitan Islam itu
ialah di Malaysia, negara kita yang tercinta ini. Kemudian diiringi
kebangkitan itu oleh Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Orang Timur
sedang sibuk mengamalkan syariat Islam di waktu bangsa-bangsa lain sekalipun
orang Arab sedang lemah sekali.
Saudara-saudari sekalian,
Janganlah kita terkejut kalau saya katakan barangkali Pemuda Bani Tamim itu
sudah lahir. Sebab kebangkitan yang begini menonjol tentunya ditangani oleh
seorang yang bukan sebarang orang. Orang yang Allah dan Rasul sendiri
menunjukinya. Tentu pula saudara-saudari tertanya-tanya apa logiknya Pemuda
bangsa Arab itu ada di Timur? Pada saya begini:
Kaum keluarga Rasulullah SAW memang asalnya berada di Tanah Arab sana.
Tegasnya, mereka ramai berada di Makkah. Tetapi bukankah lebih kurang 100
tahun yang lalu, Makkah telah diserang oleh puak wahabi dari kalangan puak
badawi? Puak itu kerana mahu melenyapkan mazhab-mazhab dalam Islam telah
membinasakan pengamal-pengamal mazhab yang menguasai Makkah waktu itu. Maka
yang sempat lari, larilah orang-orang Arab ini terutama mereka dari
keturunan Bani Hasyim ke merata-rata tempat khususnya di Timur terutamanya
di Tanah Jawa, Indonesia. Dan mereka terpaksa menyembunyikan keturunan
mereka, kerana takut diburu oleh puak-puak wahabi, musuh Islam yang
merosakkan Islam atas nama Islam itu. (Inilah yang Rasulullah SAW maksudkan
dalam Hadisnya, keluarganya ditimpa kebinasaan). Itupun jejak mereka masih
diburu.
Apakah saudara-saudari tidak terfikir bahawa usaha-usaha untuk
mengkristiankan dan mengwahabikan Indonesia secara serius itu adalah usaha
yang halus tajaan Yahudi dan nasrani untuk membunuh kebangkitan Islam yang
mungkin terjadi di sana? Malaysia seperti tidak dipedulikan sangat oleh puak
wahabi dan kristian itu kerana bangsa Malaysia bukan bangsa pejuang. Lagipun
negara Malaysia dilihat tidak begitu berpotensi untuk kebangkitan itu.
Kerana negara ini adalah anak emas penjajah.
Maka dalam keadaan itulah putera-putera Arab dan Jawa itu berhijrah ke Tanah
Melayu. Membawa bersamanya perjuangan Islam yang disembunyikan. Yang
diperturunkan pula pada generasi anak cucunya. (Menurut seorang netters,
Tanah Melayu bermaksud tanah orang pelarian dalam bahasa Jawa)
Maka Allah SWT telah mentaqdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam
di Timur seperti yang disabdakan. Mana tahu kalau salah seorang dari Bani
Tamim itu, pindah ke Malaysia, berkahwin campur dengan orang-orang tempatan,
kemudian melahirkan anak lelaki yang masih berdarah Quraisy itu. Sekalipun
rupa lahirnya tidak lagi Arab yang tulen. Ini sama sekali tidak mustahil.
Yang penting ialah watak dan hasil perjuangannya.
Maka toiffah yang dipimpin dan diperjuangkan itu hampir mencapai
kesempurnaan (menerima kekuasaan di Timur) apabila telah mencukupi
syarat-syaratnya. Bagi saya mereka sedang berada di fasa ke-3 perjuangan dan
telah hampir ke fasa ke-4 iaitu mendapat kuasa pemerintahan.
Memang saya sedar dan ramai lagi umat Islam terutama ulama-ulama Arab
mengira bahawa kebangkitan Islam di Khurasan itu dipelopori oleh bangsa Iran
atau Iraq atau lain-lain bangsa Arab di negara Arab. Tetapi ternyata bahawa
revolusi Islam Iran sudah tamat riwayatnya. Khomeini pergi sebelum Imam
Mahdinya keluar dari persembunyiannya. Iran kembali menjadi negara yang
tidak Islamik masyarakatnya. Iraq juga kelihatan tampil sekejap untuk
memukau dunia. Tetapi cuma seketika, Iraq hancur lebur kemudiannya oleh
bom-bom Amerika dan sekutu-sekutunya.
Mana ada lagi negara Arab yang nampak berpotensi waktu ini? Yang pasti
Malaysia sedang mengepalai semua dalam usaha mengIslamkan masyarakatnya.
Sebab itulah saya cukup yakin bahawa negara Timur yang dikatakan oleh
baginda Rasul itu ialah Malaysia. Panji-Panji Hitam itu pun jangan-jangan
dari Malaysia. Dan mana tahu Pemuda Bani Tamim itu juga orang Arab yang
dilahirkan di Malaysia? Pun tidak mustahil bahawa pemimpin itu juga akan
membawa panji-panjinya ke Khurasan.
Dan moga-moga Negara Islam mirip salafussoleh yang akan mula-mula tampil di
dunia di akhir zaman ini adalah Malaysia. Ya, dengan kuasa Allah yang
terlalu Maha KuasaNya, moga-moga juga Malaysialah yang diserahkan kuasanya
oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdi (seperti yang digambarkan di dalam
Hadis).
Marilah kita berdoa agar perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Allah
SWT boleh berbuat apa saja- "Kun faya kun". Bukankah Allah sendiri yang
telah melepaskan Uzbekistan dan lain-lain negara dari jajahan komunis tanpa
campurtangan sesiapa? Sedangkan negara-negara itu sudah tujuh puluh empat
tahun digenggam erat oleh komunis. Bukankah terjadinya krisis di dalam UMNO
dan parti-parti politik yang sedang berlaku kini juga taqdir yang pasti
berlaku? Sekalipun tiada siapa memintanya. Moga-moga dengan janji-janji itu
pun, akan menjadi nyata di bumi yang bertuah ini!
Akan datang: UMNO pasti hancur binasa, siapa penggantinya?
Salam kasih sayang umat Islam sejagat,
Wassalam,
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>