*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (21)
Assalamualaikum,
Pemuda Bani Tamim- Di manakah Khurasan?
Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta
dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan
Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil
Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke
Yunnan.
i. Kabul, Afghanistan.
Kabul merupakan pangkal Khurasan. Ketika ini perang saudara sedang berlaku
di antara puak-puak mujahidin yang saling bertentangan. Puak syiah yang
disokong Iran dan wahabi sokongan Arab Saudi sedang berentap bermati-matian.
Mereka telah berjuang lama untuk membebaskan Afghanistan dari penjajah
Komunis Rusia, dan mereka berjaya mengusir komunis. Malangnya mereka terus
berperang sesama sendiri. Kini Afghanistan dikuasai oleh Taleban.
Di celah-celah berkecamuknya perang saudara itulah bakal munculnya golongan
Asoib sepertimana yang dinyatakan oleh hadis. Golongan ini tidak terlibat
dalam krisis tetapi memendam kekuatan. Untuk mereka ada tugas besar
mengibarkan panji-panji hitam yang dijadualkan. Mereka inilah yang akan
mudah menerima orang Timur.
ii. Pakistan
Hanya sebahagian kecil sahaja yang termasuk di dalam peta Khurasan, iaitu
wilayah-wilayah yang dekat dengan Kota Islamabad.
iii. Yunnan
Yunnan adalah salah sebuah wilayah di China yang penduduknya banyak menganut
Islam selain Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. Di Yunan terdapat sekitar
4 juta umat Islam. Malangnya Islam di sini begitu lemah hingga kebanyakan
umatnya telah lupa syahadat dan lupa nama Islam mereka. Ini akibat kelalaian
ulama mereka yang kemudian disambung dengan kedatangan Komunis. Walaupun
demikian, jika dibanding dengan agama-agama lain, Islam masih hidup dan
terus membara di China. Akar tunjang aqidah umat Islam tetap tidak tercabut.
Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka..
Kini masjid-masjid tumbuh mercup sedang kuil-kil tidak lagi dibina. Mereka
masih inginkan Islam dan amat senang sekali menerima kedatangan orang Islam
dari luar.
iv. Uzbekistan
Ia telah bebas dan merdeka dari Soveit Union. Wilayah-wilayah utamanya ialah
Samarkhand, Bukhara, Tirmez dan lain-lain. Ibukotanya Tashkent. Bumi
Khurasan ini telah pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari,
Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam
Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain.
Selain pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam, ia berkembang sebagai
pusat ilmu sains, matematik, optik, geografi, astronomi dan lain-lain lagi.
Telah lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al Biruni, Ibnu Rusyd,
Ali syir dan Umar Khayyam.
Di segi keIslaman, ilmu dan pengamalan muslimnya lebih baik dari muslim di
Yunnan. Uzbekistan lebih mampu melahirkan kader-kader perjuangan Islam yang
berpotensi dan berkualiti. Lebih-lebih lagi ia berhampiran dengan
kawasan-kawasan umat Islam yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan,
Turkmenistan dan Khirghiza. Kembalinya negara-negara ini kepada Islam secara
total sangat dibimbangi oleh Barat. Negara-negara ini punya kekuatan
ekonomi, bahan mentah, tenaga manusia dan senjata. Tetapi kekuatan yang
lebih digeruni oleh Barat ialah Islam.
Negara "Ma waraa unnahar"-negeri di sebalik sungai ini kini sedang marak
pengamalan Islamnya. Keadaan yang tidak bergolak dengan peperangan
memudahkan lagi Islam diamalkan setelah lama berada di bawah Komunis. Di
bumi inilah panji-panji hitam akan diterima, dan di sini juga terdapat
figure yang dikenali sebagai Al Haris Harras yang tersebut di dalam hadis.
Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur
adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah
pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan
adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan
bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah
tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur
dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang
ditunggu-tunggu selama ini.
Penyatuan ini tepat seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW, sama ada
dari segi masa, tokoh yang terlibat, cara dan bentuknya.
Ini berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk seluruh dunia amnya.
Satu berita baik yang bakal menjadi realiti di awal kurun hijrah ke-15 ini.
Ia pasti berlaku!
Wassalam,
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>