*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,
Warga Hizbinet yang saya hormati,

1. Ajaran dibawah ini tentang Nabi Muhammad bukan penutup kenabian adalah  
ajaran sesat oleh puak Ahmadiyah yang diajar oleh MIrza Ghulam Ahmad Qadiani 
yakni  nabi palsu yang dilantik oleh pihak british untuk menghancurkan 
perjuangan jihad umat islam di benua kecil india di zaman penjajahan.

2. Hadis '"kaifa antu izanazala ibnu Maryama fikum wa imamukum
minkum" (bagaimanakah keadaan kamu apabila ibnu maryam turun dikalangan kamu 
  dan manjadi imam kamu dari kamu sendiri' kalau tak salah saya diriwayatkan 
oleh Bukhari tetapi tidak ada 'wa'(huruf wau) yang berarti "dan". Hadis ini 
popular dikalangan Ahmadiyah jika berdebat dengan umat Islam tentang Nabi 
Isa as. Huruf wau ini saya kira tambahan yang dilakukan oleh golongan 
Ahmadiyah ini. Perdebatan mereka dengan Persatuan Islam Bandung pada tahun 
1933 ada dikeluarkan oleh Persatuan Islam Bandung. Saya tidak ada 
simpanannya. Mungkin warga Hizbinet yang mempunyai buku tersebut dapat 
melihat hujah hujah Persatuan Islam Bandung dalam menolak dakyah Ahmadiyah 
ini dan forwardkan ke sini untuk manafaat kita bersama.

3. Tentang Nabi Isa diangkat oleh Allah, ada tersebut dalam surah An-Nisa 
kalau tak salah saya ayat 158 atau 168 (maaf saya tak ada rujukan sekarang). 
Dan para mufassir juga berselisih tentang di mana Nabi Isa di angkat ini. 
Ada yang mengatakan di langit dll dan ada juga yang mengatakan baginda di 
wafatkan. Tapi ada hadis riwayat dari Ibnu Katsir yang mengatakan Nabi Isa 
tidak wafat.

InsyaAllah akan saya sambung bila rujukan telah ada ditangan saya.

Sekian Wassalam
kb

>>
>
>sekarang ini kita sudah berada di perinngkat akhir zaman. kerajaan  yang
>adil hanya akan ujud apabila umat islam atau majoriti umat manusia sudah
>menerima imam mahdi dan nabi Isa yang dijanjikan diutus di akhir
>zaman.inilah allah swt yang dilahirkan oleh rasulullah saw.umat islam
>khasnya, keliru dengan fahaman yang yang diberikan oleh
>para bijak pandai Islam bahawa nabi Isa hidup di atas langit dan akan turun
>apabila dunia sudah hampir kiamat dan sementara itu pula nabi tidak akan
>diutus lagi kerana rasulullah saw adalah penutup nabi-nabi. kedua-dua
>fahaman ini salah sebab tidak ada nas dalam alq2uran bahawa nabi isa
>diangkat ke langit masih hidup di sisi Allah swt. ini adalah fahaman umat
>kristian. oleh itu uamt islam sejak sekian lama mendokong kepercayaan 
>ajaran
>kristian. dalam alquran juga tidak ada nasnya bahawa nabi tidak diutus 
>lagi.
>salah satu sifat Allah swt adalah "MURSAL" yakni sentiasa mengutus rasul
>apabila umat manusia berada dalam kehancuran seperti hari ini.Demikian juga
>dalam alquran nabi isa as telah wafat(rujuk surah almaidah: 116-117 atau al
>imran:55). dalam hadis pula dikatakan bahawa nabi isa as yang dijanjikan
>diutus diakhir zaman adalah dari umat islam sendiri, sepertimana sabda
>rasulullah saw, "kaifa antu izanazala ibnu Maryama fikum wa imamukum 
>minkum"
>(bagaimanakah keadaan kamu apabila ibnu maryam turun dikalangan kamu dan
>manjadi imam kamu dari kamu sendiri) . dalam hadis ini terdapat perkataan
>"minkum" yang bermakna "dari kamu".
>sebaik sahaja nabi Isa turun dan kemudian wafat, maka seperti sunnah
>rasulullah saw, sistem khilafat akan bermula dan berterusan hingga dunia 
>ini
>dikiamatkan allah swt. umat hanya akan bersatu apabila mereka beriman 
>kepada
>nabi isa yang dijanjikan di akhir zaman adalah dari umat islam sendiri dan
>rasulullah bukanlah penutup nabi-nabi.
>
>kebangkitan islam islam terletak kepada masaalah kewafatan nabi isa a.s ada
>dua masaalah pokok di sini:
>1. jika umat islam berkeyakinan bahawa nabi isa hidup diatas langit 
>bermakna
>mereka tidak akan dapat mengenal nabi isa sebenarnya malahan merekan akan
>menolaknya dan lebih dari itu akan cuba mengahpuskannya seperti mana yang
>berlaku kepada semua rasul-rasul sebelumnya. ini akan merugikan umat islam.
>2. umat kristian secara mejoriti tidak akan dapat menerima islam kerana 
>umat
>isalm sendiri akan menunggu kedatangan nabi mereka.
>3. umat islam akan lebih ramai dan lebih mudah bertukan agama kepada agama
>kristian sepetimana yang berlaku di Indonesia (beribu-ribu umat islam masuk
>kristian). Umat kristian mengambil kesempatan bertabligh kepada umat  islam
>sehingga tok-tok haji pun mesuk kristian. hal inmi tidak dapat dibendung
>selagi umat islam masih percaya nabi isa hidup di atas langit.
>
>umat kristian bertabligh kepada uamt islam dengan mudah sperti contoh 
>dialog
>di bawah ini:
>k- sekarang bayang terdapat dua kapal terbang. satu ada pilot dan satu lagi
>tidak ada, yang mana satu kamu ikut?
>I- mestilah yang ada pilotnya.
>k- sekarang cuba fikir, nabi kamu sudah mati dan nabi saya masih hidup dan
>awak pun sedang menunggunya. kalau dia turun awak pun akan ikut dia. kalau
>begitu lambat laun awak akan masu kristian juga, baik terima kristian
>sekarang.
>
>begitulah cara orang kristian bertabligh kepada orang islam. macamana umat
>islam hendak bertabligh kepada umat kristian, jika kepercayaan sama sahaja?
>fikirkanlah hal ini dengan mendalam. ikutilah ajaran alquran yang sebenar.
>
>umat islam hendaklah berfikiran terbuka, jangan cepat melenting atau
>menerima bulat-bulat sesuatu yang dikatakan oleh seseorang yang dianggap
>pakar dalam masyarakat. tidak semua yang mereka katakan itu betul. lihat
>sahaja keadaan umat islam hari ini berpecah belah disebabkan oleh oranng
>yang pakar bercanggah dengan idiologi atau pendapat sehingga sanggup
>bernuh-bunuhan sesama sendiri. apabila tidak bersetuju dengan pendapat
>seseorang dengan mudah sahaja mengeluarkan fatwa kafir tanpa usul periksa.
>sedangkan masaalah kafir adalah menyentuh keimanan dan ini adalah urusan
>allah swt.
>jika kita mendengar sesuatu hendaklah kita menelitinya dengan saksama
>terlebih dahulu. Allah berfirman, "hai orang-orang yang beriman jika datang
>kepada mu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan
>teliti...."-49:6.
>"janganlah kamu berkata sesuatu terhadap orang lain yang kamu sendiri tidak
>tahu kedudukan yang sebenarnya. sesungguhnya telinga, mata dan hati akan
>ditanya di dalam perkara ini- Ban Israel:36
>
>
>
>Sepatutnya kita tidak perlu melenting kalau benda tu untuk kebaikan kita
>>juga.  Bukan ke kita ni selalu komen kerajaan, itu tak betul, ini tak
>>betul, jadi kalau ada orang tegur kita, maka cuba-cubalah kita betulkan.
>>Bukan ke kita perjuangkan "Islam", dan Islam itu perjuangkan "bersih".
>>  Kita di suruh "bersihkan diri dan tempat", tapi malangnya orang yang
>>menyuruh, tak pula membersihkan diri dan tempat.  Takut nanti orang kata
>>"hanya berilmu tanpa beramal".
>>Lainlah kalau BN, yang tidak sungguh-sungguh perjuangkan Islam, malah
>>banyak ketika di sebaliknya pula, jadi tak lah di kira salah kalau ada 
>>yang
>>"Tidak Bersih".
>>
>>
>>-----Original Message-----

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke