*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

     KENYATAAN MEDIA FORUM MALAYSIA UK & EIRE (FMUKE)

Forum Malaysia United Kingdom & Eire (FMUKE) yang mewakili gabungan
persatuan dan badan kebajikan pelajar Malaysia di seluruh United
Kingdom dan Ireland mengecam tindakan Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi yang menyekat permit penerbitan akhbar Harakah kepada dua
minggu sekali.

Sikap dan tindakan tersebut benar-benar menonjolkan kehodohan
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah
membalas dendam di atas kekalahan teruk pakatan tersebut pada
pilihanraya yang lalu. Ia juga menggambarkan sikap kedegilan mereka
untuk menerima hasrat dan pandangan rakyat yang menuntut perubahan
dilakukan terhadap sistem pemerintahan negara.

Langkah mundur ke belakang ini bukan sahaja menyekat kebebasan
berakhbar di negara ini bahkan menutup ruang kepada rakyat dari
mendapatkan maklumat alternatif mengenai keadaan politik, ekonomi
dan sosial di negara ini.

Tindakan ini bahkan bercanggah dengan hasrat dan aspirasi kerajaan
sendiri yang berusaha menjadikan  Malaysia sebagai masyarakat yang
berilmu, bertamadun dan bermaklumat selaras dengan perkembangan
konsep dunia tanpa sempadan.

Sekatan ini juga mencerminkan betapa tidak demokratiknya layanan
yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap parti-parti pembangkang.

Sebagai golongan terpelajar daripada berbagai golongan dan
fahaman yang dianugerahkan Allah SWT dengan akal yang celik, kami
berpendapat tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri itu
tidak akan menyelesaikan masalah yang dicipta dan dihadapi oleh
pemerintah sendiri. Kami percaya banyak lagi masalah yang akan
dihadapi oleh pemerintah hasil daripada tindakannya itu.

FMUKE dengan ini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar
mengembalikan semula permit penerbitan Harakah seperti sediakala dan
juga turut memperbaharui permit-permit penerbitan majalah-majalah
lain seperti Detik dan Tamadun.

FMUKE juga menuntut agar kerajaan BN memberikan layanan yang adil
dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman
politik, agama dan bangsa.

Zulkifli Hj Yussof,
Pengerusi FMUKE.



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pak su" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke