*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [<mailto:[EMAIL PROTECTED]>]
Sent: Tuesday, February 29, 2000 9:52 PM


ISTERI SELALU NAK IKUT

Kita bergegas-gegas nak ke kedai beli barang keperluan yang dipesan oleh
isteri kita tadi sedangkan pada waktu yang sama kita ada temujanji dengan
rakan sepersatuan / sejamaah. Disebabkan isteri kita tak boleh beli sendiri
barang keperluan itu maka kita pun setuju membelinya. Tapi sedang kita dah
bersiap nak keluar ke pintu, isteri kita pun dengan lembut dari belakang
bersuara, "Abang, nak ikut". Kita tengok pakaiannya masih lagi pakaian nak
masuk tidur kemudian kitapun tengok jam di tangan untuk memberitahu padanya
yang kita dah tak ada masa. Ada hal penting selepas ini.
  Ada dikalangan kita yang mula naik berang,"Tak payahlah, Abang nak cepat
ni".Dengan melangkah laju ke kereta meluncur keluar ke tempat yang dituju.
Maka merajuklah si isteri yang mula-mula nak bermanja tadi. Bagi di kalangan
kita yang lembut sedikit, akan berkata, "Siap cepat, Abang dah lambat ni".
Maka si isteri tadi pun bergegaslah dia ke dalam bilik tidur untuk mengambil
pakaian dan tudungnya (Boleh dalam 5 minit). Bila anak yang kecil tu nampak,
semua pula nak ikut (Boleh dalam 5 minit lagi).. Kita pun dah 10 kali tengok
jam ditangan. Mana-mana dikalangan kita yang cepat hot, akan mula meninggi
suara dan terus ke kereta dan menghidupkan enjin. Mana yang keras dari ini
akan memicit hon dengan air muka mula naik macam cuka.
  Bila si isteri masuk duduk disebelah, dia pula naik kecut sebab muka kita
dah masam mencuka. Ada dikalangan kita yang membebel-bebel marah sebab
lambat.Akhirnya, harapan siisteri menagih belaian kemanjaan dari suami yang
dicintainya itu, punah beterbangan bersama-sama habuk jalanan digilis tayar
kereta kita yang melaju itu.
  Mengapa boleh terjadi demikian? Kita suami-suami ni memang manusia yang
sentiasa sibuk. Apabila diminta oleh isteri membuat perkara-perkara "remeh"
seperti membeli barang dapur, yang sangkaan kita perkara itu dia pun boleh
buat, maka kita pun naik runsing. Mulalah datang persoalan di hati kita,
mengapalah isteri kita ni terlalu "bergantung" pada kita.Bertambah runsing
lagi, bila "start" saja kereta, dia pun nak ikut.
   Tapi kalau kita lihat pula dari perspektif mereka, inilah peluang nak
bermanja dengan kita. Terutama sekali jika isteri kita yang
full-time-house-wife. Yang paling diminati ialah duduk di kerusi sebelah
pemandu. Pandangan masyarakat kita, duduk di sebelah dalam satu kereta
adalah satu pengiktirafan sosial menunjukkan yang kedua insan itu sedang
bercinta. Sedang dalam ayunan kasih.  
    Ada juga budaya dikalangan kita yang menyuruh isterinya duduk dibelakang
sebelah kiri pemandu. Mungkin dengan alasan agar senang dia menjaga anak dan
lebih selamat. Tetapi pernah tak kita tanya isteri kita, kerusi mana
pilihannya. Kebanyakan mereka akan memilih, "Kerusi disebelah pemandu tu."
    Kadang-kadang isteri kita tu sanggup berebut dengan anaknya duduk di kerusi
itu. Bukan apa, status kerusi tu disisi masyarakat adalah tinggi. Oleh itu,
ajaklah dia selalu naik kereta dan kalau dia nak ikut, bawalah. Dia pun
faham tugas kita. Dia tak akan kacau kita jika kita betul-betul sibuk.
     Selain dari itu, banyak kelebihan isteri duduk disebelah kita semasa kita
memandu, sebab, bila kita nak makan kacang, dialah yang akan membuang
kulitnya dan menyuap nanti. Masa inilah pula peluang kita bermanja
dengannya.
    Selamat mencuba dan sertailah dengan doa menaiki kenderaan setiap kali kita
menghidupkan enjin kereta kita.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Laila, Yaacub" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke